Air Mazi

Zakar keluar Cecair Putih sukar Solat

Number of View: 0

SEJAK dua minggu lalu, zakar saya mengeluarkan cecair putih jernih seperti mazi tetapi tidak berlendir dan tidak juga berbau. Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 31 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Cecair ini keluar hampir setiap masa dalam kuantiti yang sedikit. Ia menyukarkan saya untuk melakukan solat dan sedikit sebanyak merunsingkan.

Untuk makluman, zakar saya berfungsi seperti biasa tetapi apabila bahagian kepala atau pangkal zakar ditekan, akan terasa gatal atau perit tapi dalam keadaan minimum.

Dalam keadaan biasa sehari-hari, tidak terasa sakit atau apa-apa rasa. Harap doktor dapat memberi penjelasan.

KIMI
Pontian, Johor

zakar-air-mani-cairLAPISAN mukosa dalam salur kencing lelaki mengandungi pepundi kecil yang menghasilkan cecair jernih dan membuatkan salur kencing lembap.

Cecair ini boleh keluar secara berlebihan apabila pepundi yang menghasilkannya radang, boleh berlaku akibat jangkitan dan jarang kali akibat amalan onani.

Apabila keradangan itu lega, penghasilan cecair itu akan reda. Jika keadaan masih berkekalan atau kelihatan ketara, ini mungkin menggambarkan jangkitan yang memerlukan rawatan.

Soalnya, bagaimana boleh terkena jangkitan? Biasanya melalui hubungan seks rambang tanpa penggunaan kondom atau melalui seks oral.

Jarang ia terjadi akibat penyakit kencing kotor di mana jangkitan itu datang dari pundi kencing. Cecair akibat jangkitan berwarna lebih pekat dan mudah melekat pada pakaian dalam.

Keadaan ini jarang menyebabkan penghujung zakar terasa gatal atau pedih. Cecair mazi yang jarang keluar ketika meneran, tidak sama dengan cecair hasil dari keradangan salur kencing.

Ia keluar ketika meneran dan warna lebih jernih atau keputihan. Cecair mazi yang keluar akibat teruja seks pula lebih jernih dan hanya keluar apabila lelaki itu terangsang.

Pengeluaran cecair akibat keradangan keluar pada bila-bila masa dan lebih banyak jika keradangan itu ketara.

Saya banyak mengendalikan kes keradangan salur kencing akibat seks oral, sama ada secara rambang (seks rambang yang hanya lakukan seks oral saja dengan pasangan rambang, atau tunang atau bakal isteri) atau secara halal (dengan pasangan bergelar isteri bukan tunang atau bakal isteri).

Jika ia jangkitan, tanpa rawatan sewajarnya, ia boleh menular ke kawasan dalaman dan mengancam kesuburan lelaki itu apabila jangkitan merebak ke pundi prostat atau buah zakar.

Anda boleh bayangkan pelbagai kemungkinan yang memberi simptom pengeluaran cecair dari salur kencing dan perasaan pedih penghujung salur kencing.

Jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan anda perlu berterus terang jika mahu masalah anda dikendalikan dengan baik.

(Sumber Harian Metro)

Kerap Keluar Air Mazi

Number of View: 0

Air mazi saya keluar sepanjang masa dengan kadar sedikit (hanya di sekitar lubang dan tidak meleleh), anggarannya tiga minit sekali.

Alat kelamin saya terasa sedikit ngilu di bahagian dalam. Bila membuang air kecil, terasa sedikit pedih di bahagian bawah kepala zakar tetapi ia tidak menyakitkan.
Masalah ini menyebabkan saya sukar menunaikan solat dan terpaksa melakukannya dalam keadaan darurat.

Apakah sebab najis ini keluar dan bagaimanakah cara untuk saya mengatasinya?

QUE

Kelantan
carathan2Salur kencing daripada penghujung pundi kencing sehingga ke pembukaan lubang kencing mengandungi lapisan mukosa yang mengandungi banyak pepundi yang menghasilkan rembesan air mazi.

Dalam keadaan lelaki teruja seks, penghasilan rembesan lebih banyak dan ia boleh keluar sebagai air mazi. Selain pepundi daripada lapisan mukosa, ada juga pundi Cowpers dalam kawasan otot lantai pelvis yang turut menghasilkan air mazi.

Cecair ini keluar ketika lelaki mengemut selepas selesai kencing. Jadi cecair ini seolah-olah membersihkan salur kencing. Jarang sekali pundi ini menghasilkan cecair yang lebih.

Jadi kemungkinan berlaku keciciran cecair selepas lelaki itu selesai membuang air kecil, seolah-olah ada pengeluaran saki baki air kencing.

Cecair ini najis dan perlu dibasuh sebelum bersolat. Ada juga situasi yang mana cecair pekat terkeluar daripada salur kencing ketika lelaki meneran najis.

Cecair ini datang daripada pundi prostat atau seminal. Ini berlaku apabila najis yang keras dan banyak itu menekan pundi prostat atau pundi seminal dalam perjalanan keluar.

Daripada penjelasan ini, anda kini tahu cecair air mazi boleh keluar daripada salur kencing selain air kencing. Keradangan salur kencing boleh membuatkan pundi dalam mukosa salur kencing radang dan menghasilkan banyak cecair mazi.

Bahagian radang itu akan terasa sakit apabila air kencing keluar. Apabila keradangan salur kencing itu lega, pundi dalam salur kencing tidak akan aktif dan tidak mengeluarkan cecair mazi lagi.

Keradangan ini boleh berlaku akibat terkena jangkitan daripada pasangan kelamin, sama ada melalui hubungan seksual atau daripada seks oral.

Jarang kali mukosa salur kencing menjadi aktif akibat rangsangan seksual. Cecair yang keluar itu banyak. Ia berhenti apabila rangsangan seksual lega.

Situasi ini dikenali sebagai resdung zakar. Ubat mengawal selesema atau resdung dapat mengawal resdung zakar.

Jika mengalami masalah mengeluarkan air mazi, anda perlu bersihkan anggota kelamin dan tukar pakaian dalam sebelum menunaikan solat atau lapik tisu tebal di penghujung kepala zakar serta cuci anggota kelamin sebelum bersolat.

Nampaknya tiada penyelesaian jika cecair yang keluar itu bukan hasil keradangan atau jangkitan. Anda kena sesuaikan diri dengan situasi itu.

Jilat air mazi

Number of View: 0

HUBUNGAN INTIM HALAL IBADAH
Soalan

SAYA melakukan oral seks bersama isteri dan ketika melakukannya, saya menjilat air mazinya. Apakah saya akan dijangkiti penyakit kelamin?

Soalan kedua pula ialah, ketika berusia belasan tahun, saya kerap melakukan onani menggunakan sabun. Apakah kesan yang akan saya hadapi? Adakah saya akan menjadi mandul kerana sehingga hari ini saya belum mendapat zuriat?

AKHIR
Perlis

images-17Jawapan

Mengikut Islam, hubungan seksual untuk mereka yang sudah berkahwin adalah satu ibadah. Tiada apa batasan, kecuali melakukan hubungan seksual melalui lubang najis dan ketika dalam waktu haid isteri.

Wajib untuk suami merangsang isteri sebelum mendekatinya. Mengikut Imam Al-Nawawi dan Al-Suyuti, tiada masalah untuk pasangan merangsang antara satu dengan yang lain sama ada menggunakan tangan atau mulut yang juga termasuk lidah.

Yang mustahak ialah ia perlu dilakukan tanpa paksaan. Memandangkan hubungan seksual itu satu ibadah, mustahak untuk pasangan lelaki dan wanita membersihkan diri serta mengharumkan badan sebelum berintim.

Dalam keadaan itu, tiada masalah bauan yang sering menjadi punca kehambaran seks.

Onani untuk pencegahan daripada berlakunya maksiat, boleh dilakukan dan jika sudah berkahwin, ia dilakukan dengan pengetahuan pasangan dan semata-mata untuk melegakan tekanan berjauhan daripada pasangan.

Untuk keselesaan, elok mengunakan krim atau jeli. Sabun mengeringkan. Tiada sebab onani penyebab kemandulan lelaki atau wanita, jika anggota sulit dan salur reproduktif wanita tidak tercedera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...