batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

KANTUNG atau buah zakar saya mengalami kudis dan jerawat serta kulit menjadi kering dan bertukar warna. Kulit di kerandut zakar juga boleh t...

Buah Zakar Berkudis

KANTUNG atau buah zakar saya mengalami kudis dan jerawat serta kulit menjadi kering dan bertukar warna. Kulit di kerandut zakar juga boleh tertanggal jika saya menggosoknya dan ia seolah-olah bersisik. Adakah masalah ini serius dan boleh memudaratkan kesihatan saya?

HAMDI
Sandakan, Sabah

Masalah kulit yang anda alami dikenali sebagai ‘eczema’. Kulit kerandut buah zakar yang lembut dan mengandungi bulu roma serta pundi peluh dan pundi pelembap semula jadi ‘apokrin’ boleh meragam apabila ia kering dan tidak selesa dan akhirnya akan menjadi gatal.

Menggaru akan membuatkan kulit kerandut menjadi radang dan secara tidak langsung membuatkan perasaan gatal itu lebih ketara.

Jika kulit kerandut tercedera, kuman atau kulat akan memasuki alat kelamin dan menjadi aktif. Ini akan menambah kerosakan apabila masalah itu diberatkan lagi dengan jangkitan kuman.

Paling penting, lelaki yang mengalami kegatalan kerandut zakar perlu menggunakan krim pelembap untuk melembutkan kulit kerandut dan menghentikan sementara tabiat mencukur bulu roma.

Begitupun, jika anda gemar mencuci kerandut zakar dengan sabun, anda perlu menyapu krim pelembap selepas mengelapnya.

Memakai pakaian dalam yang selesa, longgar dan terdedah yang memudahkan kulit menjadi kering dapat membantu membendung gejala gatal kulit dan eczema.

Apabila kulit kerandut mengalami gejala gatal, luka, bersisik dan radang, mustahak untuk berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan dengan pakar sakit kulit.

Doktor akan lakukan pemeriksaan untuk memastikan jika ada ciri tertentu mengenai gejala penyakit dan memberi rawatan sewajarnya.

Untuk menjaga kulit kerandut buah zakar supaya selesa dan segar, lelaki perlu menggunakan pelembap selepas mencuci anggota kelamin atau selepas mandi.

0 comentários:

SAYA menghadapi masalah sejak kebelakangan ini apabila testikel saya berasa sakit seperti bengkak sebelah di bahagian kanan. Apabila saya pe...

Testikel Kanan Sakit

SAYA menghadapi masalah sejak kebelakangan ini apabila testikel saya berasa sakit seperti bengkak sebelah di bahagian kanan.

Apabila saya pegang bahagian itu terasa pedih. Ketika dalam keadaan duduk juga ia terasa sakit, begitu juga bahagian pinggang saya.


Saya harap doktor dapat menerangkan apa sebenarnya berlaku, adakah ia normal atau tidak?

FADLI

Sabak Bernam, Selangor

Sakit buah zakar jarang berlaku. Jika ia berlaku, biasanya ada sebab tertentu dan perlu dirujuk kepada doktor.

Keadaan itu sangat jarang berlaku kepada buah zakar dalam situasi tertentu seperti pakai seluar dalam ketat atau seluar ketat atau ketika duduk buah zakar tertekan.

Jarang juga keadaan sebegitu akibat cengkaman pembuluh darah bergumpal yang dikenal sebagai varikosel. Keadaan itu hanya terasa sekali sekala dan tidak membimbangkan. Bagaimanapun, anda perlu berjumpa doktor untuk kepastian.

Sakit buah zakar yang ketara berlaku apabila buah zakar tercedera atau ‘trauma’ seperti tertendang atau terpukul.

Bengkak boleh berlaku dan darah boleh terkumpul atau ‘hematocele’. Untuk kurangkan berasa sakit, buah zakar boleh ditekap dengan ais dan perlu dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Jarang juga berlaku buah zakar terpulas atau ‘torsion’. Jika berpulas secara separa berlaku, ia tidak berbahaya tetapi keadaannya perlu diperbetulkan.

Jika berpulas secara ketara pula, jalanan darah boleh tersekat dan buah zakar boleh ‘mati’ atau kilang buah zakar boleh rosak.

Rasa sakit buah zakar itu akibat radang buah zakar atau orkitis atau keradangan pundi epididimis atau ‘epididimitis’ atau kedua sekali iaitu radang buah zakar dan pundi epididimis atau ‘epididymorchitis’.

Ada juga lelaki yang menghidap batu karang mengalami sakit buah zakar. Contohnya sakit buah zakar kanan apabila batu karang bergerak ke dalam salur kencing kanan.

Pelbagai masalah menyebabkan perasaan sakit buah zakar dan jika lelaki itu tidak buat apa-apa, sudah tentu masalah menjadi serius dan jika sebabnya serius, buah zakar boleh rosak selama-lamanya!

Namun sangat jarang sakit buah zakar akibat ketumbuhan atau kanser. Jadi jangan mendiamkan diri. Jika masih sakit dan kesakitan itu berterusan, cepat jumpa doktor dan jangan cuba rawatan sendiri atau jumpa tukang urut, nanti padah!

0 comentários:

KEBELAKANGAN ini alat kelamin saya tidak seperti dulu. Sebelum ini kulit luar zakar boleh ‘digerakkan’ ke bawah dan menampakkan buah zakar t...

Zakar berkulup susah ditarik

KEBELAKANGAN ini alat kelamin saya tidak seperti dulu. Sebelum ini kulit luar zakar boleh ‘digerakkan’ ke bawah dan menampakkan buah zakar tetapi sekarang tidak boleh.

 

Kulitnya seperti mengecut pula dan untuk pengetahuan doktor, saya berkahwin setahun lalu dan sejak beberapa bulan ini saya tidak mengadakan hubungan kelamin dengan isteri.

Ini kerana zakar saya sakit dan merekah di hujung kepalanya dan ia tidak ‘kembang’ seperti sebelumnya. Ada juga butiran putih keluar dari celah zakar saya dan kadangkala menyebabkan gatal.

Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa membersihkannya tiga kali sehari. Saya berasa runsing dengan keadaan itu. Buat pengetahuan doktor, saya bukan Islam dan belum lagi berkhatan, tetapi merancang untuk berkhatan tidak lama lagi.

ALEX
Petaling Jaya

JAWAPAN

Kebiasannya untuk lelaki tidak berkhatan, kulit yang menutup penghujung zakar iaitu kulup zakar boleh ditarik ke belakang batang zakar untuk mendedahkan penghujung atau kepala zakar.

Jika ini sukar dilakukan, kemungkinan permukaan kepala zakar melekat kepada lapisan dalam kulup zakar.

Ini berlaku apabila cairan putih dikenali sebagai ‘smegma’ melekat antara lekuk dan kepala zakar kepada kulit lapisan dalam kulup.

Apabila lapisan itu dibersihkan, mudah untuk melakukannya. Anda ada menyatakan kulit penghujung zakar anda merekah dan ia membuatkan anda tidak selesa ketika bersetubuh dengan pasangan.

Jika dibiarkan, anda boleh mengalami keradangan dan bengkak pada penghujung zakar bergelar ‘balanitis’ dan jika kulup turut mengalami radang ia dikenali pula ‘balanophosphitis’.

Mengapa mahu merana sepanjang masa? Memang baik untuk anda menjalani prosedur berkhatan secepat yang mungkin.

0 comentários:

SAYA berusia 33 tahun dan ada dua anak. Setiap kali membuang air kecil, secara semula jadi pada akhirnya ada satu kemutan untuk mengetoskan ...

Keluar Air bila Kemut

SAYA berusia 33 tahun dan ada dua anak. Setiap kali membuang air kecil, secara semula jadi pada akhirnya ada satu kemutan untuk mengetoskan air kencing, tetapi apa yang berlaku pada saya sebaliknya.


Setiap kali selepas membuang air kecil, ketika mengemut akan terkeluar baki air kencing dalam kuantiti yang boleh dikatakan banyak. Jika saya mengemut lagi, ia terkeluar lagi.

Masalah ini berlarutan hingga ke ranjang. Pernah beberapa kali ketika isteri melakukan seks oral, saat kemuncaknya sungguh menghampakan, iaitu bermula dengan lelehan dan disusuli pancutan yang tidak memuaskan hati.

Buat pengetahuan doktor, saya menghidap sakit tulang belakang yang merangkumi pinggang. Saya kerap penat dan lenguh di bahagian itu.

Adakah masalah saya berpunca daripada jangkitan kuman di mana-mana bahagian alat kelamin saya atau berpunca daripada pinggang yang tidak kuat. Mungkin juga ada sebab lain kerana saya mengamalkan jamu dengan telur ayam kampung.

MAN
Johor Bahru, Johor

JAWAPAN

Segelintir lelaki mudah mengeluarkan air mazi dengan banyaknya apabila mengalami rangsangan seksual. Mereka mempunyai pundi dalam mukosa salur kencing yang sangat aktif.

Sama juga dengan lelaki kerap mengeluarkan lelehan daripada salur kencing setiap kali mengemut, seperti yang anda alami.

Sebenarnya ketika kemut, pundi cowper yang tertanam dalam otot kemut atau otot pelvis terangsang dan tercengkam, maka akan keluar cairan daripada pundi berkenaan. Jika anda lakukan beberapa kali, akan keluar lelehan sama, mungkin kandungannya berkurangan.

Ini ialah lelehan air mazi. Jika anda kemut ketika mengalami pancutan air mani, kekuatan pancutan tersentap dan air mani akan meleleh. Jika anda tidak kemut atau ketika merangsangkan anggota sulit anda kemut dan mencapai ejakulasi, pancutan akan berlaku secara cetusan.

Saya ingin menasihatkan, pengambilan herba yang tidak bertauliah dan tidak dapat kelulusan Kementerian Kesihatan, walaupun mengikut cara memakannya, bukan cara menyelesaikan masalah anda.

Nanti buah pinggang atau hati anda akan rosak akibat menggunakan herba itu. Amalkan gaya hidup sihat dan elak menggunakan herba perosak badan.

0 comentários:

The Complete Guide to Massage: A Step-by-Step Guide to Achieving the Health and Relaxation Benefits of Massage ​

Panduan Lengkap untuk Urut: Panduan Langkah-demi-Langkah untuk Mencapai Kesihatan dan Relaksasi Kebaikan Urut

The Complete Guide to Massage: A Step-by-Step Guide to Achieving the Health and Relaxation Benefits of Massage



0 comentários: