Jangan guna pam kote tiruan

Spread the love

JANGAN GUNA PAM TIRUAN
Soalan

carathan1SAYA mempunyai tiga soalan.

1) Saya pernah membaca mengenai satu cara membesarkan zakar ialah dengan merendam keseluruhan zakar ke dalam air teh yang suam. Adakah ia berkesan atau mempunyai kesan sampingan pada masa akan datang?

2) Bagaimana kedudukan zakar yang betul ketika memakai seluar dalam? Adakah kepala zakar mendongak ke atas atau ke bawah?

3) Kenapa zakar saya semakin mengecil dan pendek ketika menegang?

AZIZ
Kulim, Kedah

Jawapan

Memanjangkan zakar dengan merendamkannya ke dalam air teh suam? Ini macam hendak mempromosikan teh. Kenapa tidak dengan air kopi asli atau air tongkat ali? Jangan dengar perkara yang mengarut ini.

Bukan hanya merendam dengan teh, malah mengurut dengan minyak lintah, dhab, ikan belacak atau apa-apa minyak, makan herba, malah jika anda menggunakan kaedah pam vakum sekalipun tidak akan membeesarkan zakar secara kekal.

Sama juga mereka yang mempromosikan suntikan ke zakar kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan zakar rosak.

Selain pembedahan untuk melegakan otot penampung zakar untuk membuatkan zakar kelihatan panjang, kaedah tanpa pembedahan ialah dengan menggunakan alat penarik zakar yang tulen. Nasihat saya, jangan cari nahas dengan mencari pam tiruan yang murah.

Bagi soalan kedua, zakar bukan kereta untuk ‘dipark’ ke atas atau bawah. Ikut kedudukan dan keselesaan anda. Lebih baik pakai seluar longgar. Seluar dalam longgar seperti ‘boxer short’ lebih selesa.

Soalan ketiga mengenai saiz zakar, ia akan kelihatan kecil walaupun menegang, kerana jika dilihat dari atas dalam keadaan mendongak memang kelihatan kecil, kecuali dilihat dari sisi cermin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...