Kanser Pundi Prostat

Number of View: 0

KANSER ANGGOTA REPRODUKTIF

KANSER anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berbanding kanser lain seperti payu dara, tulang atau otak.

Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar.

Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita penyakit ini dapat dipanjangkan jika dikesan pada peringkat awal.

Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun.

Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebabkan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat.

Cara mengesan kanser pundi prostat:

– Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat.

– Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination).

– Ujian darah PSA.

– Pemeriksaan kencing untuk kesan darah.

Cara menghindar kanser pundi prostat:

– Kurangkan makan makanan berlemak.

– Kurangkan makan daging merah dan banyakkan makan daging putih.

– Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

– Kawal berat badan.

Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku ialah satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan di kalangan mereka yang berusia di antara 15 dan 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut ialah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu diketahui ialah jika ia berlaku kepada anda, kemungkinan berlaku pada adik atau abang anda ialah 10 kali ganda.

Cara mengesan kanser buah zakar:

– Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar.

– Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (Testicular Self Examination) yang boleh dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki.

Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh.

– Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...