Melancap

Takut kesan kuat melancap

Number of View: 0

Soalan: Saya berumur 21 tahun dan melakukan onani hampir setiap hari. Perkara ini berlarutan sejak saya di tingkatan dua.

Adakah saya akan menghadapi sindrom kemandulan atau susah mendapat cahaya mata setelah berkahwin? Apakah rawatan yang perlu saya lakukan untuk mendapat cahaya mata?

KAMAL
Kulai, Johor

Jawapan: Anda pengamal onani tegar kerana melakukannya setiap hari sejak tingkatan dua, kecuali mung­kin jika sakit. Anda mungkin tergolong dalam kalangan lelaki ketagih onani.

Kini dalam umur awal dewasa, baru anda terfikir jika amalan itu memberi kesan buruk kepada masa depan fungsi kesuburan anda.

Bayangkan jika anda selalu ber­onani, tiada masa untuk bersosial dan mungkin tidak sempat bermesra dengan kawan perempuan.

Pengamal onani yang tegar suka berseorangan atau ‘introvert’ dan elak bersosial. Jika itu tabiat anda, tentu anda akan membujang selama-lamanya dan tangan anda menjadi ‘pasangan hidup’.

Soal kesuburan tidak wujud dalam situasi ini. Jika sempat bergaul dengan kawan perempuan dan ada kemungkinan beristeri, anda akan dapati anda lebih seronok beronani daripada bersetubuh dengan pasangan.

Ini kerana tangan anda lebih tahu cara memberi kepuasan menerusi urutan dan belaian dan ia tidak berlaku apabila ereksi anda masuk ke faraj isteri.

Tidak hairan sebilangan besar lelaki yang terikat dengan amalan onani mendapati sukar mencapai ejakulasi dengan isteri.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘traumatic masturbatory syndrome’ dan jika ini berlaku, sukar untuk anda menghamilkan pasangan secara normal.

Jika anda tinjau beberapa laman yang menyebarkan maklumat mengenai kesan onani kepada kesuburan lelaki, semuanya menyatakan tiada kesan negatif.

Sebenarnya tiada kajian dijalankan untuk mengetahui jika onani kronik atau tegar boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

Namun, lelaki yang terdedah kepada tekanan dalam bentuk apa pun (termasuk amalan onani) boleh merendahkan kualiti sperma dari aspek bilangan, pergerakan dan rupa bentuk sperma.

Jika tekanan diambil kira, lelaki seperti anda boleh mengalami masalah kesuburan jika amalan onani mengganggu hubungan silaturahim dengan pasangan dan membuatkan anda sentiasa tertekan.

Bukan senang untuk melepaskan perkara menyeronokkan kerana tanpa melakukannya, jiwa tertekan dan badan sengsara, kesudahannya ialah penghasilan sperma tidak berkualiti jika masih mampu mencapai ejakulasi.

Jika tidak dapat mencapai ejakulasi melalui hubungan intim seksual, masalah itu mungkin berat.

Semua penjelasan saya tadi ialah untuk menggambarkan kepada ‘pengonani tegar’ mengenai cabaran yang mereka akan hadapi kemudian hari jika ia tidak dibendung atau dihindari.

Tuhan beri anggota kelamin itu untuk tujuan mutlak, iaitu sebagai saluran hubungan silaturahim dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan tanpa hala tujuan.

Hentikan amalan onani secepat mungkin sebelum ia menjadi perosak hubungan silaturahim anda bersama pasangan anda kelak.

Sayangi Zakar Hentikan Melancap

Number of View: 0

SAYA boleh dikatakan pengikut setia ruangan doktor di akhbar Metro Ahad sejak remaja lagi. Untuk pengetahuan doktor, kini saya berusia 26 tahun dan masih bujang.

Saya akui banyak artikel dan permasalahan yang doktor jawab di ruangan ini meskipun kebanyakannya lebih kurang sama, termasuk menyentuh soalan ketagihan onani. Sejujurnya, saya akui ia juga berlaku pada saya.

konek-powerAdakah ini masalah psikologi? Perlukah orang seperti saya menemui pakar psikologi untuk menangani masalah ketagihan onani? Saya menyedari kini lebih bernafsu dengan tangan sendiri daripada memikirkan soal pasangan.

Saya pernah cuba mencipta fantasi indah dengan pasangan tetapi tidak terangsang seperti mana dicapai menggunakan tangan saya yang diselang seli dengan bahan lucah.

Saya akui sangat ketagih kepada kedua-duanya iaitu pornografi dan tangan sendiri. Keadaan lebih parah bila menyedari nafsu saya kuat tetapi nafsu itu dilepaskan pada saluran salah.

Saya terfikir perkara ini lebih kepada masalah psikologi kerana seolah-olah mental saya yang menentukan saya hanya boleh terangsang melalui tangan dan pornografi.

Saya risau jika berkahwin nanti, kemungkinan saya tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh pasangan.

Perlukah saya berjumpa pakar psikologi atau ia masih di bawah rawatan doktor sakit tuan? Bagaimana prosedur perubatannya?

HADZLI
Shah Alam, Selangor

ANDA boleh dikatakan dalam golongan penagih onani yang tegar. Anda sedar amalan itu akan menyukarkan hidup anda tapi tetap melakukannya tanpa cuba mengurangkannya.

Malangnya, onani tiada rawatan dengan perubatan. Jika berjumpa kaunselor atau pakar psikologi, anda perlu jalani program bimbingan. Anda akan diberi jadual atau ‘checklist’ untuk diamalkan bagi menangani kecenderungan melakukan onani.

Jika anda tak mengikuti jadual itu, mereka tidak boleh buat apa-apa. Jika anda tak dapat tolong diri anda, semuanya tak akan berhasil.

Gambaran yang saya sampaikan dalam ruang ini hanya gambaran. Gambaran dalam bayangan ini tidak kekal dalam minda kita. Ia mungkin terukir dalam minda apabila kita baca mengenainya dan beberapa hari kemudian, ia lesap.

Kerana itu, saya teruskan usaha menulis mengenainya tanpa memilih dengan harapan satu hari kelak ia menukar perilaku songsang individu yang membaca ruangan saya.

Saya tak pasti jika apa yang saya ketengahkan di sini dapat membantu anda. Dalam isu ini, anda saja yang dapat mengubah situasi anda, sama ada ingin teruskan amalan onani atau cuba mengurangkannya dan menghindarinya demi kesejahteraan hidup kemudian hari.

Anda yang menentukan hala tuju masa depan anda. Jika anda tak bantu diri anda, tiada siapa boleh melakukannya untuk anda. Sayangkan diri anda dan berusahalah untuk berhenti.

(Sumber Harian Metro)

Kurang regangan sebab aktif melancap

Number of View: 0

41jeep6mqtlSaya berusia 43 tahun dan masih bujang kerana belum bertemu jodoh. Sejak remaja hingga dewasa, saya aktif melakukan onani, kadangkala lima hingga enam kali sehari.

Kini saya terasa sakit di bahagian ‘vas deferen’ sebelah kiri selepas mengambil Bio Zink sebagai makanan tambahan. Saya juga kini kurang mendapat regangan di waktu pagi.
Apakah puncanya dan adakah makanan tambahan ini mempunyai kesan sampingan kepada tahap kesuburan saya?

LAN

Petaling Jaya

Anda semakin berumur tetapi belum bergelar suami kerana tidak bertemu jodoh.
Lagi cepat lagi baik kerana jangka pelupusan sesetengah sistem tubuh badan anda menunjukkan kebarangkalian ia akan sampai tarikh luput.

Sistem syahwat dan reproduktif yang mula bersemarak pada awal belasan tahun boleh membuatkan anda melakukan onani sehingga beberapa kali sehari.

Kini anda kurang aktif. Sistem dan bahagian anggota kelamin yang satu ketika dulu segar dan rancak kini mula ‘meragam’, tiada ereksi pagi dan sugul.

Sama juga dengan bahagian anggota kelamin yang menghasilkan air mani seperti pundi seminal, kini mula terasa sakit.

Pundi seminal lelaki sihat menghasilkan 50 hingga 60 peratus jumlah isi padu air mani. Pundi prostat yang menghasilkan 30 hingga 35 peratus air mani juga mula kurang aktif pada umur lanjut.

Kandungan zink dalam pundi prostat tinggi dan mustahak untuk penghasilan sperma aktif dan normal. Anda nyatakan mengambil tambahan untuk kesihatan.

Ia sekadar makanan tambahan dan bukan keperluan. Ia bukan rawatan atau ubatan yang perlu mendapat pengesahan doktor. Jarang pula makanan tambahan memberi kesan sampingan.

Bagaimanapun, pengambilan itu tidak digalakkan jika amalan gaya hidup sihat tidak dipraktikkan. Anda kini was-was mengenai pengambilan makanan tambahan itu. Anda sepatutnya merujuk doktor jika ada keraguan kesihatan, lebih-lebih lagi jika terasa sakit.

Elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengesan masalah anda pada peringkat awal.

Sakit lutut selepas melancap

Number of View: 0

AMALAN SERONG SAKIT LUTUT

Soalan

SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani. Adakah sakit lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani?

MATT
Raub, Pahang

Jawapan

Amalan merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan membuatkan onani adalah amalan yang sukar dihentikan kecuali jika pengamalnya mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan seperti kebengkakan anggota sulit atau pening kepala setiap kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau sakit anggota sulit.

Kepada mereka yang memang mendapat keseronokan, tanpa pengetahuan mereka sebenarnya ketagih dengan amalan itu. Apabila tidak onani, mereka kurang selesa dan mesti membuatnya walaupun tiada sebab untuk melakukannya.

Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati sukar menghentikan amalan berkenaan walaupun sudah berumahtangga.

Ada juga yang hanya seronok dengan amalan itu daripada bersetubuh dengan pasangan. Ini tentu memberi tekanan kepada pasangan apabila mendapat tahu dia melakukan onani secara senyap dan tidak melayannya. Ini boleh mengakibatkan perpecahan rumah tangga.

Masalah tidak selesa ketika melakukan onani seperti sakit lutut berlaku akibat tekanan otot paha yang kejang ketika ejakulasi berlaku. Ia bukan kerana ‘air’dalam kepala lutut kering!

Jika tidak selesa, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana banyak lagi kesan negatif yang boleh berlaku seperti ketagihan kepada onani, cepat klimaks dan mati pucuk.

Amalan melancap memberi ketagihan dan tekanan kesihatan

Number of View: 0

AMALAN ONANI MEMBERI TEKANAN KESIHATAN, KETAGIH
Soalan

SAYA berusia 25 tahun dan ingin tahu sama ada lelaki boleh dijangkiti penyakit kelamin dengan melakukan onani? Apakah penyakit yang akan diperoleh jika sering melakukan onani?

AMIR
Kuala Lumpur

Jawapan

Kebanyakan maklumat dalam internet mengenai onani ialah ia satu perilaku biasa remaja sebagai pengenalan mengenai rangsangan seksual, namun ini jika amalan itu tidak keterlaluan.

Jika keterlaluan, amalan itu boleh mengakibatkan tekanan kesihatan kerana ketagihan. Bayangkan anggota kelamin dirangsang sehingga berlaku klimaks memang meletihkan kerana menggunakan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi dilakukan beberapa kali sehari dan setiap hari.

Antara rangsangan anggota sulit secara luar biasa ialah menggesel anggota sulit dengan paha atau berbaring sambil menyental bantal dan menggoyangkan badan di atas katil supaya dapat geselan kepada anggota sulit.

Jika semua ini dilakukan selalu, tentu mengakibatkan kegagalan mencapai klimaks dalam keadaan normal serta berisiko mengalami ‘Sindrom Onani Trauma’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...