Jangan guna pam vakum zakar bahaya

Spread the love

ELAK SALAH GUNA PAM

SEBUT saja pam vakum, ia memang popular di kalangan lelaki yang ‘tidak berpuas hati’ dengan alat sulit mereka. Justeru, tidak hairan wujud lambakan produk itu di pasaran. Bagaimanapun, realitinya alat yang terkenal sebagai ‘alat senaman’ untuk lelaki itu tidak sesuai membesarkan alat sulit yang kecil.

Pam vakum adalah alat yang dapat menyedut darah masuk ke anggota tertentu jika ia digunakan untuk tujuan meningkatkan kemasukan darah ke dalam anggota itu. Apabila sedutan itu dilepaskan, darah yang masuk itu keluar semula.

Jika sedutan itu dikekalkan, kemungkinan darah yang masuk tadi membeku, menyebabkan anggota itu rosak. Barangkali, ada yang keliru kerana penggunaan alat itu memang membuatkan alat sulit kelihatan besar. Bagaimanapun ia hanya seketika, iaitu ketika proses sedutan.

Selepas sedutan dilepaskan, bentuk alat sulit kembali seperti biasa. Jika kerap digunakan dan dibiarkan dalam tempoh lama, otot alat sulit boleh rosak dan kulit menjadi panjang. Jika otot alat sulit rosak dan ada parutan, ia berisiko menyebabkan zakar menjadi bengkok (Peyronie Disease).

Kadangkala kulit menggelembung akibat sedutan. Semua itu kesan negatif pam vakum dan berbahaya jika digunakan untuk tujuan membesarkan alat sulit.

Pam vakum direka khas untuk meningkatkan kemasukan darah ke dalam zakar untuk tujuan ereksi (ketegangan) dan getah penambat ereksi dipasang sebelum sedutan dilepaskan.

Dalam keadaan sedemikian, ia memang berkesan untuk masalah seperti mati pucuk dan untuk mendapat kekerasan ketika mahu menjalin hubungan intim.

Bagaimanapun, pam yang boleh digunakan hanya yang menjalani kawalan piawaian atau ‘standard’ yang disyorkan. Ketika ini, ramai pengguna tertipu apabila menggunakan pam yang tiada piawaian dan sesuai ditakrifkan sebagai ‘pam mainan’.

Begitupun, kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta diiktiraf untuk masalah zakar kecil atau bengkok ialah alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ seperti Andropenis. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar.

Bagi lelaki, fikirkan semula hasrat menggunakan pam vakum. Anda hanya memiliki satu zakar dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga dengan baik, termasuk menggunakan alat yang salah untuk membesarkan alat sulit, ia mungkin mendatangkan masalah.

Jika teringin, gunakan pam vakum yang menjalani pemeriksaan piawaian dan perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar dalam bidang berkaitan.

Jika ada masalah, anda perlu berjumpa doktor dan bukan penjual pam itu kerana mereka tidak tahu apa perlu dilakukan terhadap masalah anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...