Pastikan Alat Besarkan Zakar Tulen

Spread the love

TERLALU ramai tanya saya mengenai alat membesarkan anggota kelamin lelaki. Seperti mereka, saya juga tidak tahu mengenai kesahihan atau keberkesanan sesuatu produk digunakan untuk tujuan itu yang dijual di pasaran sekarang.

Begitupun, untuk pengetahuan semua, saya mula tahu mengenai alat regangan otot zakar dipanggil ‘andropenis’ lebih kurang 23 tahun lalu di Eropah. Ketika itu saya menghadiri persidangan sakit tuan di Barcelona, Sepanyol.

Alat ini kelihatan amat mudah penggunaannya dan penjelasan diberi pakar yang menciptanya boleh diterima. Kebetulan pula alat ini masih dalam kajian dan laporan awal menunjukkan ia selesa dipakai, mesra pengguna dan tidak memberi kesan negatif kepada anggota kelamin lelaki.

Ketika itu, alat terbabit masih belum dipasarkan secara global, tetapi mula dipasarkan di sana. Alat berkenaan mempunyai reka bentuk tersendiri dan tidak boleh ditiru.

Sebahagian daripada alat berkenaan dibuat daripada sejenis logam ringan yang membuatkan ia ringan apabila digunakan memandangkan ia perlu dipakai sembilan jam sehari! Saya membelinya dengan niat untuk mengkaji keberkesanannya, lebih-lebih lagi untuk lelaki Asia. Waktu itu, mata wang euro belum diperkenalkan dan kosnya juga murah, ditambah pula doktor yang menghadiri persidangan itu diberi potongan harga.

Ketika di Malaysia, saya mencubanya. Alat berkenaan sebenarnya kecil dan tidak mudah dilihat jika tidak digunakan. Paling penting, keberkesanannya terbukti dan menakjubkan.

Sejak alat ini dipasarkan secara global, saya memperkenalkannya di Malaysia pada awal 2004. Jadi alat ini berada dalam pasaran lebih 10 tahun lalu.

Lebih 2,000 pesakit saya sudah menggunakan alat ini dan ternyata mereka juga berpuas hati dengannya. Ringkasan daripada hasil kajian terbabit saya paparkan dalam laman web rasmi alat regangan otot zakar, andropenis, iaitu www.andromedical.com.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan kepastian, sila layari laman web itu dan anda akan dapati alat terbabit mendapat pengiktirafan di serata dunia.

Mereka yang banyak menggunakan alat ini adalah lelaki yang mempunyai zakar bengkok (akibat penyakit Peyronie) dan zakar kecil ketika ereksi iaitu antara lapan hingga 10 sentimeter.

Tisu lembut seperti alat kelamin hanya boleh mengambil masa empat hingga lapan bulan dan pembesar zakar itu akan menjadi kekal.

Penambahan saiz tertakluk kepada cara dan jangka masa penggunaannya. Penambahan antara dua hingga lima sentimeter panjang dan ukur lilit antara satu hingga dua sentimeter tidak mustahil diperoleh.

Begitupun, kerana sambutan yang memberangsangkan, alat tiruan yang hampir sama dengan alat ini mula berada di pasaran dan dijual lebih murah.

Malangnya, alat ciplak berkenaan juga tidak mendapat hak reka cipta dan ia mungkin boleh membahayakan pengguna jika digunakan kerana kualiti bahan dan logam digunakan.

Jadi, berhati-hati jika mencari alat ini dan jangan terpedaya dengan alat palsu yang kini menguasai hampir keseluruhan pasaran di dalam dan luar negara.

Saya sarankan mereka yang ingin menggunakan alat regangan ini supaya menjalani pemeriksaan terlebih dulu sebelum menggunakannya. Paling penting, pastikan alat yang digunakan itu tulen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...