Archive for July 2009

Menguji Air Mani dengan Alat MikroKomputer

Number of View: 0

Di negara kita ujian air mani masih dilakukan secara subjektif dan tertakluk kepada kepakaran dan pengalaman si penganalisisnya. Alat mikrokomputer seperti sistem Cellsoft misahiya dapat memberi maklumat yang terperinci berkenaan sperma seperti tahap kelajuan sperma.

spermaSperma yang tahap kelajuannya melebih 40 mikron adalah benih yang paling aktif. Sperma yang tahap kelajuannya kurang daripada 20 mikron tidak mudah sampai ke sasarannya.

Tidak ada cara lain untuk mengenal pasti kesuburan lelaki selain daripada ujian air mani. Lelaki yang pernah menghamilkan isteri pada suatu ketika dahulu tidak semestinya sentiasa subur.

Berbagai-bagai perubahan badan boleh berlaku dan sperma yang pada suatu ketika dahulu subur sekarang kurang subur. Lelaki yang umur sudah lanjut biasanya menghasilkan benih yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal. Lelaki yang mengalami masalah tekanan, baik emosi, keluarga atau di tempat kerja menghasilkan benih yang kurang dan berbentuk tidak normal.

• Sperma kurang aktif, punca dan cara mengatasinya

Lelaki yang sihat dan yang mempunyai anggota reproduksi yang normal dapat menghasilkan lebih kurang antara 150 – 250 juta sperma setiap hari. Setiap pancutan air mani yang berlaku terdapat antara 60 – 600 juta sperma dan terdapat lebih 50 peratus sperma yang normal dan yang aktif.

Sperma yang aktif dapat bergerak cepat dan sehaluan. Sperma bergerak melalui ekornya yang sentiasa terkibas-kibas dengan begitu kuat. Kekuatan ekor sperma ialah daripada strukturnya yang begitu kukuh dan kuat.Jika ekor sperma cacat maka sperma tidak dapat bergerak dengan baik dan tidak tentu haluan.

Air Mani yang pekat akan menjadi cair dalam masa 15 hingga 20 minit. Air mani yang cair memudahkan sperma bergerak dengan baik tetapi air mani yang pekat atau tidak mudah cair, spermanya terperangkap dalam kebekuan cecair tersebut. Apabila perkara ini berlaku, sperma tidak memasuki rahim.

Masalah ini berlaku apabila anggota prostat tergendala (disebabkan masalah fungsi atau serangan kuman). Masalah ini boleh diatasi dengan mudah.

Sperma dihasikan oleh kilang sperma yang bergelar tubuk seminiferus. Sperma-sperma tersebut belum boleh bergerak. la akan berjalan keluar dari buah zakar melalui saluran-saluran dalam zakar mengikut arus cecair dalam saluran buah zakar ke bahagian pundi epididimis. Di epididimis sperma-sperma tadi akan menjalani proses kemantapan di mana ia akan memperoleh fungsi pergerakan.

Fungsi tersebut hanya memperoleh sperma yang normal dan yang mempunyai struktur ekor yang normal. Selepas mencapai fungsi pergerakan sperma-sperma akan bergerak menuju ke arah salur sperma atau vas deferens, di mana sperma-sperma tadi akan terkumpul menunggu masa untuk dipancutkan keluar.

Waktu proses ejakulasi, sperma dengan cecair dari pundi prostat dan pundi vesikal seminal akan terpancut keluar ke dalam faraj wanita menerusi zakar. Rahim, menerusi lendir pangkal rahim (waktu subur lendir pangkal rahim subur dan cair) dan akan menginap dalam pundi-pundi lendir pangkal rahim di mana sperma-sperma tersebut akan menjalani proses capacitation atau memantapkan dari segi keupayaan untuk bercantum dengan telur wanita.

Sperma-sperma yang telah menjalani proses tersebut sahaja yang dapat bercantum dengan telur wanita.

Dari segi fungsi sperma, sperma yang normal, yang mempunyai ekor yang sempurna dan kukuh, yang telah menjalani proses kemantapan melalui pundi epididimis untuk memperolehi fungsi pergerakkan, yang boleh bergerak dengan tanpa halangan dari cecair dan bahan-bahan dari pundi prostat dan seminal vesikal yang dapat bergerak dengan tanpa halangan dari lendir pangkal rahim dan yang menjalani proses pemantapan untuk menembusi telur wanita, ialah sperma yang baik yang berkemampuan menghasilkan zuriat. Apabila fungsi tersebut tergendala, sperma-sperma yang cacat tidak dapat bercantum dengan telur.

Lelaki yang mempunyai sperma yang sedemikian mengalami masalah kesuburan dan mandul.

Kebanyakan daripada masalah pergerakan atau masalah sperma kurang aktif boleh diatasi dengan rawatan yang tertentu dan boleh mendatangkan hasil, misalnya jika sperma kurang aktif disebabkan masalah cecair pundi prostat atau pundi seminal vesikal sperma boleh diasingkan dari cecair tersebut, dimasukkan ke dalam cecair yang subur dan diaktif atau dipulihkan aktivitinya dan kemudian disalurkan ke dalam rahim.

Proses ini digelar Intrauterine Insemination. Jika masalah tersebut disebabkan oleh kekurangan hormon-hormon kesuburan lelaki ubat-ubat penyubur tertentu boleh diberi untuk memulihkan masalah. Tetapi jika masalah sperma kurang aktif disebabkan oleh masalah struktur ekor sperma, masalah ini tidak dapat diatasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...