Khatan tak Sempurna

Spread the love

SAYA berusia 27 tahun dan sudah berkhatan ketika berusia enam tahun. Tetapi selepas membaca artikel berkaitan berkhatan di Internet, saya dapati bahawa kemaluan saya ada beberapa masalah.

Pertamanya, saya dapati kemaluan saya terdapat frenulum yang terdedah. Apabila melakukan onani, saya kerap tewas disebabkan keadaannya yang sensitif. Saya ingin bertanya, apakah fungsi frenulum dan bolehkah pembedahan dilakukan untuk menghilangkannya bagi mengelakkan saya cepat klimaks.

 

Selepas akhil baligh, apabila dalam keadaan ereksi, saya terasa ada bonjolan pada parut jahitan. Apabila diselidik, saya dapati ia berlaku sejak dikhatankan kerana jahitannya tidak kemas hingga menyebabkan terdapat dua lubang kecil.

Ini menyebabkan kawasan itu mengeras apabila ereksi berlaku dan saya tidak berapa selesa dengan keadaan itu. Saya terpaksa mengeluarkan kotoran yang terperangkap dan apabila bersih, ereksi berlaku dan saya berasa selesa.

Berdasarkan masalah di atas, saya terfikir untuk melakukan pembedahan. Jika pembedahan boleh dilakukan, berapakah anggaran kos pembedahan? Adakah nafsu seks saya akan terjejas sekiranya melakukan pembedahan itu?

REMY

Ipoh, Perak

Berkhatan dengan cara tradisional ketinggalan zaman dan kini berkhatan secara moden mengambil tempatnya dengan pendekatan yang lebih selesa, selamat dan sempurna.

Anda mungkin menjalani berkhatan secara tradisional atau cara kampung atau dengan cara kurang sempurna kerana terdapat kesan tidak selesa seperti frenulum yang terdedah dan parut membuatkan zakar anda kurang sempurna.

Anda boleh menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang anda hajatkan itu di pusat perubatan pakar dan kos rawatannya mengikut kaedah dan teknologi yang digunakan.

Masalah cepat klimaks bukan kerana frenulum yang terdedah. Lelaki yang tidak berkhatan pun mempunyai frenulum terdedah apabila kulit kulup terlurut dengan penghujung zakar terdedah ketika zakar ereksi.

Jika frenulum anda padat dan membuatkan penghujung zakar tertarik ke bawah, maka dengan memotong frenulum ini, penghujung zakar akan menegak dan lurus. Jika ereksi anda tegap dan lurus, tidak perlulah menjalani pembedahan.

Mengenai ‘ketulan’ keras yang terdapat bersebelahan frenulum, ia sebahagian pundi urethral yang ketinggalan selepas bahagian penghujung kulup kulit zakar di potong dalam prosedur berkhatan anda.

Jadi selagi ada cebisan pundi yang ketinggalan, selagi itu anda akan berasa ada kekotoran’ yang terhasil. Sebenarnya pundi para urethral itu menghasilkan pelembap semula jadi atau ‘smegma’ untuk melembutkan kulit penghujung zakar.

Jika anda dapat mengeluarkannya dengan memicit kulit itu maka anda tidak perlu menjalani pemotongan kulit. Jadi soal frenulum yang terdedah dan ketulan ‘kekotoran’ yang terdapat di bahagian bawah penghujung zakar, bukan perkara yang anda perlu bimbang dan ia tidak akan menyebabkan masalah seksual.

Cepat klimaks berlaku kerana anda tidak dapat mengawal perasaan sensitif bahagian itu ketika dirangsang. Anda boleh cuba gunakan krim ‘kebas’ untuk menyapu kebahagiaan yang sensitif itu untuk mengelakkan rasa sensitif.

Mungkin lama kelamaan bahagian itu akan berasa lebih terkawal dan anda tidak perlu lagi menggunakan krim seperti itu apabila berkahwin kelak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...