Isteri masih Sakit bila Bersama dan disapu Minyak bagi licin

Spread the love

SAYA baru berkahwin. Isteri saya rasa sakit sangat bila zakar dimasukkan ke dalam farajnya. Kami sudah cuba sapu minyak, namun sakit juga. Apa petua atau ubat yang boleh mengurangkan sakit?

HAMID


Puchong Perdana

Untuk menjayakan hubungan seksual penetratif yang sempurna, pasangan itu perlu tahu memainkan peranan masing-masing.

Pertamanya, pasangan itu perlu tahu anggota kelamin masing-masing, terutama perempuan, kerana dia perlu ‘menyediakan’ dan melegakan pembukaan faraj supaya mudah untuk suami menyalurkan zakarnya ke dalam faraj.

Isteri perlu melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut dan jika isteri menahan kemasukan ereksi suami dengan mengemut, sudah tentu ini menyakitkan dirinya dan juga suami.

Dalam keadaan seriau, perasaan ghairah dan teruja untuk isteri akan terencat dan anggota kelamin isteri akan hilang kegebuan dan menjadi kering.

Jadi sukar untuk suami meneruskan perjalanan ke dalam faraj. Mungkin dengan menggunakan pelicin seperti gel yang boleh beli daripada farmasi untuk disapu kepada penghujung ereksi dan di bahagian antara bibir kecil atau bahagian vestibule anggota kelamin perempuan, dapat memudahkan kemasukan ereksi suami ke dalam faraj.

Lagi mudah jika isteri tidak mengepit paha, malah meluaskannya dan melegakan kemut, atau jangan kemut.

Kajian yang pernah dijalankan oleh beberapa pakar seksologis perempuan menyatakan, masalah yang sering berlaku kepada perempuan dalam hubungan kelamin ialah kurang pengetahuan mengenai anggota kelamin mereka.

Suami juga perlu tahu mengenai struktur anggota kelamin isteri dan sama-sama berusaha menikmati hubungan kelamin yang lebih sempurna dan selesa. Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan gel pelicin, bukan bahan berasaskan minyak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...