Anak suka tarik hujung Zakar

Spread the love

SAYA ada anak lelaki berusia lapan tahun. Yang membimbangkan saya ialah tabiatnya yang kerap menarik hujung zakarnya sebelum tidur atau ketika menonton televisyen.


Walaupun saya sering menegurnya, dia tetap melakukannya. Apakah cara sesuai untuk mencegahnya melakukan perbuatan itu? Saya bimbang dia meneruskan tabiat itu sehingga dewasa.

AZAM

Segamat, Johor

JAWAPAN

Dalam peringkat pembangunan seksual manusia, sebahagian daripadanya adalah fasa urethral atau membuang air kecil dan pada peringkat ini kanak-kanak lelaki biasanya memegang zakar apabila terasa hendak membuang air kecil, manakala perempuan mengepit celah kangkangnya.

Pada peringkat usia lapan hingga 12 tahun, kanak-kanak lelaki memasuki fasa ‘phallic’. Ketika itu dia suka menyentuh zakar sama ada menonton televisyen atau sebelum tidur seperti dilakukan anak anda.

Anda tidak perlu bimbang kerana ia tabiat normal dan hilang apabila umurnya meningkat. Mungkin cara paling baik ialah suruh anak anda mencuci tangannya dan tekankan kepadanya tabiat itu tidak bersih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...