Kencing tidak Sejat

Spread the love

SAYA suami berusia 33 tahun mempunyai masalah kepada saya ketika ini adalah mengenai perbezaan antara air mani yang dipancutkan bergumpal dan berketul (putih susu) berbanding air mani yang cair berwarna jernih?


Selain itu, adakah penyakit kencing tidak sejat boleh diubati? Bagaimana caranya? Saya pernah mengalami batu karang dan sekarang kencing saya meleleh dan tidak memancut seperti dulu.

YURI
Kuantan, Pahang

JAWAPAN

Air mani hanya keluar apabila lelaki itu mencapai kemuncak rangsangan seks atau dalam ‘mimpi basah’. Air mani lelaki mengandungi campuran cecair daripada pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pundi littres yang ada dalam mukosa salur kencing, pundi epididimis dan sperma dari buah zakar.

Biasanya air mani keluar berketul dan berwarna kelabu putih dan dalam masa yang cepat ia kelihatan cair dan berwarna sedikit kekuningan.

Jika cecair daripada pundi prostat berlebihan, air mani kelihatan lebih kelabu atau putih dan berketul akibat kandungan protein yang banyak.

Jika enzim mencairkan air mani aktif, air mani menjadi cair dengan cepat. Semua perubahan itu adalah normal.

Warna air mani juga boleh berubah daripada warna biasa (putih kelabu dan sedikit kekuningan) dan mungkin itu menandakan masalah tertentu. Contohnya, warna lebih kuning menandakan kandungan sel nanah yang berlebihan, warna merah atau coklat menandakan kandungan darah baru atau darah lama dan warna kehijauan menandakan jangkitan kuman pseudomonas daripada pundi kencing.

Air mani pada peringkat awal pekat dan beberapa minit kemudian menjadi cair. Adakalanya air mani cair ketika keluar dan ia juga adalah normal. Apabila air mani yang pekat itu kekal pekat, ia menjadi petanda masalah dan menandakan masalah kesuburan.

Beralih kepada air kencing, kelancaran air kencing tertakluk kepada kelajuan ia keluar. Jika ia keluar dengan laju dan dalam tekanan, sudah tentu ia keluar lancar dan sebaliknya.

Untuk lelaki berusia, memang perjalanan air kencingnya tidak laju kerana salur kencing menyempit akibat ketumbesaran atau kekecutan pundi prostat.

Jadi perkara sama juga boleh berlaku iaitu kencing jadi tidak lancar, sebab itu jika anda ada mengalami masalah kencing, lebih baik bertemu doktor untuk menjalani ujian.

Ada sebilangan lelaki mempunyai salur kencing sempit dan perlu dilegakan. Saya syorkan anda berjumpa doktor untuk masalah kencing.

Jangan ambil ubat yang bukan-bukan daripada mereka yang tidak bertauliah kerana nanti masalah yang ringan itu boleh bertukar menjadi berat akibat tersalah ubat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...