Cepat klimaks atau cepat pancut

Number of View: 0

SAYA terlalu cepat klimaks. Saya mencuba pelbagai cara seperti memakan ubat dan meminum kopi termasuk tongkat ali, tetapi masih tidak berhasil. Adakah ia satu penyakit dan bolehkah ia dirawat?

ZACK

Selangor

Mungkin anda boleh dapat beberapa tip untuk membantu anda meningkatkan lagi keseronokan hubungan intim bersama pasangan.

Istilah cepat klimaks digunakan jika lelaki mencapai ejakulasi kurang dari seminit dan ini dikira ereksi masuk ke faraj.

Ada juga klimaks berlaku sebelum penetrasi dilakukan dan ada kalanya sebelum sempat menanggalkan pakaian!

Ereksi dan ejakulasi dua fenomena berbeza walaupun ia berlaku serentak, iaitu ereksi dulu dan kemudian ejakulasi. Ejakulasi boleh berlaku tanpa ereksi dan juga ereksi tanpa ejakulasi.

Ada juga lelaki dapat kekalkan ereksi walaupun selepas ejakulasi. Namun fenomena ini tidak kekal jika lelaki itu tidak melakukan senaman Kegel atau senaman kemut.

Jadi tusukan ereksi dalam faraj dengan ereksi didayung dalam kawalan ‘kemut’ membantu mengekalkan ereksi walaupun selepas berlaku ejakulasi!

Senaman kemut dapat membantu memantapkan kawalan ereksi.

Teknik hubungan kelamin yang dapat mengawal ejakulasi atau klimaks lelaki, ialah teknik persetubuhan ‘Coital Alignment Technique’ atau ‘CAT’. Anda boleh dapat banyak maklumat mengenainya di internet.

Caranya mudah. Dayungan ereksi dalam faraj dilakukan dengan zakar kekal dalam faraj, zakar dijungkit supaya bahagian atas pangkal zakar dapat menekan langit faraj dalam dayungan.

Penghujung zakar kekal dalam penghujung faraj dan tanpa geselan kepada bahagian itu, bahagian sensitif zakar itu tidak terkena sentuhan yang padu, lalu ia dapat bertahan.

Anda perlu tahu, memakan ubat atau pil mengarut di pasaran gelap, mengurut zakar dengan minyak lintah atau menggunakan krim mengandungi gambir Sarawak akan melemahkan anggota kelamin dan mungkin menyebabkan alahan kepada kulit zakar dan faraj.

Jangan mudah terpengaruh dengan penjualan cincin zakar tiruan yang dijual melalui internet, lebih-lebih lagi cincin keras diperbuat daripada kayu seperti cincin kayu hebat dan pelbagai lagi kerana boleh merosakkan zakar apabila darah membeku dalam otot zakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...