Soalan:
SAYA ingin kepastian adakah seorang lelaki yang hanya mempunyai satu telur dianggap tidak subur berbanding lelaki normal yang sepatutnya
mempunyai dua telur? Adakah ia simptom kemandulan dan dianggap sebagai penyakit? Saya juga ingin tahu peratusan untuk lelaki yang menghadapi
masalah ini mendapat zuriat?
YUS, Kangar Perlis
Jawapan:
Lelaki yang mempunyai sepasang buah zakar dalam kerandut berukuran lebih daripada 10 ml (mengikut ukuran Praders Orkidometer) sebiji dianggap
normal dan mampu hasilkan sperma.
Ada lelaki yang mempunyai sebiji buah zakar. Ini bukan petanda mutlak yang lelaki itu mandul. Jika buah zakarnya mempunyai saiz normal, dia
berkemampuan subur. Buah zakar yang ‘hilang’ itu mungkin ada berdekatan kerandut atau dalam perut serta mungkin tidak berfungsi kerana kedudukan
itu tidak sesuai untuk ketumbesarannya.
Jika lelaki yang mempunyai satu buah zakar itu mahu kepastian mengenai kemampuannya menghasilkan sperma, dia boleh berjumpa doktor untuk
menjalani pemeriksaan dan ujian air mani. Jika ada masalah, pemeriksaan susulan boleh dilakukan doktor seperti ujian hormon kesuburan FSH dan
terbukti benar, rawatan sewajar akan diberikan.
Kini, ada rawatan moden untuk mengatasi masalah kesuburan lelaki. Selain ubat, ada kaedah bantuan konsepsi seperti bayi tabung uji dan ICSI
(menyuntik sperma dalam telur) yang boleh membantu. Jangan berputus asa.
|