Radang zakar bengkak
Masalah batang zakar sedikit membengkak di tepi atau kadang-kadang di bawah, kerap berlaku. Dalam masa sama,
bila dipicit, terasa ada biji kecil atau urat di dalamnya membuatkan lelaki atau suami tidak selesa selain terasa sakit.
Anggota kelamin lelaki mempunyai pangkal yang lekat di bawah tundun, batang atau ‘shaft’ dan kepala zakar atau ‘glans penis’. Kulit zakar
lembut dan elastik membuatkannya mudah mengikut tumbesaran zakar itu sendiri apabila ereksi berlaku.
Kadangkala, tanpa ereksi zakar boleh mengembang akibat kebengkakan. Apabila kebengkakan itu reda maka zakar akan
mengecut.
Kebengkakan zakar boleh berlaku disebabkan keradangan bahagian itu akibat geselan yang keterlaluan (dalam hubungan kelamin atau onani), alahan
makanan atau tergigit unggas, kutu atau jangkitan saperti ‘balanitis’.
Apabila alahan reda dan jangkitan terkawal, kebengkakan akan reda. Jarang kebengkakan zakar berlaku akibat kecederaan kepada struktur dalaman dan
ada kalanya tisu pembalut otot zakar mengeras.
Keadaan ini dikenali sebagai penyakit ‘Peyronie’. Sebab ia berlaku kurang jelas dan boleh berlaku apabila zakar tercedera ketika dalam
ereksi.
Kekerasan dalaman boleh mengurang dalam beberapa bulan dan ia akan rasa kurang keras. Adakalanya ia boleh mengeras secara ketara dan membuatkan
zakar melengkung atau bengkuk ketika ereksi.
Jika ini mengganggu hubungan seksual, ia harus dikendalikan dengan berjumpa pakar. Masalah seperti ini tidak boleh dikendalikan melalui urutan
kerana boleh menjadi lebih ketara.
Terdapat sebilangan lelaki yang menjalani suntikan zakar yang dilakukan oleh individu yang tidak bertauliah, kononnya untuk membesarkan
zakar.
Mereka akan dapati zakar boleh membengkak pada masa tertentu dan ini boleh berlaku pada bila- bila masa lebih lagi selepas bersetubuh atau duduk
lama dalam kenderaan, walaupun pada waktu lain ia kelihatan biasa tetapi ada ketulan dan benjolan kecil (di tempat yang kena suntikan).
Jika lelaki atau suami anda ada menjalani suntikan itu, kebengkakan dan benjolan akan sentiasa berlaku dan jika ketara dia perlu mendapatkan
rawatan sewajarnya.
Masalah ini tidak boleh dikendalikan dengan urutan atau mendemah menggunakan air panas kerana ia boleh menjadi ketara.
|