Kulit Kepala Zakar Nipis dan Licin Cepat Terkoyak

Number of View: 0

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin namun belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri.

Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar ereksi, kulit bahagian kepala zakar akan terkoyak dan menyebabkan luka kecil.

pancut3Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak.

Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi, tetapi tidak berhasil.

Adakah kulit zakar saya menipis dan adakah sebab lain? Bagaimanakah cara merawat masalah saya kerana selepas bersama, saya berasa pedih kerana luka itu.

HADI
Seremban, Negeri Sembilan

KULIT zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar menjadi tegang. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.

Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir.

Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu jalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah itu.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply