Buah zakar terlalu kecil

Spread the love

Buah zakar terlalu kecil

SAYA berusia 18 tahun, tetapi buah zakar saya lebih kecil daripada ibu jari kaki. Ada pendapat mengatakan jika buah zakar lebih kecil daripada ibu jari kaki, ia menandakan seseorang lelaki itu tidak subur. Adakah ia benar?

RIZUAN,Kelana Jaya, Selangor.

images-1PROSES tumbesaran buah zakar bermula daripada peringkat awal baligh lagi. Purata saiznya adalah sebesar ibu jari kaki atau tiga suku saiznya. Bagi lelaki yang memiliki ibu jari kaki lebih besar daripada normal, sudah tentu saiz buah zakarnya lebih besar dan begitu juga sebaliknya.

Jika anda was-was dengan saiz berkenaan, silalah rujuk doktor untuk kepastian. Jika doktor berkenaan mempunyai alat pengukur buah zakar, iaitu orkidometer, ia lebih mudah.

Ketika pemeriksaan dilakukan, hanya badan buah zakar diukur dan tidak termasuk pundi epididimis. Saya pernah merawat seorang lelaki yang mempunyai buah zakar terlalu kecil, tetapi penghasilan spermanya tetap ada.

Mengukur saiz buah zakar sebenarnya sekadar untuk memberi keprihatinan kepada lelaki mengenai kepentingan anggota berkenaan.

Apa yang penting, buah zakar perlu dilindungi dan elakkan daripada terdedah kepada kecederaan. Jika anda membabitkan diri dalam sukan yang memerlukan anda memakai alat pelindung buah zakar, turutilah arahan itu.

Jika buah zakar bengkak akibat hentakan atau kemalangan, jangan cuba untuk mengurutnya tetapi adalah lebih baik tuamkannya dengan ais.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...