Nafsu

Sakit Lemah Syahwat

Number of View: 0

Sakit lemah syahwat terjadi kepada semua peringkat umur laki-laki. Ia terjadi sejak seseorang itu dihahirkan atau kerana sebab-seba yang tertentu seri kecederaan akibat kemalangan,buatan orang (sihir) dan sebagainya. Lemah syahwat bererti ketidakmampuan sesorang laki-laki untuk melakukan persetebuhan. Penyakit ini juga ditakrifkan sebagai orang yang hilang keinginan seks

images-5Menurut seorang tukang urut, lemah syahwat terjadi akbibat drp lendir dan lemak yang berhimpun di saluran darah, yang menghalang perjalanan darah ke zakar menyebabkan zakar tidak tegang. Penyakit ini juga mungkin terjadi berpunca dari kerosakan otot dan urat saraf pada zakar yang berkaitan dengannya, seperti bengkak urat perut(usus) di bahagian ari-ari atau putus urat tinjang kemaluan iaitu urat dalam bahagian peha dalam

Selain sebab-sebab yang nyatakan diatas, dibawah ini ader punca-punca yang boleh lemah syahwat:-

Penyakit yang boleh berlaku akibat urat saraf dan otot zakar dan urat saraf yang berkaitan denganya, akibat kemalangan jalanraya atau sebab terjatuh dari tempat tinggi, akibatnya kelumpuhan yang menyebabkan saraf tak berfungsi, tekanan jiwa yang berpanjang yang sukar dikawal
Kerap melakukan onani iaitu mengeluarkan air mani secara paksa pada ketika usia muda.
Kekerapan melakukan jimak dalam masa yang singkat juga mungkin menjadi punca lemah syahwat

Amalan membasuh kemaluan sebaik sahaja selesai bersetubuh juga punca urat zakar lemah

Buatan orang seperti kena sihir atau berpunca dari ganguan makluk halus
Antara tanda umum mengidap penyakit lemah syahwat:
i. Alat kelamin kurang berfungsi ibarat hidup segan mati tak mau.. Bertindak garang bila berjauhan tetapi lemah bila berdekatan
ii. Kurang bernafsu untuk melakukan hubungan kelamin. Jika melakukan persetubuhan , pelirnya kuat ketika permulaan tetap patah sebelum sampai ke kemucaknya..
iii. Cepat keluar air mani ketika melakukan persetubuhan

Jika ader tanda-tanda seperti yang aku sebutkan ini, bermakna batang kita nanti tak dapat berfungsi dengan sebaik-baiknya

Kepuasan bersama juga hak isteri

Number of View: 0

7380_932232463537909_1443506474690230418_n

Cara Kama Sutra

Number of View: 0

Download Cara Kama Sutra

 

 

download-3

Suami tidak bernafsu atau dingin

Number of View: 0

SUAMI DINGIN
Soalan

SAYA mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu. Bagaimanapun, sepanjang melakukan hubungan seks, suami tidak dapat mengeluarkan air mani secara normal walaupun sudah mencapai ejakulasi. Air mani hanya dapat keluar jika menggunakan tangan. Suami saya juga dingin dalam hubungan kelamin. Diharap pihak tuan dapat membantu.

ISTERI KELIRU
Bangi

Jawapan

Biasanya untuk lelaki, ejakulasi berlaku apabila mencapai kemuncak rangsangan seksual. Sebahagian lelaki mudah mencapai ejakulasi dalam tempoh singkat dan ia dikenali sebagai ‘ejakulasi pramatang’.

Ada pula yang lambat mencapai ejakulasi dan mengakibatkan pasangan berasa tidak selesa dan kadangkala menyakitkan pasangan apabila faraj kering.

Situasi ini dikenali sebagai ‘retarded ejaculation’. Ada juga yang tidak mencapai ejakulasi, tapi dia mencapai klimaks!

Untuk masalah suami anda, barangkali dia tidak mencapai ejakulasi. Ini boleh berlaku jika dia tidak terangsang dengan persetubuhan itu kerana apa yang dilakukannya dengan puan tidak merangsangkannya.

Masalah itu biasa berlaku kepada lelaki yang ketagih dengan rangsangan seksual seperti onani. Dia akan mencapai ejakulasi jika seronok dengan cara yang dilakukan kepada anggota sulitnya.

Ia dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’ dan dia perlu mendapat rawatan profesional untuk mengatasi masalah ini jika dia tidak klimaks dengan pasangannya.

Ada juga sebahagian lelaki yang tidak ejakulasi di depan, iaitu pancutan air mani berlaku di dalam di bahagian pundi kencingnya. Ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang atau ‘retrograde ejaculation’.

Masalah itu boleh berlaku jika pundi prostat dibedah atau akibat penyakit kencing manis yang dialami lelaki muda. Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis boleh berdepan risiko tidak mencapai ejakulasi walaupun berasa sudah mencapai ejakulasi. Keadaan ini dikenali sebagai ‘dry ejaculation’!

Pheromones sebagai pewangi ghairah

Number of View: 0

TIADA PEWANGI GHAIRAH

Soalan

SAYA pernah terbaca dalam Internet mengenai ‘Pheromones’. Adakah benar ia berfungsi untuk mengeluarkan bau kelelakian bagi mengghairahkan pasangan kita? Boleh atau tidak saya gunakannya bagi memikat isteri untuk melakukan hubungan seks?

KADIR
Raub, Pahang

Jawapan

Banyak syarikat penjual ubat kuat dan ubat ghairah seks memperkatakan mengenai Pheromones yang kononnya dapat mengghairahkan lelaki atau wanita yang baunya dikatakan akan menaikkan syahwat.

Mengikut pendapat dan pengetahuan saya, ia mengarut dan yang membelinya tentu individu berfikiran cetek kerana membazir wang tanpa usul periksa. Kajian yang pernah dilakukan mengenai Pheromones ialah terhadap binatang.

Bahan kimia semula jadi ini dihasilkan melalui peluh atau cecair dari anggota sulit, najis atau air kencing yang dapat memberi ‘signal’ atau tanda tertentu kepada binatang lain yang sama spesies bagi memahami keadaan tertentu.

Sebagai contoh, anjing kencing di merata kawasan untuk memberitahu anjing lain yang itu adalah kawasannya. Jika anjing betina hendak memberitahu ia dalam keadaan subur yang mana telurnya akan keluar, ia mengeluarkan cairan dari bahagian berdekatan anggota seksnya.

Lelaki kononnya mengeluarkan bauan badan spesifik daripada peluh ketiak yang dapat menggelorakan perasaan syahwat wanita yang terhidu atau yang sengaja menghidu pakaiannya yang dibasahi peluh.

Mungkin ini boleh berlaku jika minda wanita itu terbuka untuk membuat begitu. Jika tidak, ia tidak berlaku.

Sehubungan itu, jangan fikir adanya minyak wangi mengandungi Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat isteri jika mindanya tidak terbuka untuk tujuan itu. Lagipun, minyak wangi itu perlu ada Pheromones yang datang daripada anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...