Archive for December 2010

Stress boleh sebab mati pucuk

Number of View: 0

STRES BOLEH MENYEBABKAN DISFUNGSI EREKTIL

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu tetapi belum dikurniakan anak. Sejak kebelakangan ini saya menghadapi beberapa masalah, antaranya zakar tidak naik ketika bersama isteri. Zakar saya juga selalu mengecil apabila membuang air kecil.

IZHAM
Melaka

Jawapan

Normal untuk mana-mana lelaki sihat dan mempunyai fungsi syahwat serta tenaga batin yang baik mencapai ereksi apabila dalam keadaan ghairah.

Dalam keadaan terangsang, jalanan darah meningkat ke dalam otot zakar dan zakar mengembang, memanjang, membesar dan menegang serta sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika perkara sebaliknya berlaku, iaitu terangsang tetapi tidak mencapai ereksi atau dapat mencapai ereksi tetapi tidak kekal atau dapat meneruskan hubungan kelamin tetapi tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan, lelaki itu mengalami Disfungsi Erektil atau DE.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami DE ada masalah kesihatan, terutama yang berusia. Masalah kesihatan dimaksudkan ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dalam darah dan penyakit jantung.

Jika lelaki itu sihat dan muda, kemungkinan masalah DE mereka ada kaitan dengan tekanan atau stres. Apabila tekanan itu kurang, keadaan menjadi pulih.

Kadangkala mereka perlu rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam hubungan seksual dengan pasangan mereka.

Jika DE berlaku sekali sekala dan berterusan hingga enam bulan, masalah ini dikenali DE awalan. Jika ia banyak kali berlaku dan berpanjangan enam bulan, ia dikenali DE pertengahan.

Jika ia terus berlaku dan terus gagal, DE ini dikenali DE tetap. DE tetap ini kadangkala digelar mati pucuk. Saudara mengalami masalah DE kerana tidak dapat mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan.

Jika ini hanya berlaku ketika isteri dalam keadaan subur, kemungkinan masalah anda ada kaitan dengan tekanan kerana perlu lakukan seks pada waktu subur isteri, walaupun saudara tiada mood.

Bagaimanapun, mustahak untuk saudara mendapatkan rawatan moden bagi mengatasi masalah ini.

Usia pengaruhi kekuatan pancutan air mani

Number of View: 0

USIA PENGARUHI PANCUTAN

KEKUATAN ejakulasi atau pancutan air mani ke dalam faraj tidak mempengaruhi kebarangkalian kehamilan. Ini kerana, sama ada kuat atau perlahan, kehamilan akan tetap berlaku jika air mani berjaya masuk ke dalam faraj.

Daya pancutan akan berkurangan apabila seseorang itu semakin tua atau hubungan seks diulangi beberapa kali dalam tempoh singkat, sekali gus menyebabkan sistem ejakulasi menjadi kurang mantap.

Air mani lelaki mengandungi cecair pundi Prostat, Seminal, Cowpers, Epidimis dan sebahagian kecil cecair pundi Mukosa atau salur kencing serta pundi Littres. Sperma hanya tiga hingga lima peratus daripada isipadu air mani.

Pundi yang banyak memberi kandungan kepada air mani ialah pundi Prostat membabitkan kira-kira 60 peratus daripada isi padu air mani, Seminal (30 peratus), Cowpers (1-2 peratus) dan Epidimis (1-3 peratus).

Keempat-empat pundi ini mempunyai kesamaan dengan hormon Testosterone kerana perlu ada dalam tahap tinggi. Justeru, apabila tahap hormon Testosterone menurun, fungsi semua pundi berkenaan menjadi kurang lancar dan kandungan air mani turut berkurangan.

Bagaimanapun, jika tahap hormon Testosterone meningkat, pundi berkenaan menjadi lebih terangsang dan menghasilkan cecair yang banyak, sekali gus bermakna pengeluaran lebih banyak air mani berlaku.

Berkaitan kekurangan air mani apabila usia semakin lanjut, ia ada kaitan dengan penurunan hormon Testosterone kerana hormon itu mula ‘menjunam’ apabila lelaki mencapai usia 30 tahun.

Penurunannya ialah sekitar 1-2 peratus setahun. Apabila lelaki memasuki usia 40-an, tahap hormon menjadi lebih kurang. Apabila ia berlaku, air mani menjadi berkurangan dan tahap kemuncak juga menurun, walaupun ada kemampuan melakukan hubungan seksual.

Untuk mengetahui sama ada tahap hormon rendah, mustahak untuk lelaki itu menjalani ujian darah. Kajian klinikal yang pernah dilakukan ke atas Tongkat Ali mendapati herba yang popular di negara ini dapat meningkatkan hormon Testosterone semula jadi lelaki.

Bagaimanapun, herba itu terpaksa melalui proses dan campuran tertentu seperti larut di dalam air yang mengandungi Eurypeptides.

Lelaki lebih suka bercumbu di internet

Number of View: 0

Tahukah anda, kebanyakkan lelaki sama ada masih bujang atau sudah berkahwin suka melayari internet.

images-14Tujuan mereka bukan sahaja untuk menimba ilmu malah lebih jauh lagi melayari laman web lucah dan porno yang mempamerkan bintang terkenal dan model-model jelita dari serata dunia.

Justeru itu tidak hairanlah jika mereka lebih suka bercumbu dengan komputer dari isteri mereka sendiri. Adakalanya mereka kurang cergas dan tidak bermaya kerana terlalu lama berhadapan dengan computer.

Oleh itu berhati-hatilah jika suami anda suka berada di depan kom-puter waktu malam dan tidak bermaya untuk bercumbu dengan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...