Archive for November 2010

Amalan melancap memberi ketagihan dan tekanan kesihatan

Number of View: 0

AMALAN ONANI MEMBERI TEKANAN KESIHATAN, KETAGIH
Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan ingin tahu sama ada lelaki boleh dijangkiti penyakit kelamin dengan melakukan onani? Apakah penyakit yang akan diperoleh jika sering melakukan onani?

AMIR
Kuala Lumpur

Jawapan

Kebanyakan maklumat dalam internet mengenai onani ialah ia satu perilaku biasa remaja sebagai pengenalan mengenai rangsangan seksual, namun ini jika amalan itu tidak keterlaluan.

Jika keterlaluan, amalan itu boleh mengakibatkan tekanan kesihatan kerana ketagihan. Bayangkan anggota kelamin dirangsang sehingga berlaku klimaks memang meletihkan kerana menggunakan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi dilakukan beberapa kali sehari dan setiap hari.

Antara rangsangan anggota sulit secara luar biasa ialah menggesel anggota sulit dengan paha atau berbaring sambil menyental bantal dan menggoyangkan badan di atas katil supaya dapat geselan kepada anggota sulit.

Jika semua ini dilakukan selalu, tentu mengakibatkan kegagalan mencapai klimaks dalam keadaan normal serta berisiko mengalami ‘Sindrom Onani Trauma’.

Mati pucuk boleh dipulihkan

Number of View: 0

PENYAKIT ED BOLEH DIPULIHKAN

Soalan

images-18ASSALAMUALAIKUM. Saya menghidap penyakit kencing manis kronik. Saya menyedari sejak sebulan lalu saya seperti mengalami penyakit erektil disfungsi (ED) atau bahasa mudahnya mati pucuk. Saya ingin bertanya, adakah penyakit ED yang saya alami boleh disembuhkan atau adakah cara lain untuk memulihkannya?

LAN
Sabah

Jawapan

Ereksi memerlukan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar supaya ia keras padat dan kekal tegang untuk tujuan hubungan seks penetratif.

Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis kronik lambat laun akan mengalami masalah kesempitan salur darah dan gangguan fungsi urat saraf yang mengawal fungsi jalanan darah.

Masalah ini menyebabkan lelaki itu gagal mencapai ereksi walaupun ada rangsangan, tetapi tiada tindak balas sepatutnya.

Kajian juga menunjukkan jika perubahan itu, iaitu kesempitan salur darah dan gangguan urat saraf berlaku kepada salur darah dan urat saraf, ereksi jarang berlaku walaupun penyakit kencing manis terkawal.

Bagaimanapun, masalah itu ada rawatan iaitu pesakit boleh mencapai ereksi untuk tujuan persetubuhan menggunakan kaedah moden seperti penggunaan alat pam vakum (alat pam vakum piawaian perubatan dan bukan yang dijual di pasar atau iklan) memakan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Selain itu, ada cara rawatan dengan terapi suntikan atau ‘Intracavernosal Injection Therapy’.

Celaru Jantina Lahir lelaki tapi fizikal perempuan

Number of View: 0

KECELARUAN JANTINA

“SAYA dilahirkan dengan sijil kelahiran mencatat jantina lelaki. Namun saya ingin tahu, kenapa bentuk badan dan rupa saya menyerupai perempuan? Bukan itu saja, dada saya besar menyerupai payu dara perempuan, manakala suara saya halus hinggakan orang di sekeliling sering menyangka saya perempuan.

images-13“Saya mengaku naluri saya lebih kepada sifat keperempuanan sejak kecil lagi. Sehingga sekarang saya selalu cuba menjadi lelaki sebenar, tetapi tidak berjaya.

“Ini membuatkan saya rendah diri dan malu berdepan orang ramai. Ia memberi tekanan dahsyat kepada saya. Doktor, saya ingin tahu adakah saya mempunyai dua jantina? Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan?”

Itu antara soalan yang kerap saya terima yang menunjukkan fakta kurang menyenangkan, tetapi kita memerlukan kaedah untuk menghadapi fenomena kecelaruan jantina yang bukan saja dihadapi di negara ini, tetapi juga seluruh dunia.

Buat pengetahuan, penetapan jantina, sama ada individu itu lelaki atau perempuan, ditentukan ketika dia dilahirkan. Penentuan dilakukan dengan melihat anggota sulitnya. Jika wujud keraguan mengenai anggota sulit, ujian kebakaan akan dilakukan untuk mengenal pasti kedudukan baka jantinanya, sama ada XX (perempuan) atau XY(lelaki).

Maka, seseorang itu akan dibesarkan mengikut aliran jantinanya. Namun, kadangkala ini tidak berlaku. Seseorang itu dibesarkan sebagai jantina sebaliknya walaupun dia bukan dalam jantina itu. Sehubungan itu, perilakunya tidak normal seperti mereka sejantinanya.

Ini menyebabkan apabila baligh, individu itu mendapati dia tidak menonjolkan jantina sepatutnya dan ini membuatkan dia berasa tertekan.

Ada juga keadaan individu itu dibesarkan sebagai jantina sahihnya, tetapi jiwanya memberontak dan dia lebih suka memainkan fungsi dan perilaku jantina sebaliknya. Keadaan ini dikenali sebagai kecelaruan jantina (gender).

Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah kecelaruan jantina ini ialah jika anda yakin dan percaya anda lelaki, anda tidak perlu risau mengenai anggapan atau pandangan orang lain terhadap anda.

Golongan ini mungkin mempunyai sifat lembut semula jadi dan kurang ‘macho’, tetapi masih ada banyak sifat kelelakian.

Bagi yang ragu mengenai diri sendiri, mereka perlu selesaikannya dengan berjumpa pakar psikologi.

Mendiamkan diri dan merana keseorangan bukan cara yang baik.

Gemuk Bukan Penghalang Hubungan Kelamin

Number of View: 0

GEMUK memang sinonim dengan masalah tubuh. Malah, ada beranggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil.

Pendapat ini mungkin datangnya dari individu yang bertubuh kecil. Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan ‘pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks.

gemukMalah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan. Melakukan hubungan seksual dengan pasangan gemuk pada waktu itu dikatakan amat menyeronokkan.

Ini kerana, perkara penting dalam hubungan kelamin adalah kerjasama antara pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif.

Memang ada yang membayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki mengambil posisi di atas. Tetapi, perkara ini tidak pernah berlaku.

Pasangan akan tahu posisi sesuai apabila melakukan hubungan seks sama ada salah seorang iaitu wanita atau lelaki itu yang gemuk.

Malah, jika kedua-dua adalah gemuk, melakukan hubungan kelamin juga bukan suatu yang mustahil.

Mungkin ada yang berpendapat sukar bagi pasangan gemuk untuk melakukan hubungan kelamin kerana perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak.

Sebenarnya, posisi yang betul dapat menentukan kejayaan hubungan kelamin hingga berlakunya ereksi dan penetrasi.

Tidak ada sebab individu gemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang memutuskan perkara itu.

Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif.

Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar untuk bimbingan dan tunjuk ajar.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...