Archive for December 2012

Seks Oral boleh membahayakan

Number of View: 0

SEKS ORAL BOLEH BAWA MUDARAT
Soalan

APA yang dimaksudkan dengan seks oral?

BURN
Segamat, Johor

Jawapan

download-5SEKS oral ialah rangsangan seksual terhadap alat kelamin menggunakan lidah, mulut dan bibir. Dari segi kesihatan, jangkitan boleh berlaku jika salah seorang mempunyai jangkitan. Apa yang penting ialah penjagaan kebersihan terutama di bahagian alat kelamin.

Jangkitan boleh berlaku jika alat sulit itu luka sebab tergigit. Jadi, elakkan ia daripada berlaku.

Ada yang berpendapat seks oral boleh menyebabkan kehamilan. Jawapannya tidak! Menelan air mani suami dengan kepercayaan bahawa ia boleh menyebabkan kehamilan adalah karut dan tidak digalakkan dalam Islam.

Lambat Pancut bila Bersama

Number of View: 0

‘LEWAT SAMPAI’ KETIKA BERSAMA PASANGAN
Soalan

SAYA mempunyai tabiat buruk iaitu gemar beronani walaupun sudah berkahwin. Masalahnya ialah apabila beronani saya akan klimaks terlalu cepat, tetapi jika bersetubuh dengan isteri, klimaks saya agak lambat. Adakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri?

LELAKI KELIRU
Perak

Jawapan

downloadNIKMAT yang dikecapi ketika onani berbeza berbanding melakukan persetubuhan dengan pasangan. Bagi mereka yang biasa dengan onani dan selesa dengan teknik sendiri untuk merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengannya daripada bersetubuh dengan pasangan.

Kebiasaannya memang lelaki akan cepat klimaks ketika onani kerana dia yang mengawal pergerakan zakar. Selain itu dia tahu kawasan paling sensitif pada zakar dan merangsangkannya hingga klimaks.

Ia berbeza jika dia bersetubuh dengan pasangan. Rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh, jadi dia perlu tumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.

Ini akan memakan masa dan kadangkala boleh membosankan kedua-dua pasangan jika terlalu lama dan letih!

Masalah ini bukan masalah kesuburan atau kurang rangsangan daripada pasangan. Sudah tentu individu itu seronok dan terangsang dengan isteri, tetapi dia tidak dapat rangsangan yang dapat mencetuskan klimaks yang dia biasa dapat dengan onani.

Mungkin jika mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, masalah itu akan dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim seksual yang lebih mengghairahkan antara mereka.

Risau Air Mani tiada Sperma

Number of View: 0

Soalan

SAYA berusia 38 tahun dan sudah lebih dua tahun berkahwin, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.

Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan kesuburan dan doktor memberitahu air mani saya tiada sperma. Puncanya buah zakar saya rosak dan saiznya mengecut daripada normal.

Doktor berkenaan tidak pasti punca kerosakan buah zakar saya, tetapi bagi saya mungkin berpunca daripada memakai seluar ketat.

Doktor itu berterus terang mengatakan saya tiada harapan untuk mendapat zuriat sendiri. Bagaimana pendapat doktor?

TERUNG
Kuala Lumpur

Jawapan

SIAPA yang tidak mahukan anak? Lebih-lebih lagi daripada zuriat sendiri. Jika diizinkan Tuhan, segala impian itu akan termakbul.

Adalah penting bagi mana-mana pasangan yang lama berkahwin berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya isteri masih belum hamil.

Pemeriksaan yang akan dilakukan kepada suami ialah pemeriksaan fizikal untuk mengetahui sama ada anggota reproduktif suami sihat atau tidak. Selepas itu ujian air mani akan dilakukan untuk mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma atau tidak.

Sperma itu pula akan diperiksa sama ada ia sihat, berbentuk normal, aktif dan bilangannya mencukupi. Jika perlu pemeriksaan susulan seperti ujian hormon dan pembedahan kecil akan dilakukan kepada buah zakar (testicular biopsy) untuk mengambil secebis tisu bagi meneliti kilang sperma sama ada ia normal atau tidak.

Biasanya ujian air mani dilakukan berulang dalam tempoh beberapa minggu. Jika pada ujian kali ketiga masih tiada sperma, sahlah air mani itu tidak mengandungi sperma.

Oleh itu, pemeriksaan susulan seperti penyukatan hormon kesuburan FSH akan dilakukan dan jika perlu pembedahan biopsi buah zakar juga perlu dilakukan. Jika semua ujian ini menunjukkan kilang sperma tiada atau rosak, kemungkinan mendapat zuriat sendiri memang tiada.

Pemeriksaan kedua-dua buah zakar dengan menggunakan alat Orkidometer atau alat pengukur buah zakar dapat memberi gambaran mengenai kedudukan buah zakar itu dari segi kemampuan kilang sperma.

Ukuran kurang dari 12 cc menandakan ia mempunyai masalah. Kadang-kadang isi padu buah zakar normal tetapi tiada sperma. Keadaan sebegini memerlukan pemeriksaan susulan seperti ujian tahap hormon FSH dan kadang-kadang pembedahan biopsi buah zakar untuk mengenalpasti kedudukan kesuburan lelaki itu.

Punca kenapa lelaki itu tidak subur atau tidak menghasilkan sperma memang banyak. Antaranya, masalah baka dan ia memang sukar dipulihkan.

Kerosakan buah zakar juga boleh berlaku akibat kecederaan. Selain itu jangkitan kuman dan virus (seperti virus beguk) boleh mengakibatkan keradangan dan kerosakan kilang sperma. Pendedahan kepada bahan kimia seperti racun rumpai, racun serangga (DDT), pancaran sinar-x dan kimia anti kanser juga boleh merosakkan buah zakar.

Begitu juga dengan buah zakar yang terdedah kepada suhu tinggi seperti bahang dari alat kimpalan atau ketuhar. Sebahagian besar sebab kilang buah zakar rosak tidak diketahui.

Memang sukar mengesan masalah sebenar. Bagaimanapun jika tiada penawar, kedua-dua pasangan boleh mengambil anak angkat.

Pressure kerana Mati Pucuk atau Kote Tak Stim

Number of View: 0

JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif.

Jadi, tidak mustahil ada individu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

kehebatan-zakar
Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk Pelir, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah Pelir dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana ada buah Pelir kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).

Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.

Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.

Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairan jika dia mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.

Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan yang terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.

Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.

Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya, jangan mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.

Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.

Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).

Pelir yang tidak stim pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Masalah Tiada Sperma

Number of View: 0

MINGGU ini, saya ingin menjawab satu soalan mengenai kegagalan seorang pesakit mendapatkan zuriat kerana masalah Azoospermia atau tiada sperma. Mungkin juga masalah ini dapat dikongsi semua pasangan yang gagal mendapatkan cahaya mata.

Seorang pesakit menghubungi saya dan menyatakan dia gagal menimang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin. Dia pernah membuat pemeriksaan ujian air mani dan didapati tiada sperma di dalam air maninya.

sperSelepas memakan ubat diberi doktor selama seminggu, pesakit ini kembali berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan, namun keputusannya masih sama. Doktor turut memeriksa salur atau ‘tiub’ sperma dan mendapati ia tidak tersumbat.

Sebenarnya, ketiadaan sperma dalam air mani bukan disebabkan salur atau tiub air mani tersumbat, sebaliknya akibat kerosakan buah zakar yang mengeluarkan sperma.

Begitupun, untuk mengenal pasti jika salur air mani tersumbat, isi padu air mani akan berkurangan kepada satu mililiter (ml). Ini petanda bahawa salur sperma tersumbat.

Namun, jika isi padu air mani lebih daripada itu, masalah ketiadaan sperma dalam air mani tidak ada kaitan dengan saluran terbabit.

Ini mungkin disebabkan buah pelir anda rosak atau tidak dapat menghasilkan sperma. Jika kebetulan saiz buah pelir anda melebihi 12ml mengikut ukuran dengan alat pengukur buah pelir seperti ‘Prader’s Okidometer’, doktor boleh melakukan pembedahan kecil untuk mengambil secebis tisu daripada kedua-dua buah pelir anda untuk mengenal pasti jika kilang sperma berfungsi atau sebaliknya.

Jika didapati kilang sperma tidak aktif dan tiada sperma dalam kilang terbabit atau dalam salur dalaman buah zakar, ia menjadi masalah besar kerana anda tidak mungkin dapat menghamilkan pasangan. Untuk itu, anda tiada peluang memiliki cahaya mata.

Malah setahu saya, anda juga tiada peluang mendapat anak melalui proses benih derma atau ‘donor sperm’. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mengambil anak angkat.

Bagaimanapun, jika ujian pengambilan tisu buah zakar dan kaedah menyedut keluar sperma daripada salur sperma kecil dalam buah pelir menemui beberapa sperma separa matang, ia boleh disuntikkan ke dalam telur isteri untuk mendapat embrio atau hasil cantuman telur dengan sperma, yang mana ia boleh dimasukkan ke dalam rahim.

Jika kebetulan percantuman berlaku, kemungkinan isteri anda boleh hamil. Untuk memastikan kaedah ini boleh dilakukan, anda perlu merujuk kepada pakar kesuburan di kawasan tempat tinggal anda.

Saranan saya, Allah maha Kuasa. Jangan putus asa. Teruskan usaha mendapatkan cahaya mata. Kini dengan melayari internet, anda boleh mendapat banyak maklumat dan kemudahan perawatan kesuburan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...