Cepat Pancut

Perlukan merawat penyakit cepat pancut

Number of View: 0

JEJAKA duduk di hadapan anda kelihatan sungguh tegap dan sasa. Ketampanan seiringan gayanya cukup mengiurkan mata yang meneliti perwatakannya. Masakan tidaknya, tindak balas wanita yang lalu di sisinya semuanya memberikan jelingan bermakna.

images-15Namun, ada juga teka-teki sepanjang penelitian dijalankan terhadap jejaka segak itu, adakah tenaga dalaman empunya diri segagah penampilannya ditonjol itu walaupun anggaran usianya belum mencecah angka empat. Kalau kita imbas sejenak, pasaran masa kini banyak mengetengahkan ubatan berunsur mengembalikan kekuatan nafsu syahwat baik diiktirafkan mahupun sebaliknya. Jika rawatan tidak berkepentingan buat pengamalnya, mustahil akan berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Mungkin tujuan pengambilan ubatan seperti herba atau pil benar-benar mampu mengembalikan tenaga yang semakin hambar sekali gus mampu memberikan kepuasan maksimum buat pasangan tatkala bermadu kasih.

Memang perlu untuk setiap pasangan memenuhi permintaan pasangannya. Malah dalam Islam, seks bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan jasmani atau kehendak syahwat manusia. Hubungan suami isteri sekurang-kurangnya memiliki beberapa tujuan penting.

Hubungan seks sebagai penyambungan keturunan, mempererat kasih sayang, ibadat dan dijadikan sebagai rekreasi yang mana mampu memberikan ketenangan sesama pasangan.
Cuma apa yang menjadi kerisauan, apabila prestasi kembali memberangsangkan, adakah keadaan akan bertambah ceria atau sebaliknya menimbulkan kerisauan buat pasangan wanita? Bila sudah kuat, nanti suami mula cuba ‘harga pasarannya’ lantas bermain cinta pula di luar.

Jika begitulah senario berkemungkinan, baik biarkan saja mereka kekal lemah, asalkan kita rasa terselamat dari masalah yang sering hangat diperbincangkan dalam kalangan isteri, takut suami curang, risau kalau dimadukan dan banyak lagi yang membabitkan orang ketiga.

Tapi apa pun keadaannya, kuat atau sederhana, perkara ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia bukan hanya untuk memuaskan nafsu, sebaliknya masalah lemah nafsu syahwat ini sebenarnya mencerminkan beberapa jenis penyakit yang sedang dialami suami.

Apa pun, cara terbaik adalah perbincangan dilakukan buat pasangan kerana ia lebih mujarab berbanding mendiamkan diri. Suami memainkan peranan dan menghargai pasangannya, malah isteri juga patut bersikap terbuka dan yakin terhadap kesetiaan jejaka hatinya.

Cuba kita lihat pendapat dua jantina berbeza mengenai pendapat mereka mengenai masalah lemah nafsu syahwat atau pun Erectile Dysfunctional (ED) sama ada ia mengganggu rutin harian ataupun lebih elok jika dibiarkan saja.

Jurulatih Persendirian, Jannatul Naim Ahmad, berpendapat dirinya mahu melihat pasangannya bahagia baik dari segi fizikal ataupun kerohanian maka jika mereka mengalami masalah ED, dia akan menyokong kaedah perubatan yang tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan.

“Bagi saya, jika suami mengalami masalah ED, saya pasti menggalak dirinya untuk menjalani rawatan mahupun mengambil ubatan yang bersesuaian kerana nescaya jika dibiarkan masalah lain pula menyusur seperti kolesterol dan sebagainya.

“Lagi pun, kemesraan dan keintiman antara pasangan adalah pemangkin dalam menjalinkan satu perhubungan dan terpulang bagaimana untuk kita mengawal tindak-tanduk mereka.

“Bila mereka ceria, kita pun rasa seronok, saya tidak sanggup berhadapan dengan riak wajah pasangan yang asyik muncung muka sepanjang hari. Maka lebih elok jika mereka diberikan rawatan terhadap masalah ED dan keceriaan dikembalikan,” jelasnya sambil tertawa kecil.

Jejaka yang cukup tinggi dan tegap, Raj Aria, yang juga pengacara majlis profesional menceritakan pendapat mengenai ED, berkata ia bukan satu masalah yang hanya dihidapi lelaki berusia, tapi juga mereka yang masih muda.

Mungkin tidak ramai yang sedar mengenai ED atau malu membincangkannya, tapi sebenarnya membiarkannya berlarutan boleh menyebabkan masalah yang tidak hanya membabitkan diri sendiri sebaliknya pasangan.

“Bagi lelaki, pementasan di ranjang adalah lambang kekuatan mereka, maka mereka jadi terlalu ego mengakui kelemahan itu. Tapi jika menyayangi pasangan dan diri sendiri mereka perlu mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan teknologi perubatan yang semakin canggih, masalah boleh ditangani dalam sekelip mata. Cuma. bila sudah mendapat semula kuasa kejantanan itu, janganlah pula disalah gunakan. Kasihan pasangan kita, bila lemah, kita berjauhan, bila bertenaga, lagi jauh pula kedudukannya.

Wartawan, Fun Ng, berkata baginya dia akan cuba untuk mengekalkan keadaan sedia kerana risau jika menggalakkan pasangan menjalani perubatan, bimbang kalau nanti pasangan akan bermain kayu tiga.

“Zaman ini, kita tidak boleh terlalu yakin dengan cinta kerana ia mudah beralih arah, apatah jika wanita semakin berusia dan berkedut. Mata pasangannya mula meliar nampak wanita lain berdahi licin.

“Baiknya, biarkan saja pasangan kita berterusan dengan masalah lemah nafsu syahwat. Berkaitan dengan masalah kesihatan, banyak lagi kaedah lain yang boleh dijalankan untuk mengawal kesihatan itu.

“Mungkin pendapat saya agak keterlaluan dan keras, tapi percayalah tiada wanita yang ingin berkongsi kasih dan saya lebih rela jika persembahan di ranjang tidak hebat asalkan kehidupan selebihnya selesa dan sempurna,” katanya.

Eksekutif Pemasaran Syarikat Swasta, Muhd Al-Hafiz, berkata beliau tidak akan membenarkan masalah ED membelenggu dirinya dan pasti akan sentiasa bersedia untuk menjalani rawatan untuk menghindari masalah itu.

Katanya, sebagai lelaki ia bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pasangan, tapi merangkumi dirinya sendiri apatah lagi ED adalah wakil kepada beberapa tanda awal penyakit berkaitan.

“Lelaki berkecenderungan tampil ego bila berbincang isu ini dan mereka lebih mengutamakan kuantiti bukannya kualiti bermesra dengan pasangan. Saya mereka cenderung memuaskan kemahuan sendiri.

“Mengapa malu membincangkan masalah dihadapi pasangan ataupun rakan rapat sedangkan kita menyedari ED memberikan kesan bukan hanya terhadap prestasi di ranjang sebaliknya juga kerjaya dan emosi. Kita sepatutnya fikir jangka masa panjang dan sebagai manusia memerlukannya untuk menceriakan kehidupan sekali gus menyambung zuriat.

“Pada masa, kepercayaan dan kesabaran diberikan oleh pasangan sepatutnya dihargai dan sebaiknya ia tidak menjadi alasan untuk tidak perlu berlakunya kes ‘pandu uji’ kekuatan,” katanya sambil tersenyum.

‘Make A Stand’ Hidup Lebih Sihat dan Cergas

KAJIAN dijalankan menunjukkan kemerosotan kesihatan seksual boleh terjadi sama ada disebabkan faktor fizikal, psikologi ataupun gaya hidup. Faktor fizikal termasuk rawatan perubatan, rawatan pembedahan, gangguan hormon dan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan kerosakan saraf. Kemerosotan kesihatan seksual yang disebabkan oleh faktor fizikal selalunya dialami lelaki berusia.

Faktor psikologi pula adalah seperti tekanan, keletihan dan kemurungan, selain hilang keyakinan terhadap keupayaan diri dan perasaan tidak mampu memuaskan hati pasangan turut memberi kesan terhadap prestasi hubungan intim dengan pasangan.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan boleh memburukkan lagi masalah ini. Faktor psikologi ini lebih ketara dialami oleh lelaki yang lebih muda.

Bagi membolehkan organ seksual menegang, bekalan darah yang mencukupi amatlah penting. Faktor gaya hidup seperti merokok meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat masalah lemah syahwat. Merokok menjejaskan pengaliran darah dalam saluran darah dan arteri.

Begitu juga dengan faktor tekanan dan kemurungan yang menyebabkan seseorang itu kurang berfikir mengenai seks, sekali gus mengurangkan minat untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan. Walaupun bersifat sementara, ia boleh menjejaskan keharmonian hubungan intimasi pasangan suami isteri jika dibiarkan tanpa rawatan.

Lebih membimbangkan, kemerosotan kesihatan seksual atau lemah tenaga batin terjadi bukan saja di kalangan lelaki berusia, tetapi juga lelaki yang lebih muda. Namun, tidak ramai yang tampil ke depan sama ada untuk mendapat khidmat nasihat atau rawatan yang bersesuaian kerana perasaan malu dan rendah diri.

Menyedari hakikat itu, Pfizer Malaysia dan Celebrity Fitness mengumumkan satu kempen untuk memberikan kesedaran kepada lelaki dari semua peringkat usia dengan menawarkan maklumat dan langkah mengesan mengesan Erectile Dysfunctional (ED) di peringkat awal.

Kempen itu turut memberikan ruang peribadi buat jejaka untuk mengukur sendiri tahap kesihatan mereka menggunakan modul yang direka khas ditempatkan dalam bilik persalinan lelaki di cawangan terpilih Celebrity Fitness.

Pengarah Perubatan Pfitzer, Dr Vicknesh Wellupillai, berkata The Erection Hardness Score (EHS) mudah digunakan dan mengukur secara tepat erksi dengan skala satu hingga empat dan ia adalah skor tertinggi.

“EHS adalah alatan klinikal mudah dan lelaki mengalami masalah ED boleh menggunakannya untuk menilai tahap penyakit mereka sekali gus memantau kesan rawatan. Ia juga boleh dijadikan sebagai objektif rawatan jelas terperinci bagi mendapatkan ereksi berkualiti,” jelasnya.

Mati pucuk boleh dipulihkan

Number of View: 0

PENYAKIT ED BOLEH DIPULIHKAN

Soalan

images-18ASSALAMUALAIKUM. Saya menghidap penyakit kencing manis kronik. Saya menyedari sejak sebulan lalu saya seperti mengalami penyakit erektil disfungsi (ED) atau bahasa mudahnya mati pucuk. Saya ingin bertanya, adakah penyakit ED yang saya alami boleh disembuhkan atau adakah cara lain untuk memulihkannya?

LAN
Sabah

Jawapan

Ereksi memerlukan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar supaya ia keras padat dan kekal tegang untuk tujuan hubungan seks penetratif.

Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis kronik lambat laun akan mengalami masalah kesempitan salur darah dan gangguan fungsi urat saraf yang mengawal fungsi jalanan darah.

Masalah ini menyebabkan lelaki itu gagal mencapai ereksi walaupun ada rangsangan, tetapi tiada tindak balas sepatutnya.

Kajian juga menunjukkan jika perubahan itu, iaitu kesempitan salur darah dan gangguan urat saraf berlaku kepada salur darah dan urat saraf, ereksi jarang berlaku walaupun penyakit kencing manis terkawal.

Bagaimanapun, masalah itu ada rawatan iaitu pesakit boleh mencapai ereksi untuk tujuan persetubuhan menggunakan kaedah moden seperti penggunaan alat pam vakum (alat pam vakum piawaian perubatan dan bukan yang dijual di pasar atau iklan) memakan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Selain itu, ada cara rawatan dengan terapi suntikan atau ‘Intracavernosal Injection Therapy’.

Kalah Sebelum Bertarung

Number of View: 0

Biasa terjadi pada seseorang alatnya kuat cergas di luar kawasan, manakala sampai sahaja ke dalam perkarangan ia pun muram, mundu dan lembik. Setengah orang mengatakan ini adalah perbuatan orang tetapi yang sebenarnya adalah kembali kepada beberapa sebab:

car61. Lelaki tidak teringin tetapi digagahi menurut kemahuan perempuan.

2. Tidak ada percintaan di antara lelaki dan perempuan.

3. Ada satu sifat atau keadaan tidak digemari oleh lelaki kepada perempuan itu.

4. Banyak kali telah melakukannya menyebabkan urat kasar dalam zakar itu lemah.

Lelaki cepat benar pancut

Number of View: 0

LELAKI CEPAT KLIMAKS

Tidak dapat mengawal ejakulasi sebelum sempat memasukkan zakar.

MENGIKUT fahaman isteri, jika suami mencapai klimaks, bermakna hubungan seksual itu selesai dan pasangannya puas. Anggapan ini bermakna kepuasan seksual hanya untuk keseronokan suami.

Bagaimanapun, apabila ditanya suami, tentu dia akan memberitahu sebaliknya, iaitu tidak berasa puas kerana cepat sangat klimaks dan jika boleh hendak masa lebih panjang, tetapi apakan daya.

Sebenarnya lelaki itu mengalami masalah tidak dapat mengawal ejakulasi kerana belum sempat memasukkan zakar ke dalam faraj, dia mencapai klimaksnya.

Dia tidak dapat mengenali peringkat praklimaks dan pada kebiasaan hanya sedar dia mencapai klimaks apabila mendekatkan zakar kepada kemaluan isteri.

Jika air mani yang terkeluar itu berdekatan pembukaan faraj dan meleleh masuk ke dalam faraj, tidak hairan jika isteri itu mengandung walaupun masih dara!

Selagi masalah cepat klimaks tidak dapat dikawal, seseorang lelaki itu akan terus mengalami masalah untuk bersetubuh dengan pasangan. Keadaan menjadi bertambah serius jika isteri mendiamkan diri kerana ia boleh menghadirkan masalah lain, termasuk curang.

Kaedah terbaik ialah berterus-terang dan jika suami terus ‘liat’ untuk berusaha mengatasi masalah, isteri harus merungut dan jika terdesak, mengadu kepada ahli keluarga terdekat bagi memastikan suami mendapat rawatan doktor.

Masalah cepat klimaks sering berlaku kepada lelaki pada peringkat awal persetubuhan kerana pengalaman lama melakukan onani dan mencapai klimaks cepat terbawa-bawa kepada hubungan seksual sebenar.

Apabila lelaki itu dapat mengawal pergerakan zakar dalam faraj dan tahap ereksi, dia akan dapat mengatasi masalah berkenaan dan hubungan kelamin menjadi lebih seronok.

Ejakulasi Pre-mature atau Cepat pancut air mani

Number of View: 0

Apakah yang dimaksudkan dengan Ejakulasi Premature/Cepat Pancut Mani?

Ejakulasi Premature merupakan salah satu masalah seks yang paling sering dikeluhkan oleh sebagian besar lelaki dan pasangannya.

Seseorang dikatakan mengalami ejakulasi premature bila ia mengalami ejakulasi sebelum saat yang diinginkannya atau terlalu cepat dalam hubungan seksual sehingga tidak dapat memuaskan pasangannya.

teg1Siapa yang mengalaminya?

Golongan yang terbanyak mengeluhkan keadaan ini adalah remaja, usia dewasa muda, serta lelaki yang pengetahuan seksnya masih cetek.

Risiko akan meningkat pada lelaki dengan pengalaman seks yang minimal, kurang pengetahuan akan organ seks lelaki dan wanita serta respons yang normal timbul dari keduanya, dan terutama pada orang yang memiliki masalah psikologis yang berhubungan dengan aktivitas seksual, seperti rasa takut, tegang, cemas atau rasa bersalah.

Apa penyebab Cepat Pancut Air Mani?

Ejakulasi premature dapat disebabkan oleh berbagai hal, namun mungkin belum banyak disedari bahwa penyebab utamanya lebih bersifat biologis.

Normalnya, seorang lelaki akan mencapai klimaks, dan kemudian berejakulasi, 2 sampai 3 menit setelah mengadakan penetrasi ke vagina. Sementara itu, seorang wanita normal baru akan mencapai klimaks, atau orgasme, kurang lebih 12 sampai 14 menit setelah hubungan seks dimulai.

Dilihat dari sudut ini, sebenarnya ejakulasi premature bukan merupakan suatu penyakit, namun lebih merupakan sebuah kelainan yang wajar timbul akibat respons yang berbeda dari lelaki dan wanita pada saat melakukan hubungan seks dan pengetahuan yang dimiliki tentang hal tersebut.

Selain itu terdapat pula faktor-faktor psikologis lain yang dapat menyebabkan terjadinya ejakulasi premature. Faktor psikologis timbul karena rasa bersalah karena melakukan hubungan seks sebelum waktunya atau bukan dengan pasangannya, rasa takut yang dikaitkan dengan kemungkinan terjadinya kehamilan, tertular PMS (penyakit menular seksual), AIDS, takut tertangkap basah atau terlihat oleh orang lain; atau adanya konflik-konflik internal yang belum terpecahkan yang mengganggu psikisnya.

Bagaimana mengatasinya?

Mengatasi ejakulasi premature perlu difokuskan pada pendekatan psikologis seperti konseling dan terapi seks, mengingat faktor utama yang menyebabkan terjadinya ejakulasi premature lebih disebabkan karena kurangnya pengetahuan dan pengalaman serta faktor psikologis.

Perlu ditanamkan bahwa hubungan seks yang baik adalah yang bersifat mutual, dengan komunikasi yang baik antara pasangan tersebut tentang apa yang diinginkan dan tidak diinginkan, semua risiko sudah dipikirkan, dibicarakan dan diputuskan bersama, sehingga kedua pihak merasa nyaman dan rileks, sehingga kepuasaan bersama dapat dicapai dan tak ada yang merasa lebih cemas atau tak bahagia dibanding yang lain.

Terbukti bahwa dengan pasangan yang sudah terbuka dan merasa nyaman satu sama lain, ejakulasi premature lebih jarang terjadi.

Terapi lain yang mungkin dapat dilakukan adalah dengan melakukan teknik-teknik khusus seperti kaedah ‘stop and start’ dan kaedah tekan, yang dapat membantu si lelaki untuk belajar menunda ejakulasinya secara mekanikal.

Kaedah “stop and start” melibatkan rangsangan seksual sampai pada saat dimana si lelaki merasa akan berejakulasi, kemudian rangsangan itu dihentikan selama tiga puluh menit dan kemudian kembali ke keadaan semula. Kaedah ini diulang beberapa kali sampai waktu ejakulasi yang diinginkan tiba, dan pada kali terakhir ini rangsangan dapat dilanjutkan hingga ejakulasi terjadi.

Kaedah tekan (squeeze method) dilakukan dengan cara mengadakan perangsangan seksual hingga si lelaki merasa sudah akan berejakulasi; kemudian, pada saat itu ia atau pasangannya menekan perlahan ujung penisnya untuk beberapa saat dan menahan rangsangan seksual lebih lanjut selama 30 detik, lalu kemudian melanjutkan perangsangan kembali.

Kaedah ini dapat diulangi oleh si lelaki atau pasangannya sampai ejakulasi diinginkan oleh keduanya, dan pada saat itu perangsangan dapat terus dilanjutkan sampai ejakulasi terjadi.

Selain pilihan-pilihan yang telah disebutkan, masih ada beberapa alternatif lain untuk mengatasi ejakulasi premature, seperti hipnoterapi (terapi hipnotis), penggunaan cream/krim topikal atau ubat-obatan tradisional yang berfungsi melancarkan perjalanan darah dan kelenjar.

Obat anti stress, antiansietas dan antipsikotik seperti fenotiazin dan fenoksibenzamin juga terbukti menguntungkan bagi para penderita ejakulasi dini, terutama yang disebabkan oleh faktor psikologis.

Pada akhirnya, perlu disedari bahwa meskipun dirasa cukup mengganggu, ejakulasi premature bukan merupakan suatu kelainan yang serius, dan dapat diatasi hanya dengan psikoterapi dan konseling.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...