4 Tips supaya air mani yang lebih kuat

Spread the love

Kebanyakan orang malu untuk berjumpa dengan doktor jika terdapat masalah kesihatan seksual, dan sering saling menyalahkan antara pasangan.

Sebelum itu terjadi,lebih baik kita mencegah daripada sesuatu yang tidak diingini daripada berlaku..

Jadi,bolehlah kita mulakan dengan memiliki air mani yang baik.

airmaniTips ini bukan hanya untuk lelaki yang sudah berkahwin sahaja tetapi juga bagi golongan yang masih bersendirian juga harus tahu tentang kekuatan air mani mereka..oleh itu pencegah awal adalah penting dari sekarang sebelum semuanya terlambat.

Berikut ada beberapa tips untuk mendapatkan air mani yang sihat :

1. Go green!!

Makanan yang kaya dengan asam folik dapat menurunkan peratusan air mani yang mempunyai kromosom yang salah. Sampai sebanyak 4% dari sperma memiliki jumlah yang terlalu banyak atau terlalu sedikit, yang dapat menyebabkan cacat lahir. Penilitian di Amerika Syarikat menemukan lelaki yang memakan lebih kurang 800 mikrogram asid folik perhari (sekitar 100 gram hati lembu atau bayam) memiliki kemungkinan 25% lebih rendah mengalami hal tersebut.

2. Pakai seluar dalam “boxer”

Suhu optimal untuk penghasilan air mani adalah beberapa darjah lebih sejuk daripada suhu purata tubuh iaitu 37 darjah celcius. Itulah mengapa penis anda dalam keadaan tersebut. Tapi memakai seluar dalam atau seluar yang ketat dapat meningkatkan suhu skorotum ketika berjalan atau duduk, menurut penelitian di German.

3. Kurangkan makanan berlemak

Lelaki yang sering memakan daging dan produk yang terbuat daripada susu, dan lebih sedikit memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar lebih cenderung memiliki air mani yang berkualiti lebih rendah dibandingkan lelaki yang memakan lebih banyak serabut, vitamin C dan tomato yang kaya dengan lycopene, menurut penelitian dari University of Murcia di Sepanyol.

4. Miliki BMI yang ideal

Memiliki Bodi Mass Index (berat badan dibahagikan dengan tinggi badan yang dikuasakan dua) yang rendah atau tinggi dapat mempengaruhi kualiti sperma, menurut penelitian di Skandivia terhadap 1500 lelaki. BMI yang kurang dari 20 mengurangi jumlah air mani sebanyak 22%, sementara lelaki yang BMInya kebih dari 25, juga spermanya kurang 22% daripada lelaki yang memilik BMI yang ideal (20-25)

** air mani = sperma

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...