Benjolan kecil pada hujung zakar

Number of View: 0

Saya mempunyai benjolan kecil pada hujung zakar dan seakan-akan mengandungi air di dalamnya. Adakah ia sejenis penyakit?

AZLI
Kepong, Selangor

Anggota kelamin jarang diperiksa secara teliti kecuali sesuatu bahagiannya terasa kurang selesa atau sakit. Ketika itu pelbagai penemuan terjadi.
Benda seperti ketulan, benjolan dan pelbagai lagi akan kelihatan. Malah, apabila individu itu mula merujuk kepada Internet, nescaya dia akan rasa
gementar apabila dipaparkan pelbagai maklumat menakutkan.

Kajian menunjukkan sebahagian besar ketulan dan benjolan pada anggota kelamin lelaki adalah tidak berbahaya, kecuali ia simptom penyakit kelamin atau STI (sexually transmitted infections).

Lelaki yang tidak pernah melakukan seks rambang, sama ada seks genital atau seks oral atau anal tak perlu khuatir mengenai STI.

Ini kerana kemungkinan ketulan, benjolan atau bengkak itu perubahan yang berlaku pada anggota kelamin dan tidak perlu dibimbangkan, kecuali jika lelaki itu was-was, terutama setelah merujuk kepada Internet.

Perlu diketahui bahawa ‘self diagnosis‚ iaitu rawatan secara sendiri atau ‘self treatment’ tanpa rujukan doktor tidak digalakkan. Anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Berdasarkan penelitian dok­tor yang biasa dengan pengendalian masalah anggota kelamin lelaki, tentu dia dapat memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Namun, berdasarkan ketera­ngan anda, kemungkinan ketumbuhan yang berisi cecair itu sista (cyst). Ada juga kemungkinan ia jangkitan virus bergelar ‘Molluscum contagiosum‚ atau ketuat.

Tanpa pemeriksaan doktor, anda tidak akan tahu apa berlaku. Anggota kelamin lelaki adalah penting dan perlu dijaga dengan baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply