Zakar

Instagram Code

Number of View: 0

Zakar keluar Cecair Putih sukar Solat

Number of View: 0

SEJAK dua minggu lalu, zakar saya mengeluarkan cecair putih jernih seperti mazi tetapi tidak berlendir dan tidak juga berbau. Untuk pengetahuan doktor, saya berusia 31 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Cecair ini keluar hampir setiap masa dalam kuantiti yang sedikit. Ia menyukarkan saya untuk melakukan solat dan sedikit sebanyak merunsingkan.

Untuk makluman, zakar saya berfungsi seperti biasa tetapi apabila bahagian kepala atau pangkal zakar ditekan, akan terasa gatal atau perit tapi dalam keadaan minimum.

Dalam keadaan biasa sehari-hari, tidak terasa sakit atau apa-apa rasa. Harap doktor dapat memberi penjelasan.

KIMI
Pontian, Johor

zakar-air-mani-cairLAPISAN mukosa dalam salur kencing lelaki mengandungi pepundi kecil yang menghasilkan cecair jernih dan membuatkan salur kencing lembap.

Cecair ini boleh keluar secara berlebihan apabila pepundi yang menghasilkannya radang, boleh berlaku akibat jangkitan dan jarang kali akibat amalan onani.

Apabila keradangan itu lega, penghasilan cecair itu akan reda. Jika keadaan masih berkekalan atau kelihatan ketara, ini mungkin menggambarkan jangkitan yang memerlukan rawatan.

Soalnya, bagaimana boleh terkena jangkitan? Biasanya melalui hubungan seks rambang tanpa penggunaan kondom atau melalui seks oral.

Jarang ia terjadi akibat penyakit kencing kotor di mana jangkitan itu datang dari pundi kencing. Cecair akibat jangkitan berwarna lebih pekat dan mudah melekat pada pakaian dalam.

Keadaan ini jarang menyebabkan penghujung zakar terasa gatal atau pedih. Cecair mazi yang jarang keluar ketika meneran, tidak sama dengan cecair hasil dari keradangan salur kencing.

Ia keluar ketika meneran dan warna lebih jernih atau keputihan. Cecair mazi yang keluar akibat teruja seks pula lebih jernih dan hanya keluar apabila lelaki itu terangsang.

Pengeluaran cecair akibat keradangan keluar pada bila-bila masa dan lebih banyak jika keradangan itu ketara.

Saya banyak mengendalikan kes keradangan salur kencing akibat seks oral, sama ada secara rambang (seks rambang yang hanya lakukan seks oral saja dengan pasangan rambang, atau tunang atau bakal isteri) atau secara halal (dengan pasangan bergelar isteri bukan tunang atau bakal isteri).

Jika ia jangkitan, tanpa rawatan sewajarnya, ia boleh menular ke kawasan dalaman dan mengancam kesuburan lelaki itu apabila jangkitan merebak ke pundi prostat atau buah zakar.

Anda boleh bayangkan pelbagai kemungkinan yang memberi simptom pengeluaran cecair dari salur kencing dan perasaan pedih penghujung salur kencing.

Jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan anda perlu berterus terang jika mahu masalah anda dikendalikan dengan baik.

(Sumber Harian Metro)

Rahsia Kemaluan Lelaki

Number of View: 0

Apakah anda sedia untuk mengetahui apa yang kemaluan anda yang menunjukkan berkenaan diri anda?

Walau apa pun yang orang lelaki mendakwa atau bercakap besar, namun kemaluan dialah yang akan menyatakan segalanya!

Pada mulanya, mari kita bersetuju bahawa bercakap benar pada masa ini iaitu ianya berkadaan terangsang. Tidak tegak. Tidak tegang. Anda perlu berada di keadaan semulajadi iaitu lemah dan lembik!

zak1Sekarang itulah tetap, kita boleh memulakan…

KEMALUAN ANDA PANJANG ATAU PENDEK?

Anda panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas! Gunakan kayu pembaris kalau perlu. Jika kurang daripada 3″ bererti pendek, kalau lebih daripada 3″ bererti panjang.
Secara amnya, kajian-kajian mencadangkan bahawa panjang rata adalah 3″ ke 4″ dan lingkungan rata adalah 2.5″ ke 4″.

Menurut kajian di 1989 panjang rata adalah 3.5″ dan lingkungan rata adalah 3.37″. Tapi menurut Kinsey dalam kajian lebih dahulu panjang rata adalah 4.0″ dan lingkungan rata adalah 3.7″.

Atau orang lelaki sudah menyusut atau statistik moden menjadi lebih realistik!

KALAU PANJANG
bererti anda memang suka menunjuk-nunjuk! Anda mudah belajar cara baru dan berseronok mencuba. Jika anda panjang lagi bererti anda suka menciptakan cara baru!

KALAU PENDEK
bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali lagi anda memulakannya, anda boleh berupaya. Anda seorang yang bermimpi-mimpian dan romantik, anda boleh mengejutkan semua orang bila anda hilang sabar dan kepada budi. Anda suka mengikut adat.

TEBAL ATAU KURUS?

TEBAL
Anda mempunyai daya khayalan yang tinggi dan sungguh mempunyai keazaman dan kekuatan untuk mengkagumkan.

Jika lagi tebal di dasar kemaluan bererti anda utamakan kebebasan.

KURUS
Anda seorang sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. Kehalusan dan mutu sesuatu yang penting bagi anda.

LICIN ATAU BERSIMPUL?

LICIN
Anda seorang kekasih yang intuitif! Anda juga sering mengikut perasaan namum pamdai menyesuaikan dengan perubahan dengan senang. Anda pandai menilai keindahan.

BERSIMPUL
Anda suka suka membuat sesuatudengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. Anda memikirkan sesuatu dengan logik akal.

Satu atau dua bengkul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yang sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan.

HUJUNGNYA RUNCING, TUMPUL ATAU LEBAR?

HUJUNG RUNCING
Walau bagaimana pun anda idealistik dan artistik di perhubungan, agak sukar untuk anda bersenang-lenang dan lepaskan kebebasan anda.

Jika anda panjang dan kurus juga, anda seorang kekasih yang mementingkan diri sendiri!

TUMPUL ATAU SEGI EMPAT
Anda kekasih praktik yang suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukannya perkataan.

LEBAR ATAU BERBENTUK BAWANG
Kehendak seksual anda begitu kuat! Cergas, luar biasa dan bersifat menawan.

BENGKOK ATAU MELENGKUNG?

MELENGKUNG KE KANAN
bererti dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pemberi. Anda seorang yang suka bercerita tentang seks diri anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yang anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.

KEMALUAN MELENGKUNG KE KIRI
Dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. Anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.

KEMALUAN BENGKOK TEPAT
Anda tajam akal tetapi anda seorang yang gatal. Anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu.

Kalau anda mempunyai kemaluan panjang yang melengkung bengkok, bererti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta.

Kalau anda mempunyai kemaluan pendek yang melengkung bengkok, bererti anda kerapkali cemas dengan kemampuan seks anda.

Kalau kemaluan anda bengkok di pangkalnya, anda selalu bahawa anda orang luar. Anda berasa bahawa semua orang lain mempunyai hidup senang walau bagaimanapun berusaha untuk berjaya.

BULU JARANG ATAU LEBAT?

JARANG
Kesukaan seksual anda halus sekali tetapi kehendak seksual anda naik turun. Oleh sebab anda segan, anda perlu banyak keyakinan.

LEBAT
Anda begitu bertenaga di bilik tidur. Perlakuan seks anda agak kasar.

Masalah Susah Pancut

Number of View: 0

SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, nikmat pancutan itu tiada. Pada masa sama, ia juga tidak sakit.

Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan, masalah ini berlarutan sejak setahun lalu.

SYAHRIN
Pendang, Kedah

EJAKULASI untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi.

rahsiazakarBagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan mengghairahkan.

Lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan.

Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan.

Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar.

Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan.

Selain itu, ambil makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.

(Sumber Harian Metro)

Kulit Kepala Zakar Nipis dan Licin Cepat Terkoyak

Number of View: 0

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin namun belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri.

Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar ereksi, kulit bahagian kepala zakar akan terkoyak dan menyebabkan luka kecil.

pancut3Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak.

Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi, tetapi tidak berhasil.

Adakah kulit zakar saya menipis dan adakah sebab lain? Bagaimanakah cara merawat masalah saya kerana selepas bersama, saya berasa pedih kerana luka itu.

HADI
Seremban, Negeri Sembilan

KULIT zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar menjadi tegang. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.

Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir.

Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu jalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah itu.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...