Archive for November 2012

Warna Air kencing

Number of View: 0

Warna air kencing and implikasinya.

Semua lelaki perlu tahu keadaan air kencing mereka.

Belum Nikah Sudah Bersama

Number of View: 0

BELUM NIKAH SUDAH MENCUBA
Soalan

belumnikahSAYA berusia 23 tahun dan mempunyai kekasih. Saya pernah melakukan seks oral bersama kekasih. Saya ingin bertanya, adakah perbuatan itu menjejaskan kesihatan kerana saya percaya alat sulitnya mesti mengandungi bakteria.

Soalan kedua, bagaimana memastikan sama ada kekasih saya masih dara atau tidak. Walaupun kami melakukan seks oral, saya masih dapat elak berzina kerana tidak mahu memperisterikan perempuan yang tidak suci.

FAUZI
Selayang

Jawapan

Wanita bukan boneka untuk lelaki mempergunakannya. Sebagai lelaki bertanggungjawab, anda sepatutnya memikul apa saja kesan apabila bersubahat dengan ‘kekasih’ untuk berseronok.

Soal suci tidak timbul kerana ketika itu anda dan dia tidak suci lagi pada pandangan Islam. Seks oral tiada halangan dalam pandangan Islam, asalkan pasangan tu bernikah.

Daripada segi perubatan, anggota sulit wanita hanya mengandungi sejenis kuman semula jadi yang tidak berbahaya berbanding dengan mulut yang mengandungi pelbagai kuman dan kulat.

Kekasih anda berisiko mendapat jangkitan jika anda ada jangkitan pada mulut dan lidah. Sama juga jika dia ada jangkitan di sekitar anggota sulitnya, anda boleh terkena jangkitan jika seks oral dilakukan. Jika tiada jangkitan, tiada risiko.

Mengenai soal ‘dara’, istilah itu digunakan untuk membezakan wanita yang pernah dan belum pernah bersetubuh. Ada juga wanita yang pernah bersetubuh masih ada selaput ‘dara’ atau cebisan tisu mengelilingi pembukaan faraj kekal kerana ia sangat elastik.

Ada juga wanita yang bergelar dara tiada selaput dara secara semula jadi atau tiada lagi kerana aktiviti lasak.

**Dosa Zina Dosa Besar**

Guna zakar palsu jika isteri takut bersama

Number of View: 0

JADI IBU MASIH DARA

MEMANG kebiasaan mana-mana pasangan yang berkahwin berhajatkan kehamilan. Namun perkara ini hanya boleh berlaku apabila pasangan berkenaan menyempurnakan hubungan seksual penetratif.

Ada pasangan tidak dapat melakukan hubungan itu dan malu berjumpa doktor, tetapi mereka tiada pilihan jika hendakkan anak.

Bagaimanapun perlu diingatkan, pada masa sama ada kes yang di luar dugaan berlaku seperti wanita yang jahil mengenai seks hamil, walaupun zakar belum menembusi faraj.

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini, yang mana satu pasangan kelamin yang baru berkahwin berjumpa saya kerana isteri lewat datang haid dan ujian kehamilannya positif, walaupun mereka tidak pernah melakukan hubungan penetratif.

Mereka keliru bagaimana perkara itu boleh berlaku. Selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim yang dilakukan, baru saya faham dan dapat menjelaskan keadaan sebenar yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Apa yang sebenarnya berlaku setiap kali suami mengakhirkan adegan sentuhan intim terhadap isterinya, dia akan melepaskan air maninya di kelengkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh.

Ini mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani menuju ke pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi isteri dan dengan kuasa Tuhan, kehamilan berlaku. Walhal wanita itu masih dara!

Yang menjadi masalah ialah, ketika hamil, hubungan kelamin mungkin terhenti seketika dan akan dilakukan kembali selepas isteri bersalin dan tamat waktu berpantang.

Jangkaan pasangan ialah selepas bersalin secara normal dengan pengeluaran bayi melalui faraj, kini faraj menjadi sedikit renggang dan mudah dilegakan untuk membolehkan hubungan penetratif dilakukan.

Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset. Wanita itu masih takut untuk melakukan hubungan seksual, sekali gus menyebabkan masalah sama berulang apabila wanita itu tidak dapat menyesuaikan dirinya untuk bersetubuh.

Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh menggugat rumah tangga kerana suami mungkin meminta perpisahan apabila masih tidak dapat bersama isterinya, walaupun selepas bersalin.

Tanpa bimbingan dan rawatan doktor, perkara ini tidak akan dapat diatasi.

Berbalik kepada pasangan yang mendapat rawatan dengan saya, wanita terbabit selamat melahirkan anak lelaki dan setahu saya, wanita itu kemudian dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suaminya selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar cara mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukan zakar.

Wanita itu terpaksa menggunakan zakar palsu untuk melatih faraj menerima zakar dan selepas itu baru dia berasa yakin boleh melakukan hubungan penetratif dengan suami.

Sakit bila Stim

Number of View: 0

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya berumur 26 tahun dan ingin berkahwin. Bagaimanapun, saya mengalami masalah angin pasang atau uluran. Namun begitu, saya sendiri tidak pasti mengenainya.

Apabila saya terangsang, zakar akan tegang dan jika terlalu lama, saya akan rasa sakit pada sebelah kiri, di antara pundi kencing dan kemaluan. Selepas banyak kali diurut tradisional, sakit tetap tidak hilang.
Oleh itu saya membuat keputusan untuk melakukan onani apabila terasa sakit dan rasa sakit ini akan hilang selepas air mani keluar. Namun, saya mendapati terdapat seketul cairan air mani berbentuk seperti jeli yang besar dan ada kalanya kecil pada setiap kali onani.

Adakah saya menghidapi angin pasang atau ia sebenarnya masalah lain, dan apakah kaedah perubatan lain untuk menghilangkan sakit ini selain melakukan onani?

Khir

Selangor

Angin pasang atau uluran berlaku apabila gumpalan usus termasuk ke dalam kerandut atau kantung buah zakar melalui pembukaan luar biasa di antara perut dan kerandut. Apabila gumpalan usus itu mengembang kerana kandungan dan gerakan angin dalam usus, kantung buah zakar itu akan kelihatan besar.

Jika tiada angin, maka kantung kelihatan kempis. Anda sepatutnya merujuk kepada doktor dan bukan tukang urut. Jika kebetulan tukang urut itu mengurut angin pasang, sudah tentu parah. Nampaknya, anda tidak mengalami uluran.

Apa yang anda alami ialah perasaan sengal atau tidak selesa pada bahagian di antara pundi kencing dan anggota kelamin. Ada kemungkinan anda menghidap varikosel di sebelah kiri. Varikosel ialah keadaan di mana pembuluh darah kepada buah zakar kembang dan berpuntal.

Jika ia ketara, buah zakar sebelah kiri akan kelihatan bergayut dengan urat vena yang mengembang. Jika ia baru terjadi, ia boleh dirasa melalui pemeriksaan doktor. Ia tidak berbahaya dan jarang menyebabkan kilang buah zakar tidak berfungsi baik.

Jika ini berlaku, varikosel ini boleh diikat melalui pembedahan kecil. Anda menjelaskan yang anda terasa sakit atau kurang selesa di bahagian yang anda nyatakan tadi selepas anda teruja seksual.

A

Seluar ketat kasi buah zakar rasa sengal

Number of View: 0

SAYA berumur 21 tahun dan sering rasa sengal pada sebelah kiri zakar. Buah zakar kiri saya pula berada di depan manakala buah zakar kanan di belakang.

Saya juga merasa sengal dan sakit di bahagian belakang, manakala badan terasa panas seperti mahu demam.
AMIN
Melaka

Nenek moyang kita menggunakan pakaian yang selesa pada tubuh, sedangkan kita memilih pakaian ketat atau ‘body hugging’.

Jika pakaian sendat atau ketat pada tempat atau bahagian tubuh seperti anggota kelamin, kita mula terasa kurang selesa, sakit dan sengal di bahagian tertekan itu.

Bayangkan lelaki yang memakai seluar dan seluar dalam ketat berjalan jauh atau menaiki motosikal atau kereta. Pakaian ketat itu memberi tekanan kepada anggota kelaminnya.

Ditambah pula dengan perubahan yang berlaku kepada anggota kelamin seperti kemunculan ereksi spontan dan penarikan buah zakar dan cengkaman kerandut buah zakar.

Sudah tentu lelaki itu mengalami pelbagai ‘rasa’ selepas menanggalkan pakaiannya atau bertukar posisi. Anda lelaki muda dan mudah mengalami ereksi spontan.

Jika kedudukan zakar anda pada satu tempat dan tersorok dan kebetulan anda mencapai ereksi, sudah tentu anda terasa sakit ketika mengubah posisi.

Mungkin perasaan sakit yang anda alami ada kaitan dengan perkara itu.
Perasaan panas atau ‘demam’ boleh berlaku bila-bila masa dan sistem kawalan suhu badan akan menjalankan tugasnya supaya ia dalam keadaan stabil.

Tidak hairan jika seseorang yang muda seperti anda mempunyai rasa seperti ingin demam. Jika inginkan pengesahan sama ada benar-benar demam, anda perlu catat suhu badan.

Saya pasti suhu badan anda ‘normal’. Bagaimanapun, sila rujuk kepada doktor jika kita rasa badan tidak berfungsi seperti biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...