Archive for July 2014

Masalah zakar jadi gelap kontot dan pendek

Number of View: 0

Ramai yang mengalami masalah zakar berubah menjadi gelap, tidak segar, pendek dan sebagainya. Tahukah anda, ia terjadi disebabkan kelakuan anda sendiri seperti melakukan onani dan tidak menjaga alat sulit terbabit dengan baik.

teg6Tanpa jagaan yang baik ditambah pula aktiviti onani yang kerap, ia akan memberi kesan kepada zakar iaitu kulit zakar yang lembut boleh bertukar warna menjadi kusam dan gelap. Tisu zakar juga mengalami masalah dan zakar akan menjadi lebih pendek atau kontot.
Jadi, elakkan melakukan onani dan jaga alat sulit dengan baik. Di sini wujud pula persoalan bagaimana mahu menjaga zakar dengan baik dan apakah produk yang ada untuk penjagaan alat sulit itu? Ingin saya terangkan di sini, sebelum ini belum ada apa-apa ubat atau produk yang berfungsi menjadi gel perapi alat sulit lelaki.

Bagaimanapun, baru-baru ini sebuah syarikat Bumiputera menghasilkan sejenis krim penjagaan alat sulit lelaki dikenali X Gene.

Saya sendiri sudah menjalankan kajian terhadap produk ini dan ternyata, ia tidak mempunyai sebarang unsur mengarut yang boleh mencederakan atau mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.

Produk ini menggunakan 100 peratus herba di negara ini termasuklah tongkat ali. Jadi, saya amat mengesyorkan penggunaan produk ini kepada lelaki bagi menjaga alat sulit mereka.

Selain membaiki tisu zakar, ia juga bertindak sebagai krim penjagaan yang menjaga kulit zakar, mencerahkan zakar yang kusam dan boleh menambah ketebalan zakar serta menghalang kuman atau kulat dari mendekati zakar.

Pendek kata, produk ini boleh digunakan oleh semua lelaki sama ada bermasalah atau tidak. Jika tidak mempunyai masalah, krim ini akan berfungsi sebagai krim penjagaan kulit zakar lelaki.

Kita seharusnya menyayangi zakar kita seperti mana wanita yang menitikberatkan aset mereka dengan menggunakan pelbagai produk.

Jadi untuk lelaki, krim ini sangat baik. Ia ada dijual di seluruh Malaysia malah klinik saya juga ada menyediakan produk ini untuk pelanggan. Produk ini adalah istimewa bagi lelaki kerana ia satu-satunya produk penjagaan lelaki yang dipercayai dan berada di pasaran sekarang.

Masalah ulser sebab oral

Number of View: 0

Sudah tiga minggu saya menghidapi masalah ulser di mulut dan sudah tiga kali juga saya berjumpa doktor bagi merawat masalah ini.

Sepanjang berjumpa doktor, saya mengambil pelbagai ubat serta ujian, termasuk serology test HIV dan herpes yang menunjukkan keputusan negatif.
Saya risau terkena jangkitan kelamin yang menyebabkan ulser di mulut akibat hubungan seks. Bagi ujian saringan darah HIV, adakah saya perlu menunggu enam bulan untuk melakukan ujian itu?

images-20Ini membuatkan saya tertekan berikutan tidak tahu apa yang berlaku pada saya.

ZUBIR
Kuantan, Pahang

Saya sering dikunjungi lelaki bergelar suami yang ketakutan dan resah kerana mengalami gejala yang mereka percaya penyakit kelamin akibat mengunjungi pelacur atau melakukan seks rambang dengan kawan sekerja selain kenalan baru.

Sesetengah daripada mereka kelihatan cemas kerana melakukan seks dengan isteri sebelum gejala penyakit ‘STI‚ atau penyakit kelamin yang mereka jangka itu menonjol.

Malah, sebahagian daripada mereka berjumpa beberapa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan masih tidak puas dan tidak percaya atau bingung dengan maklumat dan hasil laporan yang doktor berikan.

Mereka seolah-olah mahukan laporan hasil kajian darah itu menunjukkan mereka ada gejala penyakit kelamin.

Jika laporan itu negatif dan simptom yang mereka alami mungkin tiada kaitan dengan penyakit kelamin tetapi masih kekal, mereka akan anggap ia kesan penyakit kelamin.

Inilah gara-gara sikap lelaki yang tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu yang berisiko tinggi. Apabila rasa teruja, dipelawa wanita dan mengunjungi sarang pelacuran, mereka tidak berfikir dua kali untuk bersetubuh.

Tak terfikir langsung untuk menggunakan kondom dan jika menggunakannya sekali pun, anda tidak tahu sama ada ia sudah tamat tempoh atau bocor.

Malah, jika melakukan seks oral, mereka tak terfikir mereka boleh terkena jangkitan daripada mulut wanita itu.

Memang sukar untuk kendalikan kes seperti anda kerana anda terdesak, takut dan tidur tak lena memikirkan penyakit laknat itu selain asyik berfikir mengenai keselamatan isteri dan anak, kalau anda menjangkiti mereka.

Jadi apa yang doktor katakan itu sukar untuk anda percaya. Jika terdedah kepada seks rambang, anda berisiko tinggi dijang­kiti penyakit kelamin.

Keadaan ini sama apabila anda menggunakan kondom kerana belum pasti anda terhindar penyakit kelamin berikutan beberapa penyakit kelamin tidak boleh dihalang oleh penggunaan kondom seperti herpes dan papilloma.

Pemeriksaan doktor dan ujian darah akan membantu mengesan jangkitan penyakit kelamin.

Ujian darah untuk HIV hanya boleh diketahui selepas beberapa bulan iaitu apabila badan terdedah kepada kuman virus HIV. Ujian darah ini perlu dijadualkan atau diulangi tiga bulan dari tarikh anda terdedah kepada hubungan seks rambang itu.

Saya cadangkan anda bersabar dan ikut nasihat dan penjelasan pakar yang mengendalikan kes anda.

Masalah Air kencing bercabang

Number of View: 0

Saya mengalami masalah kencing bercabang, di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar.

Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar.

RAZAK
Tampoi, Johor

kencing-bercabangKencing bercabang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Ia boleh berlaku dan menjadi kembali sedia kala secara spontan.

Ini terjadi mungkin kerana pertengahan lubang kencing melekat dan kemudian bahagian yang terlekat itu terbuka.

Jika keadaan kencing bercabang itu kekal dan memberi masalah seperti memercikkan air atau menyakitkan, mustahak untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Jarang salur kencing radang akibat jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing melekat sebagai parut. Namun, ada juga lubang salur kencing tertutup separa akibat ketulan ‘isis‚ yang terjojol daripada mukosa salur kencing seperti papilloma atau kutil.

Apabila papilloma atau kutil itu dibuang, perjalanan kencing menjadi sehala dan tidak lagi bercabang.

Jika air kencing masih keluar bercabang walaupun anda mengepit hujung zakar untuk meluaskan pembukaan lubang kencing, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Jangan pula anda cuba mencucuk lubang kencing dengan lidi atau dawai kerana boleh memberatkan lagi masalah.

Benjolan kecil pada hujung zakar

Number of View: 0

Saya mempunyai benjolan kecil pada hujung zakar dan seakan-akan mengandungi air di dalamnya. Adakah ia sejenis penyakit?

AZLI
Kepong, Selangor

Anggota kelamin jarang diperiksa secara teliti kecuali sesuatu bahagiannya terasa kurang selesa atau sakit. Ketika itu pelbagai penemuan terjadi.
Benda seperti ketulan, benjolan dan pelbagai lagi akan kelihatan. Malah, apabila individu itu mula merujuk kepada Internet, nescaya dia akan rasa
gementar apabila dipaparkan pelbagai maklumat menakutkan.

Kajian menunjukkan sebahagian besar ketulan dan benjolan pada anggota kelamin lelaki adalah tidak berbahaya, kecuali ia simptom penyakit kelamin atau STI (sexually transmitted infections).

Lelaki yang tidak pernah melakukan seks rambang, sama ada seks genital atau seks oral atau anal tak perlu khuatir mengenai STI.

Ini kerana kemungkinan ketulan, benjolan atau bengkak itu perubahan yang berlaku pada anggota kelamin dan tidak perlu dibimbangkan, kecuali jika lelaki itu was-was, terutama setelah merujuk kepada Internet.

Perlu diketahui bahawa ‘self diagnosis‚ iaitu rawatan secara sendiri atau ‘self treatment’ tanpa rujukan doktor tidak digalakkan. Anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Berdasarkan penelitian dok­tor yang biasa dengan pengendalian masalah anggota kelamin lelaki, tentu dia dapat memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Namun, berdasarkan ketera­ngan anda, kemungkinan ketumbuhan yang berisi cecair itu sista (cyst). Ada juga kemungkinan ia jangkitan virus bergelar ‘Molluscum contagiosum‚ atau ketuat.

Tanpa pemeriksaan doktor, anda tidak akan tahu apa berlaku. Anggota kelamin lelaki adalah penting dan perlu dijaga dengan baik.

kutil and ketuat pada zakar

Number of View: 0

Lelaki sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, biji, kudis dan ketulan.

Sebenarnya, semua itu tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan kes itu perlu dikendalikan doktor pakar kulit.
Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika ia memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan serta membahayakannya.

Untuk makluman, kutil atau ketulan kulit seperti ‘daging‚ yang berjuntai di keliling penghujung zakar, tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau ‘warts‚.

ketuatzakKadangkala, bekas parut yang berlaku selepas berkhatan disangka ketuat kerana cantuman kulit tidak sempurna. Maksud kutil sebenar ialah lebihan kulit yang berjuntai dan ia bukan penyakit kulit, manakala ketuat pula penyakit kulit akibat jangkitan virus atau HPV (Human Papilloma Virus).

Ketuat di penghujung zakar berbeza daripada di kulit tundun atau pangkal zakar kerana kulit bahagian itu berbeza.

Bagaimanapun, jangkitan itu sama walaupun jenis virus ketuat mungkin berbeza. Jika anda mendapati kutil di keseluruhan anggota kelamin dan tidak tahu ia jangkitan atau sebaliknya, anda harus berjumpa doktor untuk kepastian.

Ketuat boleh merebak cepat dan keseluruhan kulit zakar boleh terkena jangkitan. Begitupun, ia boleh mengecut apabila virus musnah kerana tindak balas sistem daya kawalan.

Jika benar jangkitan kulit itu adalah ketuat, doktor boleh memberi ubat untuk disapu dan ia boleh hilang dan pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, jangan risau kerana ketuat jarang berubah menjadi kanser.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah ini supaya berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Ramai tidak tahu, sebenarnya ketuat boleh dijangkiti daripada hubungan seks. Buat masa ini, lelaki tidak perlu mendapat suntikan pelalian HPV seperti mana digalakkan kepada wanita ber-umur sembilan hingga 26 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...