Parut Berkhatan buat Zakar hodoh dan Tak Cantik

Spread the love

BOLEHKAH saya berkhatan buat kali kedua? Saya mahu lakukannya kerana kesan parut khatan pada zakar nampak ketara dan hodoh serta jahitan dilakukan doktor pada waktu itu tidak sempurna.

MANAF

Selangor

Prosedur berkhatan untuk lelaki membabitkan pembedahan bagi memotong kulit yang menutup kepala zakar supaya bahagian itu dapat dilihat.

Proses ini sebenarnya sangat mustahak kerana selain faktor kebersihan, ia menjadi rawatan untuk lelaki yang mengalami masalah kulit penghujung zakar tidak terbuka atau sempit yang turut dikenali sebagai ‘buta’ hingga menyukarkan kepala zakar keluar ketika ia ereksi.

Yang saya faham, anda sudah menjalani prosedur berkhatan seperti mana lelaki Islam lain ketika kanak-kanak dulu dan sekarang, mahu berkhatan kali kedua kerana jahitan dilakukan doktor terdahulu hodoh.

Kes anda tidak termasuk dalam rawatan atau pemulihan prosedur berkhatan kerana kepala zakar tidak lagi memiliki kulit. Jika anda memotong kulit yang menutupi zakar sekarang, sudah tentu kulit hujungnya menjadi semakin pendek!

Ini bahaya kerana boleh menyebabkan ereksi terperangkap kerana ia tidak dapat keluar secara sempurna kerana tak cukup kulit.

Yang mustahak dalam berkhatan ialah kepala zakar terkeluar daripada kulit serta sihat dan tidak menyakitkan zakar ketika ereksi.

Saya difahamkan, ada amalan di kalangan lelaki berusia yang berkhatan kali kedua kononnya supaya ereksi mantap semula.

Ini semua mengarut kerana jika banyak kulit dipotong, zakar menjadi pendek dan apabila capai ereksi, akan terasa sakit di pangkal zakar kerana kulit tidak cukup untuk menarik otot zakar.

Anda tidak perlu bimbang dengan keadaan zakar yang kelihatan hodoh itu, lagipun ia bukan untuk ditayang kepada umum! Yang penting, anda sudah berkhatan dan yakin dengan kebersihannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...