Mati Pucuk

Sakit Lemah Syahwat

Number of View: 0

Sakit lemah syahwat terjadi kepada semua peringkat umur laki-laki. Ia terjadi sejak seseorang itu dihahirkan atau kerana sebab-seba yang tertentu seri kecederaan akibat kemalangan,buatan orang (sihir) dan sebagainya. Lemah syahwat bererti ketidakmampuan sesorang laki-laki untuk melakukan persetebuhan. Penyakit ini juga ditakrifkan sebagai orang yang hilang keinginan seks

images-5Menurut seorang tukang urut, lemah syahwat terjadi akbibat drp lendir dan lemak yang berhimpun di saluran darah, yang menghalang perjalanan darah ke zakar menyebabkan zakar tidak tegang. Penyakit ini juga mungkin terjadi berpunca dari kerosakan otot dan urat saraf pada zakar yang berkaitan dengannya, seperti bengkak urat perut(usus) di bahagian ari-ari atau putus urat tinjang kemaluan iaitu urat dalam bahagian peha dalam

Selain sebab-sebab yang nyatakan diatas, dibawah ini ader punca-punca yang boleh lemah syahwat:-

Penyakit yang boleh berlaku akibat urat saraf dan otot zakar dan urat saraf yang berkaitan denganya, akibat kemalangan jalanraya atau sebab terjatuh dari tempat tinggi, akibatnya kelumpuhan yang menyebabkan saraf tak berfungsi, tekanan jiwa yang berpanjang yang sukar dikawal
Kerap melakukan onani iaitu mengeluarkan air mani secara paksa pada ketika usia muda.
Kekerapan melakukan jimak dalam masa yang singkat juga mungkin menjadi punca lemah syahwat

Amalan membasuh kemaluan sebaik sahaja selesai bersetubuh juga punca urat zakar lemah

Buatan orang seperti kena sihir atau berpunca dari ganguan makluk halus
Antara tanda umum mengidap penyakit lemah syahwat:
i. Alat kelamin kurang berfungsi ibarat hidup segan mati tak mau.. Bertindak garang bila berjauhan tetapi lemah bila berdekatan
ii. Kurang bernafsu untuk melakukan hubungan kelamin. Jika melakukan persetubuhan , pelirnya kuat ketika permulaan tetap patah sebelum sampai ke kemucaknya..
iii. Cepat keluar air mani ketika melakukan persetubuhan

Jika ader tanda-tanda seperti yang aku sebutkan ini, bermakna batang kita nanti tak dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya

Mati Pucuk Psikologikal

Number of View: 0

Ramai lelaki tidak tahu anggota kelaminnya mempunyai fungsi yang tersendiri. Ia boleh menegang tanpa rangsangan seksual seperti ketika dalam tidur nyenyak atau tidur REM (Rapid Eye Movement), ketika tidur terasa nak kencing dan menahan kencing, ketika mahu terlelap atau mengantuk.

Dalam situasi itu, kelancaran darah dalam otot zakar berlaku akibat pengeluaran kimia yang digelar oksida nitrik.
Waktu teruja seksual, fenomena ereksi berlaku akibat tindak balas rangsangan seksual yang dikawal oleh minda. Jika minda terganggu akibat keletihan atau keresahan, ereksi tidak akan berlaku atau jika berlaku, ia akan terbantut dan bersifat lemah.

takstimSebahagian besar masalah disfungsi erektil yang berlaku secara tiba-tiba berpunca daripada tekanan atau stres dikenali sebagai ‘performance anxiety’ atau keresahan ketika beraksi.

Anda sendiri ketahui kemampuan ereksi zakar anda sendiri. Anda yakin selama ini kemampuan mencapai ereksi pada bila-bila masa mengikut naluri dan perasaan positif atau mengalakkan.

Apabila perasaan anda terganggu atau tertekan, perkara sebaliknya berlaku. Ketika itu ‘alat kelamin’ tidak akan ikut kehendak anda. Ia mempunyai ‘mindanya’ yang tersendiri.

Keadaan yang anda alami dikenali sebagai mati pucuk psikologikal atau mati pucuk akibat keresahan. Ia menjadi lebih ketara apabila anda cuba memaksa diri untuk mencapai ereksi secara paksaan seperti mengurut zakar sambil menonton video lucah.

Ereksi yang terjadi tidak kekal dan anda akan rasa lebih tertekan lagi apabila mendapati ereksi pagi tak sekuat yang biasa anda alami.
Ini kerana ketika anda sedar, perasaan keresahan itu muncul lagi dan membuatkan hormon adrenalin mencurah dalam badan, seterusnya membuatkan darah dalam zakar keluar dari otot zakar, lantas membuatkan ia terus mengendur.

Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan lakukan senaman berkala, termasuk juga senaman Kegel (senaman kemut) serta tenangkan fikiran.

Jika anda terus dirundung resah dan gelisah, masalah gangguan ereksi akan terus meruncing. Fungsi zakar anda akan kembali seperti sediakala apabila anda tidak fikir mengenainya. Ingat, zakar juga ada ‘minda’ tersendiri.

90% lelaki lemah tenaga batin

Number of View: 0

12366389_120741654965367_6370554286760387017_n

Pressure kerana Mati Pucuk atau Kote Tak Stim

Number of View: 0

JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif.

Jadi, tidak mustahil ada individu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

kehebatan-zakar
Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk Pelir, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah Pelir dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana ada buah Pelir kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).

Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.

Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.

Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairan jika dia mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.

Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan yang terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.

Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.

Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya, jangan mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.

Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.

Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).

Pelir yang tidak stim pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Stress boleh sebab mati pucuk

Number of View: 0

STRES BOLEH MENYEBABKAN DISFUNGSI EREKTIL

Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu tetapi belum dikurniakan anak. Sejak kebelakangan ini saya menghadapi beberapa masalah, antaranya zakar tidak naik ketika bersama isteri. Zakar saya juga selalu mengecil apabila membuang air kecil.

IZHAM
Melaka

Jawapan

Normal untuk mana-mana lelaki sihat dan mempunyai fungsi syahwat serta tenaga batin yang baik mencapai ereksi apabila dalam keadaan ghairah.

Dalam keadaan terangsang, jalanan darah meningkat ke dalam otot zakar dan zakar mengembang, memanjang, membesar dan menegang serta sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj.

Jika perkara sebaliknya berlaku, iaitu terangsang tetapi tidak mencapai ereksi atau dapat mencapai ereksi tetapi tidak kekal atau dapat meneruskan hubungan kelamin tetapi tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan, lelaki itu mengalami Disfungsi Erektil atau DE.

Sebahagian besar lelaki yang mengalami DE ada masalah kesihatan, terutama yang berusia. Masalah kesihatan dimaksudkan ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dalam darah dan penyakit jantung.

Jika lelaki itu sihat dan muda, kemungkinan masalah DE mereka ada kaitan dengan tekanan atau stres. Apabila tekanan itu kurang, keadaan menjadi pulih.

Kadangkala mereka perlu rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam hubungan seksual dengan pasangan mereka.

Jika DE berlaku sekali sekala dan berterusan hingga enam bulan, masalah ini dikenali DE awalan. Jika ia banyak kali berlaku dan berpanjangan enam bulan, ia dikenali DE pertengahan.

Jika ia terus berlaku dan terus gagal, DE ini dikenali DE tetap. DE tetap ini kadangkala digelar mati pucuk. Saudara mengalami masalah DE kerana tidak dapat mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan.

Jika ini hanya berlaku ketika isteri dalam keadaan subur, kemungkinan masalah anda ada kaitan dengan tekanan kerana perlu lakukan seks pada waktu subur isteri, walaupun saudara tiada mood.

Bagaimanapun, mustahak untuk saudara mendapatkan rawatan moden bagi mengatasi masalah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...