Archive for July 2014

Masalah Senak semasa zakar tegang

Number of View: 0

Suami saya menghadapi masalah kembung perut dan senak ketika ingin bersama terutama apabila alat kelaminnya hendak menegang. Apakah punca masalah itu dan adakan ia memudaratkan.

Zaleha
Jengka, Pahang

Perasaan teruja seseorang lelaki berlaku apabila mahu melakukan hubungan intim dengan isteri yang menyaksikan perubahan berlaku pada badannya.
Pergerakan badan dan otot boleh membuatkan pergerakan usus menjadi ketara sehingga terasa senak dan tidak selesa jika lelaki itu memang jenis mudah kembung perut.

Jika perubahan itu tidak ketara atau sederhana, dia masih mampu mencapai ereksi dan dapat melakukan seks. Jika kembung perut amat ketara dan membuatkan perut senak, ereksi boleh lemah dan hilang ketegangan.

Cara terbaik untuk lelaki yang mengalami masalah seperti itu dengan berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah ‘kembung perut’ atau dispepsia.

Apabila masalah itu diatasi, tetapi masih gagal untuk mencapai ereksi mencukupi, dia perlu menjalani rawatan masalah disfungsi erektil atau mati pucuk.

Kini dengan pelbagai ubat pelancar darah dan pengembang salur darah dalam zakar, masalah itu boleh diatasi.

Mustahak dapatkan ubat dari doktor dan bukan dari tabib atau sesiapa yang tidak bertauliah kerana kini terdapat pelbagai ubat kuat atau kopi kuat yang mengandungi racun dan kimia perosak kesihatan.

Malah, berurut bukan jalan menyelesaikan masalah kembung perut dan mati pucuk. Ia boleh memberatkan lagi keadaan jika bahagian diurut itu disalah taksir kerana tidak membuat pemeriksaan badan dan lantas diurut tanpa mengetahui masalah sebenar.

Saya syorkan anda bawa suami berjumpa doktor atau dirujuk kepada pakar jika masalah kembung perut itu tidak selesai.

Urat testis buah zakar tersimpul kena selalu periksa alat sulit

Number of View: 0

Urat bersimpul pada kantung testis antara masalah yang sering dialami golongan lelaki. Bagi yang peka dan selalu memeriksa alat sulit sendiri, anda akan perasan mengenai gejala itu jika ia berlaku terhadap anda.

Menurut istilah perubatan, keadaan urat bersimpul dan kadangkala kelihatan seperti long­gokan cacing itu dikenali sebagai varikosel.
Varikosel ialah pembuluh darah ven yang berpintal dan mengembang di dalam kerandut buah zakar. Ia dapat dirasa seperti ‘cacing dalam kantung’ atau kelihatan seperti urat timbul dan bersimpul.

Ia sebenarnya ven yang menyalurkan darah keluar daripada testis, yang kebetulan mengembang dan menyebabkan darah mendap.

Akibat daripada kemendapan darah itu, bahan tidak sihat seperti sisa metabolisme kilang buah zakar yang terkandung dalam darah mendap itu diserap ke dalam testis dan boleh mengganggu fungsi testis berkenaan.

Suasana panas daripada varikosel boleh membuatkan kilang sperma tergendala dan sperma menjadi lemah. Senario ketara boleh berlaku apabila kedua-dua faktor negatif tadi menyebabkan mereka yang mengalaminya menjadi kurang subur.

Varikosel biasanya berlaku kepada 15 peratus lelaki, manakala 40 peratus daripada lelaki berkenaan dikenal pasti mengalami masalah kesuburan.

Ia biasa berlaku kepada buah zakar di sebelah kiri. Varikosel yang ‘ringan’ iaitu pembuluh darah ven yang kembang sedikit tidak memberi apa-apa kesan kepada kilang sperma.

Apabila ia kelihatan berurat-urat seperti ‘cacing dalam kantung’, kemungkinan ia boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

Mana-mana lelaki yang berkahwin tetapi belum dapat menghamilkan pasangannya, perlu menjalani ujian air mani untuk mengenal pasti kedudukan profil sperma, sama ada normal atau sebaliknya.

Jika profil sperma tidak normal, doktor akan mencadangkan prosedur untuk mengatasi masalah ven iaitu melalui pembedahan mengikat ven atau menyuntik ubat untuk menutup ven supaya darah tidak lagi mendap.

Bagaimanapun, prosedur itu tidak memberi peratusan tinggi dalam pemulihan dikehendaki iaitu pemulihan kurang 50 peratus.

Sebilangan pakar pula tidak lagi mengesyorkan pembedahan berkenaan kerana kesan sampi­ngan yang boleh berlaku seperti kerosakan buah zakar, jangkitan dan hidrosel.

Bagaimanapun, masalah varikosel dikendalikan me­ngikut kes. Bagi individu belum berkahwin, jika anda mengenal pasti segumpal urat yang kelihatan di kerandut zakar, ia belum membuktikan anda mengalami varikosel.

Tapi, jika anda dikenal pasti menghidapinya, tidak ada cara untuk mengubatinya. Pada pandangan saya, ia bukan masalah besar dan terjadi secara kebetulan.

Namun, jika sudah berkahwin dan kebetulan belum dapat menghamilkan isteri, mungkin ia menjadi isu atau masalah bagi mendapatkan zuriat jika ujian sperma anda bermasalah.

Kudis pada zakar jangkiti pasangan

Number of View: 0

Herpes jangkiti pasangan

0 0 Google +0 0 0 Cetak
Gelembung, ruam atau kudis boleh berlaku pada anggota kelamin lelaki yang biasanya muncul pada mana-mana bahagian, termasuk dekat pembukaan lubang kencing.

Baru-baru ini, seorang lelaki beritahu, dia me­ngalami kulit seakan-akan melecur pada hujung zakar dan kini meng­gelupas. Perkara ini merisaukannya walaupun selepas mendapat rawatan doktor.
Kesan seakan-akan melecur mungkin jangkitan herpes dan biasanya kudis sebegitu mengambil masa untuk kering dan pulih.

Jika jangkitan kuman atau kulat lain, tentu rawatan diberi doktor tidak berkesan. Namun, tindakan berjumpa doktor adalah tepat meskipun ragu-ragu dengan jawapan diberi.

Adakala doktor sukar mengenali penyakit sebenar kecuali melalui ujian tertentu. Jangkitan virus herpes boleh diketahui melalui ujian darah. Jika menghidapi jangkitan herpes, penyakit terbabit boleh menjangkiti pasangan.

Ia boleh diketahui jika pasangan mengalami perubahan sama seperti perubahan kulit yang menyebabkan kesakitan, kulit gelembung dan ruam.

Setiap lelaki perlu ada sedikit sebanyak ilmu mengenai penyakit itu supaya tahu apa perlu dilakukan dalam keadaan tertentu.

Kudis pada anggo­ta kelamin boleh muncul sebagai satu kudis atau berkumpul sebagai beberapa kudis di bahagian sama atau berdekatan.

Ia boleh muncul seperti tanda kemerahan pada kulit atau kulit terasa sengal atau gatal dan kemudian menggelupas atau meng­gelembung. Jika kudis terkena air akan terasa sakit.

Biasanya, kudis zakar dikaitkan dengan pelbagai jangkitan kuman, virus atau kulat penyakit kelamin kerana hubung kaitnya dengan hubungan kelamin.

Jika kebetulan pesakit itu menghidapi jangkitan HIV, kesan jangkitan kulat serta kuman virus kepada kulit boleh menjadi lebih ketara dan lebih teruk.

Namun, tidak semestinya semua kudis pada anggota kelamin akibat kuman penyakit kelamin. Jika kebetulan lelaki itu mengamalkan seks oral, mungkin gigitan pasangan boleh mencetuskan jangkitan daripada kuman dalam mulut.

Kadangkala, alahan boleh mencetuskan reaksi kepada kulit zakar dan mengakibatkan kulit meng­gelembung. Jarang kudis terjadi akibat jangkitan penyakit tibi kulit dan kanser kulit.

Takut kesan kuat melancap

Number of View: 0

Soalan: Saya berumur 21 tahun dan melakukan onani hampir setiap hari. Perkara ini berlarutan sejak saya di tingkatan dua.

Adakah saya akan menghadapi sindrom kemandulan atau susah mendapat cahaya mata setelah berkahwin? Apakah rawatan yang perlu saya lakukan untuk mendapat cahaya mata?

KAMAL
Kulai, Johor

Jawapan: Anda pengamal onani tegar kerana melakukannya setiap hari sejak tingkatan dua, kecuali mung­kin jika sakit. Anda mungkin tergolong dalam kalangan lelaki ketagih onani.

Kini dalam umur awal dewasa, baru anda terfikir jika amalan itu memberi kesan buruk kepada masa depan fungsi kesuburan anda.

Bayangkan jika anda selalu ber­onani, tiada masa untuk bersosial dan mungkin tidak sempat bermesra dengan kawan perempuan.

Pengamal onani yang tegar suka berseorangan atau ‘introvert’ dan elak bersosial. Jika itu tabiat anda, tentu anda akan membujang selama-lamanya dan tangan anda menjadi ‘pasangan hidup’.

Soal kesuburan tidak wujud dalam situasi ini. Jika sempat bergaul dengan kawan perempuan dan ada kemungkinan beristeri, anda akan dapati anda lebih seronok beronani daripada bersetubuh dengan pasangan.

Ini kerana tangan anda lebih tahu cara memberi kepuasan menerusi urutan dan belaian dan ia tidak berlaku apabila ereksi anda masuk ke faraj isteri.

Tidak hairan sebilangan besar lelaki yang terikat dengan amalan onani mendapati sukar mencapai ejakulasi dengan isteri.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘traumatic masturbatory syndrome’ dan jika ini berlaku, sukar untuk anda menghamilkan pasangan secara normal.

Jika anda tinjau beberapa laman yang menyebarkan maklumat mengenai kesan onani kepada kesuburan lelaki, semuanya menyatakan tiada kesan negatif.

Sebenarnya tiada kajian dijalankan untuk mengetahui jika onani kronik atau tegar boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

Namun, lelaki yang terdedah kepada tekanan dalam bentuk apa pun (termasuk amalan onani) boleh merendahkan kualiti sperma dari aspek bilangan, pergerakan dan rupa bentuk sperma.

Jika tekanan diambil kira, lelaki seperti anda boleh mengalami masalah kesuburan jika amalan onani mengganggu hubungan silaturahim dengan pasangan dan membuatkan anda sentiasa tertekan.

Bukan senang untuk melepaskan perkara menyeronokkan kerana tanpa melakukannya, jiwa tertekan dan badan sengsara, kesudahannya ialah penghasilan sperma tidak berkualiti jika masih mampu mencapai ejakulasi.

Jika tidak dapat mencapai ejakulasi melalui hubungan intim seksual, masalah itu mungkin berat.

Semua penjelasan saya tadi ialah untuk menggambarkan kepada ‘pengonani tegar’ mengenai cabaran yang mereka akan hadapi kemudian hari jika ia tidak dibendung atau dihindari.

Tuhan beri anggota kelamin itu untuk tujuan mutlak, iaitu sebagai saluran hubungan silaturahim dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan tanpa hala tujuan.

Hentikan amalan onani secepat mungkin sebelum ia menjadi perosak hubungan silaturahim anda bersama pasangan anda kelak.

Masalah kerandut zakar bercantum

Number of View: 0

Soalan: Saya berumur 24 tahun dan akan mendirikan rumah tangga tahun depan. Saya menghadapi masalah ‘web scrotum’. Adakah saya perlu menjalani pembedahan atau membiarkan saja?

Mungkinkah masalah ini mengganggu hubungan suami isteri selepas berkahwin jika saya tidak membuat pembedahan? Jika pembedahan perlu dilakukan, di mana saya harus rujuk untuk temujanji?

SYAFIQ
Sungkai, Perak

Jawapan: Saya pasti anda tahu mengenai ‘web scrotum’ daripada gambar dalam Internet dan membaca maklumat disertakan.

‘Web’ dimaksudkan ialah cebisan kulit yang men­cantumkan kerandut kepada zakar. Jika cantuman padat atau ce­bisan kulit padat dan ketat, ke­­­­­­­­­­­ran­­­­­­­­­­­­dut akan mengikut zakar ketika­ ereksi berlaku dan menye­babkan zakar menunduk ke bawah akibat tarikan kerandut pada zakar.

Jika ini berlaku, hubungan intim seksual menjadi kurang selesa untuk kedua-dua pihak. Cara menyelesaikan keadaan ini ialah memotong cebisan kulit yang bercantum.

Pembedahan ini mudah dan boleh dilakukan kebanyakan doktor. Jika cebisan kulit itu lebar dan luas di mana ketika ereksi, zakar mendongak ke atas dan tiada tarikan kerandut, tiada sebab untuk memotongnya.

Malah, dengan adanya kulit cantuman itu, pangkal zakar menjadi lebih kembang.
Saya pernah tengok beberapa kes lelaki berumah tangga yang tidak tahu mereka mempunyai ‘web scrotum’. Mereka tidak pernah mengalami masalah ketika bersetubuh, begitu juga pasangan mereka.

Saya pernah melakukan pembedahan bagi satu kes yang mana cantuman di antara kerandut dan zakar padat, lalu membuatkan ereksi menunduk ke bawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...