Archive for January 2011

Kanser Pundi Prostat

Number of View: 0

KANSER ANGGOTA REPRODUKTIF

KANSER anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berbanding kanser lain seperti payu dara, tulang atau otak.

Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar.

Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita penyakit ini dapat dipanjangkan jika dikesan pada peringkat awal.

Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun.

Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebabkan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

Cara mengesan kanser pundi prostat:

– Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat.

– Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination).

– Ujian darah PSA.

– Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.

Cara menghindar kanser pundi prostat:

– Kurangkan makan makanan berlemak.

– Kurangkan makan daging merah dan banyakkan makan daging putih.

– Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

– Kawal berat badan.

Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku ialah satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan di kalangan mereka yang berusia di antara 15 dan 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut ialah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu diketahui ialah jika ia berlaku kepada anda, kemungkinan berlaku pada adik atau abang anda ialah 10 kali ganda.

Cara mengesan kanser buah zakar:

– Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar.

– Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (Testicular Self Examination) yang boleh dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki.

Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh.

– Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.

Suhu kawal kualiti air mani

Number of View: 0

SUHU KAWAL SPERMA
Soalan

SAYA pernah terbaca laporan bahawa lelaki yang terlalu lama menunggang motorsikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan. Apakah ini benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motorsikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti.

ZAHARI
Damansara

Jawapan

Kilang sperma dalam buah zakar, manakala buah zakar pula dalam kerandut yang terletak di luar badan. Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum iaitu 2-4 Celsius kurang daripada suhu badan (37 Celsius).

Jadi apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat.

Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat. Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada kebahangan seperti bekerja di kawasan panas, berendam dalam kolam panas atau bersauna.

Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta pun boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang motorsikal.

Vasektomi menjadikan lelaki lebih ghairah

Number of View: 0

Kajian di Indonesia ke atas 400 lelaki yang melakukan vasektomi ( pemotongan dan pengikatan pada vasa diferensia kanan dan kiri) mendapati keghairahan meningkat 50% sewak-tu melakukan hubungan seks dengan isteri berbanding sebelumnya.

images-1640% menyatakan tiada perubahan, dan 10% menurun.

Hal ini menunjukkan mereka yang melakukan vakse-tomi berupaya memberi kepuasan yang lebih kepada isteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...