Bersama tiga kali sehari

Spread the love

SAYA berusia 36 tahun dan isteri pula 32 tahun. Kami sangat aktif melakukan hubungan kelamin sehingga menjangkau tiga kali sehari.


Masalahnya, zakar saya menjadi lembik ketika melakukan seks, menyebabkan hubungan kami terganggu.

Untuk pengetahuan doktor, saya tidak makan ubat-ubatan perangsang. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah itu? Adakah ubat atau vitamin yang perlu saya ambil?

WAN
Temerloh, Pahang

JAWAPAN

Anda dan pasangan anda aktif dalam hubungan intim dan melakukannya terlalu kerap sehingga kadangkala melebihi batasan dan kemampuan anda.

Anda perlu tahu hubungan seksual yang aktif memerlukan kesihatan tubuh badan dan fungsi badan yang ditahap cemerlang.

Malah, hubungan seksual itu boleh menjadi pendekatan untuk membina dan memantapkan kesihatan badan apabila ia menjadi lancar.

Anda perlu membina stamina dan kekuatan fizikal melalui senaman berkala, selain makan makanan yang seimbang dan menjaga berat badan.

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan bahan tambahan yang sesuai untuk membina kesihatan badan dan berdasarkan kajian saintifik dan terkini.

Anda perlu tahu, jika ingin memiliki anggota kelamin yang segar dan sentiasa mantap serta bersedia, anda boleh membelai anggota kelamin setiap hari dengan menggunakan krim pelembap yang diuji keberkesanannya.

Namun, anda juga perlu waspada dengan segala ubat perangsang dalam pasaran yang kebanyakannya mengandungi ubat larangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...