Kurang Yakin Berkahwin Sebab Zakar Kurang Normal

Number of View: 0

Saya mengalami masalah agak serius dan menyebabkan saya kurang berkeyakinan untuk berkahwin. Masalahnya berkenaan buah zakar saya.

Sebelum saya bersunat ketika berumur 10 tahun, saiz buah zakar saya normal. Tetapi selepas bersunat buah zakar sebelah kiri seakan-akan pecah kerana tiada bentuk dan kadang kala ia kelihatan normal.
Seingat saya, kali pertama ia terjadi selepas saya bersunat dan saya menganggap ia terjadi disebabkan ubat bius yang dicucuk di buah zakar sebelum bersunat. Soalan saya ialah, adakah saya akan mengalami masalah mendapatkan zuriat dan adakah saya akan mengalaminya seumur hidup?

Azmi

Johor

Lelaki mempunyai sepasang buah zakar dalam kerandut buah zakar. Jarang lelaki yang mempunyai satu buah zakar sahaja dan paling jarang, tiada buah zakar dalam kerandut.

Terdapat juga lelaki yang mendapati beberapa ketulan semacam buah zakar dalam kerandut yang membuatnya berfikir yang dia mungkin mempunyai lebih daripada dua buah zakar.

Lelaki yang peka mengenai bentuk dan saiz buah zakar tidak was-was mengenainya kecuali bentuk dan saiznya luar biasa. Jika saiz dan bentuk buah zakar sebesar ibu jari kaki, sekurang-kurangnya 2/3, maka buah zakar itu dianggarkan normal, kecuali lelaki itu was-was dan perlu mendapat rujukan doktor.

Pendek kata, apa-apa masalah berkaitan dengan kedudukan buah zakar, saiz dan bentuk keadaan buah zakar, kesemuanya perlu dirujuk kepada doktor.

Jangan pula jumpa bomoh. Nanti lain pula ceritanya. Perkara yang saya amat khuatir ialah apabila buah zakar itu radang atau bengkak, ia diurut atau dituam dengan air panas dan sudah tentu akan merosakkan buah zakar itu.

Keradangan buah zakar perlu di tuam dengan pek ais dan segera dirujuk kepada doktor. Anda membuat keputusan tidak mahu berkahwin kerana khuatir anda mungkin mandul kerana kedua-dua buah zakar anda tidak tak normal. Anda sepatutnya rujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang kesihatan lelaki atau yang tahu mengendalikan masalah lelaki untuk menjalani pemeriksaan dan kepastian tentang keadaan buah zakar anda.

Anda boleh berjumpa mana-mana doktor keluarga dan jika doktor itu tidak dapat sahkan kedudukan kesuburan anda, anda minta dirujukkan kepada pakar. Anda bukan seorang yang bersikap begini. Ramai lelaki menyangka bukan-bukan mengenai keadaan sifat dan kemampuan kelelakiannya termasuk keadaan buah zakar mereka malu untuk berjumpa doktor.

Mereka malu untuk menjalani pemeriksaan. Ini tindakan yang salah. Tanpa kepastian doktor atau pakar yang berkenaan, tidak betul untuk lelaki itu mengambil keputusan yang menghancurkan masa depannya. Anda mendapati anggota kelamin anda, iaitu buah zakar anda tidak normal dan ini mengikut tinjauan anda. Anda juga menyangka yang bukan-bukan, kononnya perkara itu akibat suntikan yang diberi doktor ketika doktor melakukan prosedur berkhatan untuk anda.

Seharusnya anda perlu rujuk kepada doktor untuk kepastian. Jadi jangan berlengah daripada berjumpa doktor untuk pengesahan. Jika perlu anda harus jumpa doktor pakar dan sekiranya ada sesuatu yang ganjil, sudah tentu doktor pakar akan syorkan rawatan sewajarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply