Melancap Punca Zakar Lemah

Spread the love

SAYA kerap melancap dan sangat sukar menghindari tabiat ini kerana terlalu ketagih.

zakarpanjang1Sebelum ini saya kerap beronani tanpa mengira masa dan tempat, tetapi jauh dalam hati penat melakukannya kerana ia menjejaskan kerja saya yang lain akibat tiada tenaga lagi.

Apabila mencapai tahap nafsu yang tinggi, diri rasa ghairah dan perasaan mahu beronani timbul membuatkan saya tidak dapat mengelak melakukannya.

Untuk pengetahuan doktor, saya mula beronani sejak darjah lima dan kini saya berusia 22 tahun.

Saya risau jika tidak dapat membahagiakan pasangan saya kelak akibat tabiat ini.

AMIR
Paya Rumput, Melaka

Jawapan

ANDA membuka pekung di dada mengenai tabiat songsang yang dilakukan sejak darjah lima lagi.

Kini anda boleh dikatakan ‘veteran’ dalam hal onani ni dan sedar bahawa anda sangat ketagih dan tidak pasti boleh meninggalkan atau ketepikannya.

Sebenarnya, anda saja yang tahu mengenai diri serta kemampuan anda, oleh itu hanya anda yang dapat menentukan masa depan sendiri.

Jika anda sedar amalan onani ini banyak masalahnya dan mula rasa kesan buruknya seperti mengganggu kerja dan tugasan harian selain membuatkan badan terasa lemah namun masih tidak mahu meninggalkannya, anda tidak perlu fikir mengenai hasrat untuk berumahtangga.

Ini kerana anda sendiri sudah jangka amalan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seksual dan akan memporakperandakan rumahtangga.

Jadi, langkah terbaik adalah ketepikan saja hasrat untuk berumahtangga.

Mengenai masalah onani anda, ia bukan penyakit, sebaliknya tabiat yang mengikat diri anda. Jika anda tidak boleh mengawal diri, tiada sesiapa dapat mengawal anda.

Jika ada ubat atau sesuatu rawatan untuk ‘mengubat’ perilaku onani, ia memang sesuatu yang baik. Malangnya, tidak ada ubat atau rawatan yang sebegitu.

Kesudahannya, anda sendiri yang akan menanggung risiko amalan onani itu. Tiada sesiapa yang dapat membantu anda kecuali diri sendiri.

Jika anda selalu ingatkan Tuhan dan tidak lupa dengan ibadah wajib, pohon iman yang kuat, semangat serta jati diri untuk mengawal hawa nafsu songsang anda dengan penuh kesedaran dan hentikan amalan itu.

Anda perlu semat di sanubari bahawa anda mahukan kehidupan yang sempurna, menjadi lelaki normal dan sihat dalam fungsi seksual dan menjadi suami yang penuh tanggungjawab, seterusnya dapat membahagiakan pasangan anda.

Ini tidak akan berlaku jika anda teruskan amalan onani anda. Sebaliknya yang pasti, anda akan mengalami masalah mati pucuk, masalah cepat klimaks, tidak dapat memuaskan pasangan dan mandul kerana tidak dapat ejakulasi secara normal (hanya ejakulasi dengan cara sendiri dan tidak dalam faraj isteri).

Buatlah perhitungan anda demi untuk kesejahteraan anda. Insya-Allah, anda akan berjaya.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...