Bernafsu bila hidu kemaluan isteri

Spread the love

NAFSU NAIK HIDU ALAT KELAMIN ISTERI

Soalan

SAYA berusia 52 tahun dan sudah berkahwin 28 tahun. Yang membimbangkan saya ialah, nafsu saya naik apabila menghidu alat kelamin isteri. Semakin kuat baunya seperti bau ikan kering, saya akan terangsang. Masalahnya, saya tidak terangsang jika bau alat kelamin isteri tidak kuat. Boleh doktor menjelaskan punca keadaan ini?

BANG MAN
Pulau Pinang

Jawapan

Terangsang dengan bauan anggota sulit bukan perkara luar biasa, walaupun membau anggota sulit itu perbuatan aneh. Memang biasa untuk manusia mengaitkan anggota sulit dengan najis dan kekotoran.

Sehubungan itu, minda manusia tentu tidak terbuka untuk menghidu baunya kerana tentu bauan itu kurang menyenangkan.

Kajian mengenai bauan mendapati, sesetengah bauan merangsang urat saraf dalam mukosa hidung dan memberi rangsangan kepada otak, seterusnya merangsang sesuatu sistem secara positif. Maka wujud terapi aroma yang menggunakan pendekatan itu.

Kimia tidak berbau yang dikenali sebagai Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat dan merangsang selera seksual apabila kimia ini dihidu. Perkara ini wujud di kalangan binatang dan jarang dikaitkan dengan manusia.

Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat menyatakan, manusia berkemampuan menghasilkan Pheromones yang dapat merangsang atau mempengaruhi sistem reproduksi dan seksual.

Untuk anda, kebetulan bauan yang dikeluarkan pasangan dapat membangkitkan selera seksual anda untuk melakukan hubungan mengikut nafsu anda.

Keadaan ini lebih terserlah apabila anda lebih selesa dengannya dan dapat menerima bauan yang kurang menyenangkan itu.

Perkara ini tidak berlaku kepada semua manusia. Wanita juga berkemampuan mengalami rangsangan seksual apabila terhidu bau peluh kekasih.

Konsep Pheromones kini dikomersialkan. Kononnya wujud wangian yang boleh menyemarakkan perasaan syahwat wanita kepada lelaki yang memakainya. Ini memang karut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...