Elak pakai seluar ketat
SAYA tidak suka memakai seluar dalam. Baru-baru ini kawan memberitahu, tabiat itu tidak baik untuk buah zakar.
Adakah kenyataan ini benar?
BUDAK BAIK
Kuala Lumpur
Anggota sulit lelaki dan perempuan mempunyai pelbagai pelindung secara semula jadi seperti bulu roma yang lebat melindung keseluruhan anggota
sulit, suhu dan kelembapan kulit, selain berfungsi sebagai ‘shock absorber’ (penyerap tekanan) ketika bersetubuh.
Kerandut buah zakar lelaki mengampu kedua-dua buah zakar dan mengawal suhu buah zakar supaya ada dalam keadaan optimum untuk pembiakan
sperma.
Spermatic cord (otot spermatik) yang mengandungi salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf untuk sperma dan lapisan otot daripada perut
menampung buah zakar dan sensitif kepada perubahan alam sekitaran, yang mana apabila berlaku sentuhan kepadanya, seperti dalam kemalangan
contohnya, kedua-dua buah zakar tertarik ke atas supaya buah zakar terlindung.
Jadi, kenapa hendak pakai pakaian dalam? Mungkin memakai pakaian dalam lebih kepada menjauhi ‘pandangan’ daripada perlindungan. Asalkan anda
pakai sehelai pakaian untuk tujuan mengelakkan berlaku ‘pandangan’ mata, itu mencukupi. Pakaian dalam yang ketat mengubah posisi buah zakar dan
mengganggu kestabilan suhu dalam buah zakar.
|