Kanser Buah Zakar

Spread the love

Jika musuh utama kaun wanita di negara ini ialah kanser payudara, bagi lelaki pula, prostat kini menjadi igauan ngeri bagi mereka iaitu kaum lelaki.

Kanser buah zakar atau testis atau lebih dekenali umum iaitu telur adalah sejenis kanser paling lazim menyerang lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun. Biarpun begitu, ia boleh menyerang pada sebarang kumpulan usia. Kanser ini biasanya dikesan sama ada secara tidak sengaja atau melalui pemeriksaan sendiri.

Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu
1. Kanser Seminoma
2. Kanser Non-Sheminoma

Kanser seminoma adalah jenis kanser yang dibentuk sel germa primer yang membesar dengan perlahan dan secara relatifnya tidak merebak.

Secara kasar ia membentuk 40% pada kes kanser testis. Manakala kanser non-seminoma pula berpunca daripada sel germa yang lebih matang dan agresif berbanding seminoma. Ia juga adalah kombinasi beberapa jenis kanser yang berbeza.

Sehingga kini penkanserzakaryebab kanser buah zakar menjadi misteri. Ia menyerang lelaki muda secara rawak. Bagaimanapun, kebanyakkan kes kanser buah zakar boleh dirawat sekiranya dikesan di peringkat awal. Anda melakukan sendiri pemeriksaan pada setiap bulan.

Kanser buah zakar boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Beberapa siri ujian dan imbasan harus dilakukan untuk mengetahui tahap penyakit seseorang itu.

PERINGKAT PERTAMA
Kanser hanya terbatas pada buah zakar. Andainya sudah merebak, ia akan bergerak menuju ke nodus limfa retroperitoneal, kelenjar yang menapis bakteria. Pembentukan sel kanser dalam cecair limfa yang terletak di antara diafragma dan buah pinggang, dekat bahagian belakang tubuh.

PERINGKAT AKHIR
Kanser akan merebak ke seluruh tubuh kemudian paru-paru, otak, hati dan tulang. JIka kanser yang menyerang adalah agresif dan tidak dirawat, kematian bukanlah sesuatu yang mustahil. Ini keran 95% kanser buah zakar adalah malignan(bahaya) dan akan merebak jika tidak dirawat.

GOLONGAN YANG BERISIKO

1. Lelaki muda yang berusia antara 15 hingga 35 tahun merupakan golongan yang paling berisiko tinggi.
Lelaki Caucasian lebih cenderung diserang kanser buah zakar berbanding Latin, kulit hitam dan Asia.
2. Lelaki yang dilahirkan dengan zakar terbentuk di dalam bahagian bawah perut bukan skrotum (kantung buah zakar) lebih berisiko diserang kanser buah zakar. Keadaan ini tidak akan berubah melainkan secara pembedahan.
3. Lelaki yang mengalami lain-lain masalah buah zakar turut berdepan risiko yang lebih tinggi jenis kanser ini.

SIMPTOM

1. Bengkak pada salah satu buah zakar. Biasanya bersaiz kacang pis tetapi kadangkala lebih besar.
2. Sebarang pembesaran atau pengecutan saiz buah zakar
Berlaku perubahan yang tidak konsisten pada buah zakar, biasanya kekerasan.
3. Rasa buah zakar lebih berat.
4. Rasa sakit dibahagian bawah perut atau pangkal paha.
5. Cecair tiba-tiba berkumpul pada buah zakar.
6. Rasa tidak selesa pada testis atau skrotum (kantung buah zakar).
7. Pembesaran atau kelembutan pada bahagian dada.

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN

Cara terbaik untuk mengesan kanser di peringkat awal adalah dengan melakukan pemeriksaan diri sendiri, yang mana harus dilakukan oleh setiap lelaki yang berusia 15 tahun dan ke atas. Ia mudah, cepat dan tidak menyakitkan. Lebih kerap melakukannya, anda akan lebih biasa dengan kelainan saiz normal dan tekstur buah zakar. Sekiranya timbul sebarang keganjilan dengan pantas anda akan dapat mengesannya. Berikut diberikan panduan bagaimana untuk melakukan pemeriksaan sendiri.

1. Mandi dengan air panas. Suhu yang agak panas akan merilekskan skrotum dan memudahkan anda merasainya.
2. Berdiri di depan cermin dan periksa jika terdapat bengkak.
3. Periksa setiap buah zakar dengan kedua-dua tangan. 4. Pegang dengan menggunakan ibu jari dan jari hantu dan perlahan-lahan gerakkannya.
5. Pastikan kedudukan epidermis , fiub lembut di belakang buah zakar yang berfungsi menyalurkan sperma. Jangan tersilap menganggapnya sebagai benjolan. Benjolan sering terjadi pada bahagian depan dan tepi buah zakar.
Sekiranya anda menjumpai benjolan, teruslah berjumpa dengan pakar urulogi. Kebanyakkan benjolan bukan kanser tetapi hanya pakar yang mampu memastikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...