Prestasi Seks Menurun sebab Lancap

Spread the love

SAYA berusia 27 tahun dan akan berkahwin tahun depan. Saya bimbang dengan prestasi seksual selepas terjebak dengan amalan onani sejak remaja. Saya risau amalan itu boleh menjejaskan hubungan seks saya dengan isteri.

Saya terfikir untuk mengambil produk tertentu yang boleh meningkatkan prestasi seksual, terutama untuk beraksi lebih lama jika keadaan memaksa.

KEN
Kuala Lumpur

Onani adalah tabiat biasa bagi kebanyakan lelaki sebaya anda iaitu satu cara melepaskan nafsu syahwat dan mengelak terjebak dengan maksiat. Anda pula tahu amalan itu boleh menyebabkan anda ketagih melakukannya.

Jika itu berlaku, ia menyebabkan anda tertekan. Tekanan itu yang melemahkan tenaga batin, membuatkan anda lemah, kurang bertenaga, mudah lupa, nampak lebih berusia dan mungkin boleh menyebabkan mati pucuk.

Yang penting, anda amalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman berkala, mengawal berat badan, menjaga pemakanan dan beriadah untuk mengelakkan tekanan. Selain itu, jauhi amalan tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman keras.

Saya nasihatkan anda jangan sesekali mencuba produk atau ubat tertentu yang didakwa boleh meningkatkan kemampuan seksual yang dijual di tepi jalan atau kedai ubat tertentu.

Ini semua karut dan tidak berasas kerana jika ada masalah seksual, anda perlu berjumpa doktor, bukan merawat sendiri atau berjumpa bomoh atau tukang urut.
Amalkan gaya hidup sihat dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan jika perlu.

Selepas berkahwin, barulah anda dapat mengetahui tahap kesihatan seksual. Jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan anda atau pasangan, segeralah berjumpa doktor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...