Rahsia Zakar

 

Penyakit kencing kotor


 

SATU daripada kaedah merancang keluarga ialah al-Azaal yang biasa diamalkan oleh lelaki untuk menjarakkan kehamilan. Al-Azaal adalah memancutkan air mani di luar faraj isteri.

Lelaki yang mengamalkan kaedah ini perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi yang kukuh. Jika tidak, air mani boleh tercicir ketika melucut keluar kemaluan dari faraj.


Daripada kajian yang pernah dilakukan di Pakistan mengenai amalan al-Azaal, didapati kadar lelaki Pakistan yang menghidap penyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang tidak mengamalkan kaedah merancang secara semula jadi ini.

Ini berlaku ketika lelaki yang mengamalkan kaedah merancang ini menahan pengeluaran air mani ketika hampir klimaks dan air mani termasuk ke dalam pundi kencing.

Jika ada kuman dalam salur kencing, ia juga akan termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami masalah kencing kotor.

Sedikit perbezaan jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Dalam cara ini kemuncak belum tiba dan zakar dilucut keluar dan langsung dirangsang untuk mencapai klimaks.

Tidak mengapa jika pasangan perempuan sudah puas. Jika sebaliknya iaitu pasangan perempuan belum sampai kemuncak dan zakar dilucut keluar dan dirangsang sehingga klimaks, ini menimbulkan ketidakpuasan pada pasangan perempuan.

Oleh itu, kena tunggu sampai klimaks dan baru melucutkan zakar. Ikut mana yang sesuai pada pasangan itu sama ada hendak melakukan sedemikian atau cara lain. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan bermuafakat dan selesa dengan kaedah diamalkan.

Hubungan seksual perlukan tenaga dan keselesaan dan kedua-dua ini ada kaitan dengan jalinan hubungan yang baik dan amalan gaya hidup sihat.

Pastikan mengambil makanan yang seimbang dengan vitamin dan zat galian mencukupi (biasanya boleh didapati dalam makanan tambahan di farmasi), lakukan senaman secara berkala, elak merokok dan minuman keras serta tekanan.

Hubungan yang mesra mengeratkan lagi keharmonian rumah tangga dan memantapkan hubungan silaturahim antara pasangan.

Kedua-dua itu satu formula pemantapan hubungan seksual yang lebih intim dan membina. Amalan mengeluarkan ereksi dan melancap sehingga klimaks tidak menyebabkan masalah mati pucuk. Yang paling penting ialah jika anda merancang mendapatkan anak, anda perlu pancutkan air mani ke dalam faraj.