Kesan lebam, hitam di kulit
SAYA mengalami kesan lebam dan hitam pada kulit zakar. Adakah ini kesan daripada kuat melakukan onani?
Bagaimana cara untuk saya mengembalikan keaslian dan kesihatan kulit zakar saya? Ada kawan mengesyorkan mencuba pemutih wajah, namun adakah ia
berkesan?
REMAJA TIMUR
Kuantan, Pahang
Kulit zakar adalah licin, lembut dan mengandungi tisu pengembang di bawahnya yang membuat kulit itu mudah bergerak apabila zakar dilurut.
Apabila zakar dilurut untuk tujuan merangsang, kulit zakar mengalami tekanan dan bahagian yang dilurut itu lama kelamaan kelihatan lebam atau
memberi kesan hitam kerana peningkatan pewarna kulit (melanin) yang berlebihan akibat kesan tekanan dengan tangan itu.
Penukaran warna itu bukan kerana fenomena ‘photo sensitiviti’ atau akibat terdedah kepada cahaya matahari, yang mana jika hendak mengurangkannya
anda boleh menggunakan ‘sun screen’ atau pelindung matahari.
Justeru, penggunaan losyen pemutih wajah tidak berkesan untuk memulihkan warna kulit zakar yang lebam. Cara yang disyorkan ialah kurangkan
perilaku onani. Jika terdesak juga, guna krim atau losyen pelembap supaya geselan kepada kulit itu ringan dan selesa. Sapu krim pelembap kepada
anggota sulit selepas mandi.
Disarankan juga anda menggunakan krim perapi zakar yang dijual di pasaran. Krim perapi ini diuji dan didapati sesuai untuk kulit anggota sulit,
menyegarkan sambil mengukuhkan struktur dalaman.
|