Archive for February 2016

Ereksi Pagi

Number of View: 0

batangtegangEreksi pagi sering dikaitkan dengan kemampuan seksual seseorang lelaki. Malah, saya menerima banyak soalan daripada orang ramai yang berasa bimbang kerana ereksi pagi mereka lemah atau mungkin tidak berlaku.

Yang terbaru ialah seorang suami berusia 29 tahun yang mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu dan mempunyai sepasang anak kembar. Dia jelas keliru dan bimbang apabila tidak lagi mengalami ereksi pada waktu pagi.
Pesakit ini kemudian mengalami tekanan emosi apabila multi-vitamin mengandungi ginseng yang diambilnya tidak berupaya menguatkan ereksi paginya, sekali gus menyebabkan dia menjadi dingin terhadap isteri kerana beranggapan mengalami lemah syahwat.

Ingin saya perjelaskan di sini yang ereksi pagi atau ‘Nocturnal Penile Tumescence’ berlaku pada awal pagi ketika lelaki itu tidur nyenyak atau tidur yang dikenali sebagai tidur REM (Rapid Eye Movement) Sleep.
Jadi jika tiada REM Sleep atau tidur tidak nyenyak kerana kerap terbangun atau tidur lewat, ereksi pagi pasti kurang kelihatan dan kurang mantap.

Apabila terjaga secara tiba-tiba, baru nampak ereksi berkenaan, dan jika tidak, ia tidak kelihatan.

Sehubungan itu, nasihat saya kepada mereka yang tidak mengalami ereksi pagi ialah, jangan mudah terpengaruh dengan fenomena itu. Jika anda mendapati ereksi pagi kurang kelihatan atau hanya singkat, kemungkinan kemunculannya tidak mengikut jadual dulu.

Mungkin ereksi pagi menjadi lebih jelas pada awal pagi atau ketika anda terjaga secara tiba-tiba atau ketika bangun membuang air kecil.

Bagi mereka yang tidak mengesan ereksi pagi tetapi kemampuan seksual masih normal, saya nasihatkan anda supaya mula melakukan senaman secara berkala kerana ereksi pagi anda akan menjadi lebih kelihatan.

Berkaitan dengan kelajuan ejakulasi (pancutan air mani) pula, ia tiada kena mengena dengan tahap kesuburan. Jika seseorang lelaki itu menahan ketika air maninya hendak terpancut, ejakulasi menjadi lemah.

Untuk menguatkan pancutan, lelaki hendaklah mengerakkan zakar dengan kuat dalam keadaan otot lantai pelvis wanita sedang mencengkam, atau gerak zakar dalam keadaan kemut.

Perlu diingatkan tanpa rangsangan, air mani juga berkurangan. Seperti saya katakan di atas, jangan menahan ketika hendak ejakulasi kerana air mani dan pancutan menjadi lemah.

Keradangan Salur Kencing

Number of View: 0

Rasa pedih ketika kencing sering dialami lelaki dan perempuan dan ini ada kaitan dengan . Keradangan ini boleh berlaku akibat onani, geselan kepada anggota sulit, zakar untuk lelaki dan onani dalaman, iaitu mengesel bahagian atas faraj berdekatan salur kencing untuk perempuan. Apabila amalan tidak baik itu dihentikan, kelegaan akan berlaku. Rawatan yang doktor berikan adalah memadai dan tentu akan mengambil masa untuk dapat keselesaan.

pundikencingJika keradangan berkenaan sangat ketara. Jadi bersabar dan pada masa sama, cuba elak beronani kerana jika salur kencing tercedera ia akan menjadi sempit. Keadaan ini dikenali sebagai rethral stricture iaitu salur kencing menyempit akibat parutan.

Jika ini berlaku, tentu anda akan rasa sukar untuk buang air kecil dengan selesa. Lelehan yang keluar daripada salur kencing itu ialah hasil keradangan salur kencing.
Alat kelamin lelaki atau zakar mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai anggota untuk saluran keluar kencing dan tujuan hubungan seksual. Bayangkan keadaan anggota seksual lelaki berbentuk kecil atau cacat, tentu fungsi utamanya terancam.
Justeru, mereka yang berdepan masalah itu perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan.
Selain mempunyai dua fungsi, anggota seksual lelaki ada dua bahagian iaitu anggota seksual bahagian luar dan bahagian dalam. Anggota seksual bahagian luar membabitkan zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam kerandut iaitu sepasang buah zakar.
Anggota seksual bahagian dalam pula membabitkan pundi prostate, pundi seminal, cowpers, liang otot bulbocavernosa dan spongiosa serta otot lantai pelvis yang menjadi benteng otot zakar.
Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah ke dalam otot zakar meningkat dan ereksi berlaku. Zakar yang sebelum ereksi kelihatan kecil akan memanjang dan membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya.
Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan mencengkam otot lantai pelvis (otot kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar. Dengan cara itu zakar menjadi padat dan keras serta sesuai dimasukkan ke dalam salur faraj ketika melakukan persetubuhan penetratif. Bagaimanapun, zakar yang tidak padat atau kecil bermasalah untuk disalurkan ke dalam faraj.
Keadaan zakar kecil dikenali sebagai icropenis. Saiz ketika ereksi bagi zakar seperti ini hanya enam sentimeter (sm) atau kurang. Namun, zakar berukuran kurang sembilan sm turut berdepan masalah kerana ia mudah terlucut atau terlepas ketika melakukan persetubuhan.
Dalam pada itu, zakar yang bengkok juga boleh menimbulkan masalah, walaupun ukurannya normal (10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm). Masalah ini boleh berlaku akibat penyakit Peyronie, selaput pembalut otot zakar mengeras atau otot mengeras atau secara kebetulan zakar berkedudukan sebegitu apabila tumbesaran liang otot kavernosa kiri dan kanan tidak seimbang.
Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit antara zakar dan kerandut. Keaadan ini dikenali eb penis dan bagi melegakan tarikan itu ialah memotong kulit cantuman yang menarik zakar ke bawah.
Zakar dikategorikan cacat pula merujuk kepada zakar yang pembukaan lubang kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah (hypospadias) atau bahagian atas (epispadias). Ini membuatkan zakar kelihatan luar biasa dan sukar disalurkan ke dalam faraj.
Isu anggota kelamin yang bermasalah tidak akan selesai jika tidak merujuk kepada doktor. Kini ada rawatan moden dan selamat.

Jangan cuba rawatan berbahaya seperti mendapat suntikan silikon atau minyak cendana ke dalam kulit zakar yang dilakukan bagi orang yang tidak bertauliah kerana kaedah ini akan mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal.
Segala pertanyaan boleh dirujuk.
Dr Riezwan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...