Lelaki

Air Mani Kurang dan Cair menyukar dapat Zuriat

Number of View: 0

SAYA berkahwin lebih setahun dan sehingga kini belum ada zuriat. Untuk pengetahuan doktor, saya wanita dan bekerja di sebuah makmal perubatan swasta.

Saya pernah menjalankan ujian air mani terhadap suami dan saya dapati spermanya sangat kurang selain air maninya sangat cair. Dalam satu ‘field’ hanya ada dua hingga tiga ekor saja dan itupun mati.

Adakah cara nak mengatasi masalah suami saya, umpamanya seperti makan vitamin atau ubat? Sebelum ini pernah cuba Vit Shaklee tapi tiada perubahan.

AMYLIN
Semenyih, Selangor

sperma-sikitAPABILA berkahwin, tentu kedua-dua mempelai menunggu waktu untuk menimang cahaya mata.

Inisiatif untuk mencari punca atau sebab anda belum mencapai kehamilan itu memang baik. Anda dapat gunakan kemudahan yang ada pada anda untuk melakukan ujian air mani suami dan mendapati masalah benihnya.

Namun anda tiada kemahiran untuk mengendalikan masalah kesuburan yang berada dalam bidang kawalan doktor.

Anda dan pasangan sepatutnya berjumpa doktor menjalani pemeriksaan kesuburan. Jika anda mahu rujuk kepada pakar pun boleh dan itu mengikut kemahiran pakar itu.

Jika suami anda jumpa doktor yang mengendalikan masalah kesuburan lelaki, tentu doktor itu akan melakukan pemeriksaan fizikal, memeriksa buah zakar suami dan jadualkan ujian air mani.

Jika air maninya mempunyai profil benih yang tidak normal, doktor itu boleh lakukan ujian lanjutan terhadap suami anda, melakukan ujian darah untuk menyukat hormon FSH, Prolactin dan hormon Testosterone. Hanya selepas itu baru doktor akan memberi ubat sewajarnya.

Namun, anda tidak berbuat begitu. Anda nak dia cuba suplemen tapi tidak berkesan. Jika anda meneliti maklumat dalam Internet mengenai kesuburan lelaki, anda akan dipaparkan pelbagai suplemen dan makanan.

Itu bukan rawatan, itu hanya maklumat kesihatan yang mungkin boleh membantu. Makanan seperti kacang hazel, kacang badam, pecan, walnut, pista dan kacang tanah mengandungi asid lemak tambahan essential dan zat galian zink yang membantu penghasilan sperma sihat.

Sama juga dengan asid folik yang membantu menstabilkan struktur baka sperma. Malah, anda akan dapati herba tertentu seperti Tribulus (Tribestan) dan Tongkat Ali (Nu-Prep Lelaki) dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, kualiti dan bilangan sperma.

Jika suami anda sudah cuba suplemen dan amalkan makanan yang dijelaskan tadi dan dalam masa dua hingga tiga bulan tetapi tiada apa-apa perubahan, dia perlu berjumpa doktor.

Mungkin masalah sperma suami anda ada kaitan dengan pekerjaannya atau amalan tidak sihat seperti merokok atau alkohol atau perkara lain.

Banyak perkara boleh menyebabkan masalah sperma lelaki, tapi tanpa berjumpa doktor, memang sukar menyelesaikan masalah itu.

Cadangkan suami berjumpa doktor dan anda juga perlu menjalani pemeriksaan sekali. Mana tahu jika anda juga ada masalah, lagi cepat dikendalikan lagi baik. Elok dua-dua pasangan menjalani pemeriksaan serentak.

(Sumber Harian Metro)

Kencing Tak Lawas

Number of View: 0

SAYA menerima banyak pertanyaan berkaitan masalah membuang air kecil, dan saya tertarik dengan satu soalan iaitu mengenai masalah kencing tidak lawas.

Dalam soalan itu, individu berkenaan memaklumkan sudah lama menghadapi masalah kencing tidak lawas. Katanya, beberapa titisan air kencing keluar setiap kali selesai membuang air kecil.

rahsiazakar2Berdasarkan pengalaman saya, masalah kencing tidak lawas seperti dialaminya memang meruncing. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika seseorang mahu menunaikan solat, batuk atau ketawa.

Biasanya, selepas selesai membuang air kecil, seseorang itu akan membasuh alat kelamin serta keluar tandas. Ada juga yang meneran sedikit atau melurutkan alat kelamin sambil mengemut beberapa kali supaya tiada bekas atau titisan kencing.

Individu yang was-was akan menunggu dan mengelap penghujung alat kelamin dengan tisu supaya tiada lagi kelembapan dan kemudian membasuhnya.

Keadaan ini biasanya dilakukan lelaki berumur untuk memastikan tiada titisan air kencing lagi selepas selesai kencing. Jika tidak berjaya, mereka akan melekatkan secebis kertas tisu ke penghujung alat kelamin sebelum bergerak.

Sebilangan lelaki muda juga mengalami masalah sebegitu hingga menyebabkan mereka mati akal dan tidak tahu cara mengatasinya.

Mungkin ada mencuba perkara yang saya jelaskan tadi dan mungkin mereka mahu cara lebih sempurna kerana titisan air kencing pasti menjadi masalah, terutama ketika mahu menunaikan solat.

Cara mudah untuk lelaki yang mengalami masalah sebegini adalah mengelak membuang air kecil sebelum menunaikan solat.

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku, antaranya berkemungkinan salur kencingnya sempit, sedikit air kencing mungkin tersekat dan terkeluar selepas selesai membuang air kecil.

Ada kemungkinan jika pundi prostatnya mengalami radang atau bengkak di mana sedikit air kencing boleh tersekat di salur kencing bahagian prostat dan terkeluar apabila lelaki itu selesai kencing dan ketika dia mengemut.

Ada juga sebilangan lelaki mempunyai takungan air kencing di belakang pembukaan salur kencing di tempat dikenali sebagai ‘lacuna mega’. Dalam keadaan sedemikian, air kencing mula bergerak keluar secara titisan selepas selesai membuang air kecil.

Cara rawatan bagi masalah demikian adalah bertemu doktor untuk pemeriksaan kepastian sama ada seseorang itu menghadapi masalah kencing kotor atau radang pundi kencing atau masalah pundi prostat.

Ujian lanjutan akan dilakukan doktor jika ada sesuatu yang perlu diselidik. Jika tiada apa-apa yang serius, cara mengelak solat terganggu ialah jangan buang air kecil sebelum solat.

(Sumber Harian Metro)

Senaman Kemut Baik Untuk Zakar

Number of View: 0

SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

zakarbesar1Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

(Sumber Harian Metro)

5 Rahsia Kegagahan Lelaki

Number of View: 0

5 Rahsia kegagahan setiap Lelaki

images-381. Sentiasa Berstamina – SUAMI PERKASA perlu sentiasa berstamina & bersedia pada bila2 masa untuk memberi layanan yg A+ kepada isterinya
2. Alat Kelamin POWER – Berbadan tegap & sasa serta berstamina sahaja tidak memberi makna jika alat Kelamin anda pendek, kecil, lembik, kepala alat Kelamin kuncup, cepat kendur, kurang tegang dan tidak maskulin, yg lebih parah.. MATI PUCUK!
3. Tahan Lama – Tahukah anda setiap wanita memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk dirangsang & memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit lagi untuk mencapai klimaks. Sungguh menghampakan & memalukan apabila suami menghadapi masalah terpancut awal
4. Mahir Dalam Posisi Seks – Anda perlu mahir sekurang-kurangnya 10 posisi seks. Mengapa? Kerana setiap posisi seks mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri.
5. Menguasai Nafsu Isteri – Berilah layanan yg istimewa kepadanya sebelum seks & jangan terlalu gelojoh untuk memasukkan alat Kelamin ke dalam faraj & kemudian cepat juga ingin menamatkan pelayaran.

Penyakit 3L – Letih Lemah Lesu

Number of View: 0

Tahukah anda apakah punca penyakit 3L (Letih, Lemah & Lesu)?

Boleh dikatakan smua kelompok masyarakat sama ada kanak-kanak, muda-mudi & org tua menghidapi penyakit 3L ini.

Punca-puncanya adalah;

images-451. Tidak ckup tido
2. Tidak cukup tenaga
3. Tidak ambil sarapan pagi
4. Kurang darah merah (anemia)
5. Tekanan emosi
6. Terlalu bnyak kafein
7. Dehidrasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...