Deman Kuat kesan Tenaga Batin

Spread the love

SAYA pernah ditanya, adakah demam kuat boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah tenaga batin? Secara saintifik, jarang masalah lemah tenaga batin berlaku akibat demam, tetapi kemungkinan ia berlaku secara kebetulan tetap ada.

Bayangkan keadaan seseorang yang demam. Mereka menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang. Jadi, hubungan kelamin tidak dapat dilakukan untuk beberapa lama dan selepas pulih pula, perasaan lemah dan kurang tenaga masih wujud.

 

Tidak hairan jika seseorang lelaki itu mendapati dia tidak ‘bertenaga’ selepas diserang demam kuat’ manakala perjalanan darah dalam otot zakar juga kurang lancar.

Jika terangsang, ereksinya tidak mantap dan mudah mengalah. Malah, sesetengah lelaki mendapati sukar melakukan gerakan daripada satu posisi ke satu posisi lain ketika bersetubuh, mengakibatkan ereksi mengalah atau gagal.

Masalah menjadi lebih rumit jika tiada keyakinan dan kekuatan semangat, sekali gus akan memberatkan lagi pencapaian ereksi. Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang menghadapi masalah ereksi akan cepat panik.

Mereka cuba mengatasinya dalam tempoh secepat mungkin, termasuk tindakan yang membahayakan kesihatan seperti mengambil ubat tanpa berjumpa doktor atau mendapat rawatan tradisional seperti mengurut.

Sebenarnya kemantapan ereksi tertakluk kepada kemasukan darah yang mencukupi ke dalam otot zakar. Di samping itu, darah perlu kekal di dalam otot dan ini dipastikan oleh otot lantai pelvis atau otot kemutan yang sentiasa mantap dan dalam separa cengkam.

Selain itu, apabila ereksi berlaku, biasanya darah dalam salur vena zakar akan terperangkap. Apabila ia tidak berlaku, darah tidak kekal dalam otot dan ereksi kendur apabila darah terkeluar.

Kajian mendapati kemampuan ereksi tertakluk kepada tahap kesihatan yang mantap dan amalan gaya hidup sihat. Usia juga mempengaruhi kemampuan ereksi, selain kedudukan salur darah dan metabolisma lemak.

Kedua-dua itu pasti terganggu apabila seseorang lelaki melepasi usia 40 tahun. Penyakit yang ada kaitan dengan penuaan seperti kencing manis, koronari dan tekanan darah tinggi juga mempengaruhi syahwat.

Rawatan dengan ubat tertentu untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis juga memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada ereksi. Jika lelaki itu mengalami kelemahan otot kemut, senaman kemutan perlu dilakukan.

Ini boleh dilakukan dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing serentak dan dilakukan sebanyak 50 kali sehari. Ketika mencengkam otot kemut, tahan nafas antara lima hingga 10 saat. Ini akan melangsingkan otot itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...