Air Mani Cepat Keluar Semasa Tidur

Number of View: 0

SAYA pengamal onani tegar dan boleh dikatakan hampir setiap hari sejak umur 13 tahun hingga kini mencapai usia 21 tahun.

Apabila melakukan onani, zakar cepat terangsang tidak sampai seminit pun dan air mani akan keluar.

Malah, ketika tidur terutama pada waktu malam, air mani keluar dengan sendiri.

Keadaan ini membuatkan saya tertekan. Apa yang patut saya buat?

AHN
Petaling Jaya, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

JARANG individu yang mengamalkan perilaku onani yang sangat kerap macam anda, mengalami mimpi basah, kecuali jika sistem kawalan urat saraf syahwat tertekan akibat amalan onani yang terlalu kerap.

batangpanjang1Ini petanda awal bahawa sistem kawalan syahwat anda mula meragam. Jika anda teruskan amalan onani, lambat laun tahap ereksi anda akan menurun dan boleh mengalami masalah cepat klimaks.

Kajian yang pernah dilakukan di Korea mengenai amalan onani mendapati lelaki yang kerap melakukan amalan itu sering mengalami mati pucuk serta cepat klimaks.

Kajian terperinci mendapati urat saraf kawalan syahwat lelaki itu tertekan dan tisu lembut zakar tercedera serta hilang daya mengawal darah dalam ruangnya.

Sudah tentu individu yang mengalami simptom macam anda akan rasa tertekan. Jika anda rasa tertekan atas apa yang berlaku kepada anda, ia tidak memberi apa-apa kebaikan, malah tekanan tadi boleh memberatkan lagi sistem kawalan syahwat anda.

Daripada anda stres, lebih baik anda berusaha membetulkan keadaan itu. Daripada anda ‘memaksa’ zakar mencapai kepuasan melalui onani, kenapa tidak membelai anggota kelamin bagi menyegarkannya.

Anda boleh gunakan krim penyegar zakar bernama ‘XGENE’ yang dijual di pasaran dan dalam talian (Internet).

Kajian menunjukkan krim penyegar zakar itu mengandungi ekstrak tongkat ali yang dapat menyerap melalui tisu lembut penghujung zakar (belaian krim kepada penghujung zakar), membantu menyegarkan tisu dalaman termasuk urat saraf dan tisu pengembang zakar.

Berhenti melakukan onani dan tukar amalan itu kepada amalan membelai zakar untuk menyegarkannya.

(Sumber Harian Metro)

Melancap Punca Zakar Lemah

Number of View: 0

SAYA kerap melancap dan sangat sukar menghindari tabiat ini kerana terlalu ketagih.

zakarpanjang1Sebelum ini saya kerap beronani tanpa mengira masa dan tempat, tetapi jauh dalam hati penat melakukannya kerana ia menjejaskan kerja saya yang lain akibat tiada tenaga lagi.

Apabila mencapai tahap nafsu yang tinggi, diri rasa ghairah dan perasaan mahu beronani timbul membuatkan saya tidak dapat mengelak melakukannya.

Untuk pengetahuan doktor, saya mula beronani sejak darjah lima dan kini saya berusia 22 tahun.

Saya risau jika tidak dapat membahagiakan pasangan saya kelak akibat tabiat ini.

AMIR
Paya Rumput, Melaka

Jawapan

ANDA membuka pekung di dada mengenai tabiat songsang yang dilakukan sejak darjah lima lagi.

Kini anda boleh dikatakan ‘veteran’ dalam hal onani ni dan sedar bahawa anda sangat ketagih dan tidak pasti boleh meninggalkan atau ketepikannya.

Sebenarnya, anda saja yang tahu mengenai diri serta kemampuan anda, oleh itu hanya anda yang dapat menentukan masa depan sendiri.

Jika anda sedar amalan onani ini banyak masalahnya dan mula rasa kesan buruknya seperti mengganggu kerja dan tugasan harian selain membuatkan badan terasa lemah namun masih tidak mahu meninggalkannya, anda tidak perlu fikir mengenai hasrat untuk berumahtangga.

Ini kerana anda sendiri sudah jangka amalan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seksual dan akan memporakperandakan rumahtangga.

Jadi, langkah terbaik adalah ketepikan saja hasrat untuk berumahtangga.

Mengenai masalah onani anda, ia bukan penyakit, sebaliknya tabiat yang mengikat diri anda. Jika anda tidak boleh mengawal diri, tiada sesiapa dapat mengawal anda.

Jika ada ubat atau sesuatu rawatan untuk ‘mengubat’ perilaku onani, ia memang sesuatu yang baik. Malangnya, tidak ada ubat atau rawatan yang sebegitu.

Kesudahannya, anda sendiri yang akan menanggung risiko amalan onani itu. Tiada sesiapa yang dapat membantu anda kecuali diri sendiri.

Jika anda selalu ingatkan Tuhan dan tidak lupa dengan ibadah wajib, pohon iman yang kuat, semangat serta jati diri untuk mengawal hawa nafsu songsang anda dengan penuh kesedaran dan hentikan amalan itu.

Anda perlu semat di sanubari bahawa anda mahukan kehidupan yang sempurna, menjadi lelaki normal dan sihat dalam fungsi seksual dan menjadi suami yang penuh tanggungjawab, seterusnya dapat membahagiakan pasangan anda.

Ini tidak akan berlaku jika anda teruskan amalan onani anda. Sebaliknya yang pasti, anda akan mengalami masalah mati pucuk, masalah cepat klimaks, tidak dapat memuaskan pasangan dan mandul kerana tidak dapat ejakulasi secara normal (hanya ejakulasi dengan cara sendiri dan tidak dalam faraj isteri).

Buatlah perhitungan anda demi untuk kesejahteraan anda. Insya-Allah, anda akan berjaya.

(Sumber Harian Metro)

Senaman Kemut Baik Untuk Zakar

Number of View: 0

SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

zakarbesar1Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

(Sumber Harian Metro)

Gambir Sarawak Tidak Elok untuk Zakar

Number of View: 0

ADAKAH penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk walaupun jarang menggunakannya? Saya masih bujang tetapi rakan ada menceritakan perihal gambir Sarawak.

KHAI
Serdang, Selangor

lancap1GAMBIR SARAWAK atau nama saintifiknya Uncaria Gambir adalah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak ditemui di dalam hutan Sarawak.

Untuk makluman anda, gambir Sarawak digunakan untuk sakit gusi. Apabila serbuk gambir disental di gusi, bahagian itu akan rasa pijar dan sakit gusi akan rasa lega.

Jadi, gambir Sarawak sebenarnya memanaskan, memijarkan kulit atau mukosa dan boleh membakar serta meradangkan kulit yang sihat menjadi sakit dan melecur.

Kulit zakar dan kulit anggota kelamin perempuan dari jenis kulit lembut yang mengandungi banyak urat saraf. Apabila gambir Sarawak disapu di bahagian itu dan anggota kelamin perempuan menerima kesan dari zakar yang disapu Gambir Sarawak, kulit anggota itu akan radang.

Jika kebetulan bahan itu mengakibatkan alahan kepada kulit, bahagian itu akan bengkak dan melecur. Kawan anda tidak memberi maklumat ini kerana mereka tidak tahu atau mereka mahu menganiaya anda.

Berwaspada apabila anda diberi gambir Sarawak untuk tujuan melambatkan ejakulasi. Kesan sampingan yang berlaku boleh membantutkan hubungan intim dan mengeruhkan keceriaan. Elak guna gambir Sarawak.

(Sumber Harian Metro)

Sakit Kepala Selepas Pancut

Number of View: 0

MASALAH sakit kepala selepas klimaks atau ‘post climax headache’ adalah fenomena yang boleh berlaku kepada semua orang. Ia membabitkan sakit kepala teramat sangat selepas klimaks sama ada hasil onani atau hubungan seksual.

Pening kepala ini boleh berpanjangan dan mengganggu kualiti kehidupan. Fenomena ini berlaku mungkin akibat perubahan ketara yang berlaku kepada tubuh individu itu ketika dia klimaks.

lancap2Bayangkan ketika dalam tahap rangsangan seksual yang kemuncak, tekanan darah dan tahap pernafasan meningkat manakala otot menegang, termasuk otot tengkuk dan kepala.

Ketika klimaks, pengeluaran kimia dalam badan meningkat dan ini sedikit sebanyak boleh mengakibatkan tindak balas pada otot dan perjalanan darah dalam kepala.

Jika perkara ini kerap berlaku walaupun selepas cuba makan ubat, individu yang mengalaminya dinasihatkan berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan urat saraf atau neurological.

Ini untuk menentukan sama ada wujud sesuatu yang luar biasa dalam otak atau saluran darah dalam otak yang tidak normal seperti Enuerysm atau kelemahan salur darah.

Jika hasil pemeriksaan menunjukkan semuanya normal, individu yang mengalami gejala pening tidak perlu khuatir.

Ini kerana pegawai perubatan yang merawat boleh memberi ubat antiradang. Ubat ini boleh dimakan sebelum bersama atau sebelum anda melakukan onani.

(Sumber Harian Metro)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...