Buah Zakar Ada Benjolan

Number of View: 0

BUAH ZAKAR kiri saya mempunyai benjolan. Ia terasa berat dan panas.

Untuk pengetahuan doktor, saya berumur 25 tahun. Saya risau jika ia petanda kanser. Harap doktor dapat memberi pencerahan.

Nizam
Hulu Langat, Selangor

BERDASARKAN pengalaman, saya dapati wanita lebih peka pada isu kesihatan mereka dan tidak teragak-agak untuk berjumpa doktor.

batangpanjang2Lelaki pula, sebaliknya. Mereka lebih suka bertanya kawan atau sesiapa yang bukan doktor selain merujuk di Internet.

Apabila mereka terbaca perkara yang menakutkan, barulah mereka terbuka hati untuk berjumpa doktor.

Anda menyatakan terdapat benjolan pada buah zakar kiri dan tahu ia berbeza seperti sebelumnya, tetapi anda masih tidak berbuat apa-apa.

Sepatutnya, anda berjumpa doktor bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan. Doktor berkenaan akan merujuk masalah anda kepada pakar atau ke hospital bagi menjalani ujian imbasan dan ujian makmal.

Anda pula merujuk kepada saya melalui e-mel dalam ruangan ini yang tentunya sukar bagi saya memberi ulasan kerana tidak memeriksanya.

Ini perkara serius kerana benjolan buah zakar yang menggambarkan simpton kanser buah zakar perlu diberi perhatian serius.

Saya tidak dapat menentukan sama ada ia kanser atau sebaliknya tanpa pemeriksaan. Jangan sia-siakan diri anda.

Ini saranan saya kepada semua pembaca ruangan Sakit Tuan. Jika ada masalah kesihatan lelaki, cepat berjumpa doktor.

Jika doktor tidak dapat menyelesaikan, barulah berjumpa pakar.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply