Rahsia Zakar

 

Zakar tak perlu berkhatan

SEJAK berusia 11 tahun dan kini sudah menjangkau 27 tahun, saya tidak pernah berkhatan. Zakar saya agak pelik kerana ia kelihatan seperti sudah berkhatan kerana tidak mempunyai lebihan kulit pada bahagian hujungnya.

Dengan keadaan ini, adakah saya perlu berkhatan?

DEE | Kelantan.

PROSES berkhatan bagi lelaki ialah memotong kulit penghujung zakar yang menutupi kepala zakar. Jika kepala zakar sudah terdedah, tidak perlu lagi berkhatan kerana jika kulit yang ada itu dipotong ia akan menjadi pendek dan jika ereksi berlaku, kulit menjadi tegang dan boleh terkoyak.

Memang ada sebahagian lelaki mempunyai masalah seperti anda dan ia perkara semula jadi. Kadang-kadang kulit penghujung zakar melekat kepada kepala zakar dan kelihatan seolah-olah penghujung zakar tiada lekuk dan pembukaan lubang kencing kelihatan tertutup (tetapi masih boleh membuang air kecil). Keadaan itu dikenali sebagai ‘phimosis’.

Jika begitu setiap kali lelaki itu melakukan hubungan seks, dia akan berasa tidak selesa kerana kulit menegang dan menarik penghujung zakar. Cara untuk merawat masalah ini ialah menerusi rawatan di mana doktor akan memisahkan kulit penghujung zakar daripada kulit kepala zakar dan memotong kulit penghujung zakar yang berlebihan itu.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah seperti kulit hujung zakar melekat pada zakar atau parut akibat berkhatan secara kampung dan mengalami masalah ketika bersama isteri, jangan biarkan perkara itu berterusan. Jumpa doktor supaya masalah itu dapat diselesaikan demi kebahagiaan rumah tangga.