Risiko tidak bersunat atau Khatan

Spread the love

SELEPAS melakukan hubungan seks bersama isteri beberapa minggu lalu, kulit di bawah zakar terkeluar dan berdarah (saya tidak bersunat).

Perdarahan berhenti selepas beberapa ketika, namun apabila melakukan seks baru-baru ini, bahagian kulit yang berdarah kembali terasa sakit. Perlukah saya bersunat dan membuang kulit itu?
LOY
Kuala Lumpur

khatanKulup atau kulit zakar atau kulit yang menyarung penghujung zakar dipotong ketika prosedur berkhatan. Ia dilakukan sebagai prosedur ‘ritual’ atau mengikut keperluan agama penganut Islam, Yahudi atau Nasrani.

Ia dilakukan sebagai syarat peralihan ke peringkat dewasa di sesetengah kepulauan India Barat dan penjagaan kebersihan alat kelamin lelaki di kebanyakan negara Barat seperti Amerika dan Eropah, kini di kebanyakan negara Afrika dan China bagi mencegah penyakit kelamin.

Selain itu, berkhatan dilakukan jika ada masalah pada kulit kulup zakar seperti ‘phimosis’ yang mana ia mengetat dan menyempit serta menyukarkan penghujung zakar keluar ketika ereksi.

Satu lagi masalah ialah ‘paraphimosis’ yang mana penghujung zakar boleh keluar ketika ereksi, tapi tercekik oleh kulup zakar atau seperti situasi yang anda alami, iaitu ia terkoyak ketika ereksi atau melakukan persetubuhan.

Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, anda akan dapati setiap kali bersetubuh, kulit di bawah kepala zakar mudah melecet dan bengkak. Jangan melengahkan prosedur berkhatan.

Kini ada pelbagai kaedah berkhatan. Lagipun, kaedah berkhatan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai inisiatif mustahak untuk penjagaan kesihatan lelaki. Anda boleh menjalani prosedur itu di mana-mana klinik keluarga atau hospital swasta atau kerajaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...