Kepala Zakar Sensitif Cepat Stim

Spread the love

BARU-BARU ini saya terasa seolah-olah ngilu dan sengal-sengal di bahagian zakar, terutamanya di bahagian kepala zakar.

Kadangkala bila dipegang rasa sakit. Seolah-olah sakit di bahagian dalam zakar. Puas saya cari maklumat di Internet mengenai masalah ini tapi sehingga kini belum jumpa sebarang jawapan.

Harapkan penjelasan dan nasihat doktor.

AZIZ
Shah Alam, Selangor

PENGHUJUNG zakar atau kepala zakar mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’.

pancutJika kulit penghujung zakar yang daripada jenis kulit lembut atau mukosa itu disentuh, sudah tentu penghujung urat saraf itu akan tertekan dan zakar akan mula mengeras.

Ini berlaku akibat kemasukan darah yang banyak dalam liang otot zakar dan juga bahagian penghujung zakar.

Jika rangsangan itu berlaku secara berterusan, penghujung zakar akan rasa tidak selesa dan jika disentuh akan terasa ngilu. Jadi, bagi lelaki yang mudah mencapai ereksi spontan, memang dia akan mengalami perasaan ngilu yang kronik.

Situasi ini membuatkan keseluruhan zakar tidak selesa. Jika mahu kurangkan perasaan tidak selesa atau sakit itu, zakar perlu dituam dengan ais.

Apabila ‘congestion’ atau takungan darah dalam zakar itu reda, maka perasaan sakit itu turut lega.

Kadangkala, geselan kain kepada penghujung zakar akan membuatkan bahagian itu rasa amat ngilu. Lama-kelamaan perasaan ngilu itu akan terkawal.

Untuk mengurangkan perasaan ngilu itu kekal, boleh pakai seluar dalam yang selesa. Jika perasaan ngilu itu amat menyukarkan, boleh guna gel anestetik untuk seketika sehingga perasaan ngilu itu terkawal.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...