Archive for February 2010

Zakar terlalu besar

Number of View: 0

MASALAH SENGGAMA
Soalan

SAYA baru mendirikan rumah tangga Januari lalu. Yang merunsingkan saya ialah, sehingga hari ini saya belum dapat memasukkan zakar ke dalam kemaluan isteri.

Isteri saya mengadu sakit kerana zakar saya terlalu besar. Usia saya 37 tahun manakala isteri saya 28 tahun. Apa perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

RAHMAN

Johor Bahru

Jawapan

Zakar ialah anggota kemaluan lelaki yang disalurkan ke dalam faraj wanita apabila ia keras dan padat untuk tujuan seks penetratif.

Lelaki memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika hendak bersetubuh manakala pasangannya perlu melegakan pembukaan faraj, memegang dan menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj.

Pada masa sama, wanita perlu melegakan ruang faraj supaya zakar mudah masuk. Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar menyalurkan zakar ke dalam faraj.

Dalam keadaan gugup dan takut, wanita sukar memberi tumpuan. Sebaliknya, dia akan mencengkam faraj dan sudah tentu pembukaan faraj tidak akan kelihatan.

Apabila pembukaan faraj dilegakan, ia akan kelihatan berdekatan pembukaan lubang najis. Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah, tiada sebab kenapa zakar tidak dapat disalurkan ke dalam faraj.

Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan farajnya. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’. Isteri anda perlu berjumpa pakar untuk menyelesaikan masalahnya.

Dapatkan juga cakera padat ‘Cinta, Perkahwinan & Kesihatan Seksual’ di pasaran. Banyak maklumat mengenali cara mengendalikan malam pertama.

Zakar tidak menegang

Number of View: 0

RISAU TIDAK BERFUNGSI

Soalan

SAYA pemuda berusia 25 tahun, tidak merokok dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Bagaimanapun, baru-baru ini alat sulit saya tidak tegang, malah seperti tidak berfungsi. Adakah saya akan mengalami masalah ereksi ketika berkahwin nanti?

MAT BINGUNG
Dungun, Terengganu

Jawapan

Ketika remaja, alat sulit melalui perubahan tumbesaran dan ketika itu memang ereksi kerap dan sukar dikawal. Lama-kelamaan kekerapan ereksi terhad kepada waktu tertentu seperti ketika lelaki itu mengalami rangsangan seksual atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi atau malam.

Memang kekurangan ereksi pada waktu pagi menjadi tanda awal masalah ereksi.

Bagaimanapun, jika anda boleh mencapai ereksi ketika dalam keadaan terangsang dan kerap mengalami ereksi pagi dan ketika terasa hendak membuang air kecil dan bangun pada waktu pagi, ia membuktikan anda sihat dan fungsi ereksi anda normal.

Anda tidak boleh bandingkan situasi masa kini berbanding ketika anda remaja. Kini, anda ada kawalan minda dan tidak akan mencapai ereksi jika anda tidak mengizinkannya. Ini yang dikenali sebagai kawalan diri.

Justeru, jangan salah faham kerana jika anda mengalami tekanan dan tidak yakin kepada kemampuan syahwat anda, anda boleh mengalami masalah ‘disfungi erektil psikologikal’.

Amalan untuk menajamkan zakar

Number of View: 0

8Ketika bangun tidur semasa zakar tegang, duduk dengan menemukan kedua belah tapak kaki. Tarik nafas sambil kedua belah tangan menekan lutut (serapat mungkin dengan lantai dan semampu mungkin)

Gerakan ini disertai dengan kemutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...