Mati Pucuk

Mati pucuk boleh dipulihkan

Number of View: 0

PENYAKIT ED BOLEH DIPULIHKAN

Soalan

images-18ASSALAMUALAIKUM. Saya menghidap penyakit kencing manis kronik. Saya menyedari sejak sebulan lalu saya seperti mengalami penyakit erektil disfungsi (ED) atau bahasa mudahnya mati pucuk. Saya ingin bertanya, adakah penyakit ED yang saya alami boleh disembuhkan atau adakah cara lain untuk memulihkannya?

LAN
Sabah

Jawapan

Ereksi memerlukan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar supaya ia keras padat dan kekal tegang untuk tujuan hubungan seks penetratif.

Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis kronik lambat laun akan mengalami masalah kesempitan salur darah dan gangguan fungsi urat saraf yang mengawal fungsi jalanan darah.

Masalah ini menyebabkan lelaki itu gagal mencapai ereksi walaupun ada rangsangan, tetapi tiada tindak balas sepatutnya.

Kajian juga menunjukkan jika perubahan itu, iaitu kesempitan salur darah dan gangguan urat saraf berlaku kepada salur darah dan urat saraf, ereksi jarang berlaku walaupun penyakit kencing manis terkawal.

Bagaimanapun, masalah itu ada rawatan iaitu pesakit boleh mencapai ereksi untuk tujuan persetubuhan menggunakan kaedah moden seperti penggunaan alat pam vakum (alat pam vakum piawaian perubatan dan bukan yang dijual di pasar atau iklan) memakan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis selepas menjalani pemeriksaan doktor.

Selain itu, ada cara rawatan dengan terapi suntikan atau ‘Intracavernosal Injection Therapy’.

Rela tak kahwin sebab mati pucuk

Number of View: 0

RELA TAK KAHWIN

Jarang kita mendengar ada pasangan menjalani pemeriksan kesihatan secara sukarela apabila hendak berkahwin. Kebiasannya ujian itu diambil kerana ia diwajibkan sebagai syarat sebelum berkahwin.

Masalahnya, ramai bimbang menjalani pemeriksaan kesihatan hingga sanggup membujang hanya kerana mengesyaki tahap kesihatan diri tidak mampu membolehkan mereka melayari perkahwinan dengan bahagia.

Antaranya ialah lelaki yang mengalami masalah atau gangguan ereksi dan yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar dengan anggapan tidak dapat memberi kepuasan kepada pasangan.

Selain itu, ada yang menganggap diri mereka mandul dan tidak dapat menghasilkan benih kerana mempunyai satu atau tiada buah zakar dalam kerandut, atau mempunya buah zakar kecil atau varikosel (pembuluh darah) yang berpintal.

Malah, ada yang mempunyai masalah kerandut buah zakar seperti angin pasang (hernia) atau air pasang (hidrosel) tidak mengambil langkah sepatutnya.

Semua keraguan itu perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Langkah terbaik ialah berjumpa doktor pakar yang arif mengenai pengendalian untuk mengatasi masalah itu.

Mati pucuk juga mempunyai penyelesaian. Untuk pengetahuan pembaca, mati pucuk berlaku dalam banyak keadaan dan jangan hanya kerana gagal melayari malam pertama menyebabkan anda kecewa dan seterusnya berlaku perceraian hanya kerana malu.

Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk yang berkekalan. Kebiasaannya mereka mengalami penurunan tahap ereksi berikutan gementar dan berasa kekok apabila bermesra dengan pasangan mereka.

Dalam keadaan itu tahap ereksi menurun dengan cepat, sekali gus gagal meneruskan persetubuhan penetratif. Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama kerana biasanya berlaku pada malam pertama berintim dengan pasangan.

Pengalaman negatif ini yang dibimbangi akan terbawa-bawa setiap kali ingin bersama pasangan dan akhirnya mengalami mati pucuk sekunder.

Kini rawatan moden dapat membantu lelaki yang mengalami mati pucuk berbanding yang bersandarkan kepada rawatan tradisional seperti urut yang mungkin memudaratkan dan menjadikan masalah lebih serius.

Yang penting ialah, lelaki yang mengalami mati pucuk memahami yang dia bukan seorang saja mengalami masalah ini kerana kajian yang pernah dilakukan di Malaysia mendapati, sebanyak 2.3 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika dimasukkan lelaki muda.

Saya juga ingin mengingatkan di sini yang rawatan moden dapat membantu pasangan wanita itu hamil, walaupun suami mengalami mati pucuk.

Zakar Layu Kerana Stress

Number of View: 0

SAYA berusia 23 tahun. Sejak minggu lalu, saya dapati alat kelamin saya tidak dapat menegang dan ia berterusan sehingga sekarang.

Sebelum ini ia masih menegang bila terangsang melihat wanita seksi dan menonton video lucah. Untuk pengetahuan, saya melakukan onani tetapi hanya satu atau dua kali seminggu.

Saya risau jika mengalami mati pucuk dan sangat tertekan sejak masalah ini berlaku.

FARID
Puchong, Selangor

Jawapan

pancut2RAMAI lelaki tidak tahu anggota kelaminnya mempunyai fungsi tersendiri. Ia boleh menegang tanpa rangsangan seksual seperti ketika dalam tidur nyenyak atau tidur REM (Rapid Eye Movement), ketika tidur terasa nak kencing dan menahan kencing, ketika mahu terlelap atau mengantuk.

Dalam situasi itu, kelancaran darah dalam otot zakar berlaku akibat pengeluaran kimia yang digelar oksida nitrik.

Waktu teruja seksual, fenomena ereksi berlaku akibat tindak balas rangsangan seksual yang dikawal oleh minda. Jika minda terganggu akibat keletihan atau keresahan, ereksi tidak akan berlaku atau jika berlaku, ia akan terbantut.

Sebahagian besar masalah disfungsi erektil yang berlaku secara tiba-tiba berpunca daripada tekanan atau stres dikenali sebagai ‘performance anxiety’ atau keresahan ketika beraksi.

Anda masih muda dan tiada masalah kesihatan yang boleh mengganggu kemampuan ereksi zakar anda. Anda yakin selama ini mampu mencapai ereksi pada bila-bila masa mengikut naluri dan perasaan positif atau mengalakkan.

Apabila perasaan anda terganggu atau tertekan, perkara sebaliknya berlaku. Ketika itu ‘alat kelamin’ tidak akan ikut kehendak anda. Ia mempunyai ‘mindanya’ yang tersendiri.

Keadaan yang anda alami dikenali sebagai mati pucuk psikologikal atau mati pucuk akibat keresahan. Ia menjadi lebih ketara apabila anda cuba memaksa diri untuk mencapai ereksi secara paksaan seperti mengurut zakar sambil menonton video lucah.

Ereksi yang terjadi tidak kekal dan anda akan rasa lebih tertekan lagi apabila mendapati ereksi pagi tak sekuat yang biasa anda alami.

Ini kerana ketika anda sedar, perasaan keresahan itu muncul lagi dan membuatkan hormon adrenalin mencurah dalam badan, seterusnya membuatkan darah dalam zakar keluar dari otot zakar, lantas membuatkan ia terus mengendur.

Anda perlu bersabar. Amalkan gaya hidup sihat, elak merokok dan lakukan senaman berkala, termasuk juga senaman Kegel (senaman kemut) serta tenangkan fikiran anda.

Jika anda terus dirundung resah dan gelisah, masalah gangguan ereksi akan terus meruncing. Fungsi zakar anda akan kembali seperti sediakala apabila anda tidak fikir mengenainya. Ingat, zakar juga ada ‘minda’ tersendiri.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...